Mesin pengering pakaian (dryer) merupakan salah satu mesin yang amat penting untuk dimiliki setiap rumah untuk memudahkan proses pencucian pakaian. Ini kerana faktor cuaca negara kita tidak menentu lebih-lebih lagi ketika musim tengkujuh. Pakaian yang dibasuh memang lambat kering.
Sebab itulah pentingnya memiliki mesin pengering pakaian (dryer). Jika anda tidak ada mesin pengering pakaian sendiri di rumah, anda boleh mengeringkan pakaian di dobi layan diri. Namun apa yang sering terjadi ialah apabila pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya. Masih lagi lembap.
Biasa tak anda menghadapi keadaan di mana kain yang dikeringkan menggunakan mesin pengering di dobi layan diri masih agak lembab. Pakaian yang dimasukkan ke dalam mesin pengering tidak kering sepenuhnya walaupun ianya telah di “spin” lebih daripada 30 minit.
Keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan cara pengeringan anda yang kurang betul. Misalnya saya dapati, ramai orang yang mencampakkan sahaja kain mereka terus ke dalam mesin pengering dengan keadaan kain yang masih basah dan berpuntal-puntal. (Sila rujuk gambar 1).
GAMBAR 1
Ads
Cara begini sebenarnya adalah SALAH. Ini kerana, dengan cara mencampakkan kain terus ke dalam mesin, ia akan mengakibatkan kain anda tidak dapat kembang dengan baik sewaktu mesin pengering berpusing yang menyebabkan kain tidak dapat kering dengan sempurna, terutamanya kain yang agak tebal dan di bahagian pinggang dan kaki seluar.
CARA YANG BETUL ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1. Sila perah dan kibas kain anda terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memastikan tiada lagi sisa-sia air pada kain tersebut dan menjadikan ia dapat kembang dengan baik dan tidak berpuntal-puntal apabila dimasukkan ke dalam mesin pengering nanti.
2. Sila masukkan kain tersebut ke dalam mesin pengering sehelai demi sehelai dengan keadaan ianya dikembangkan. Sila susun kain tersebut secara berlapis. (Sila rujuk Gambar 2).
Ads
3. Cara ini menjadikan adanya ruang diantara kain anda yang membolehkan kain anda dapat berpusing dengan baik di dalam mesin pengering dan menjadikan proses pengeringan lebih sempurna.
4. Ianya dapat mempercepatkan proses pengeringan dan menjimatkan masa dan wang anda. Ini kerana kain boleh kering dengan sempurna dalam masa 30 hingga 35 minit sahaja (untuk satu bakul penuh kain).
5. Bukan itu sahaja, kain anda juga tidak akan berkedut dan mudah dilipat sebaik sahaja dikeluarkan daripada mesin pengering.
Ads
Kalau tak percaya silalah cuba! Moga ia bermanfaat untuk semua.
Bahan ringkas, boleh je hasilkan menu yang sedap dan pasti akan menajdi kegemaran seisi keluarga. MCO 3.0 ni mesti mak-mak pening kepala nak fikir menu apa. Lebih-lebih lagi untuk juadah minum petang. Hari ni, Impiana nak kongsikan resepi Kuih Bom yang popular di Pantai Timur. Yang penting, bahan-bahannya tak rumit dan tak mahal pun
Bahan-Bahan:
1 Cawan Air
1 Sudu Kecil Yis
1/2 Cawan Gula
1 Sudu Besar Marjerin
2 1/2 Cawan Tepung Gandum
Untuk cara penyediaan, apa kata tonton video yang disediakan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang memliki ruang kediaman atau bilik kecil, mesti setiap perancangan dekorasi yang dilakukan mempunyai harapan agar ruang sempit atau kecil kelihatan lebih luas. Selain pencahayaan, pemilihan pattern fabrik dan perabot, ada lagi satu perkara penting yang ramai tidak sedar atau tahu elemen hiasan yang digunakan ini berupaya menjadikan ruang sempit kelihatan luas.
Elemen dekorasi yang dimaksudkan ialah karpet. Karpet bukan sekadar penyeri lantai kediaman malah memberi keselesaan dan melindungi tapak kaki dari sejuk. Untuk memastikan penggunaan karpet memberi impak visual bilik kelihatan luas, berikut ciri-ciri yang anda perlukan:
PENGGUNAAN KARPET BROADLOOM
Pemasangan karpet broadloom menghampari keseluruhan lantai ruang. Iaitu dari dinding ke dinding dan pastikan rona karpet yang digunkan berwarna polos. Jika anda menggunakan karpet yang hanya menghampari ruang tertentu, atau mempunyai perubahan terhadap tekstur lantai sesuatu ruang, ia akan mewujudkan kesan visual sempadanan dan menghadkan pemandangan. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan ruang kelihatan lebih sempit
SAIZ KARPET
Jika anda tidak berhajat untuk memiliki karpet penuh pada keseluruhan lantai kediaman, aplikasikan penggunaan karpet pada ruang tertentu dengan saiz yang sesuai. Namun, ramai yang salah dalam memilih saiz karpet. Kebiasaan pemilik lebih cenderung memilih karpet bersaiz kecil yang kurang sesuai dengan ruang tersedia. Pemilihan saiz bagi sesuatu ruang sangat subjektif namun sebaiknya pastikan perabot perlu berada di atas karpet. Atau paling tidak, pastikan kaki bahagian perabot seperti sofa, almari terletak di atas karpet.
COLOUR
Ramai beranggapan, pemilihan rona cerah dan terang memberi impak ruang kelihatan luas. Kebiasaanya, sudah pasti warna putih menjadi pilihan. Namun, dalam pemilihan karpet jika anda tidak yakin dengan rona putih, tidak salah untuk memilih rona terang atau pastel. Rona terang dapat menerima reflect pencahayaan sama ada semula jadi atau artificial lebih tinggi berbanding warna hitam
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Dalam era pembangunan yang pesat ini, semakin ramai warga bandar yang terpaksa memilih untuk mendiami kediaman bertingkat seperti apartment dan pangsapuri. Jarang sekali dapat merasai kehijauan rumput dan keempukan tanah. Tambahan pula, hutan konkrit yang mengelilingi sekitar kota boleh menambahkan stress dan pencemaran. Oleh kerana itu, setiap ruangan yang ada haruslah dimanfaatkan dengan baik oleh penghuni. Balkoni ataupun berandah merupakan salah satu ruang yang boleh anda variasi kan penggunaannya. Selain boleh digunakan untuk menyidai jemuran, ruang balkoni juga boleh dijadikan sebagai tempat untuk menghilangkan stress dan tempat seisi keluarga bersantai pada hujung minggu yang nyaman.
Sama ada anda mempunyai balkoni yang luas, mahupun balkoni dengan kawasan yang terhad, sudah tentu anda mahukan ruang tersebut sentiasa rapi dan cosy. Tentukan terlebih dahulu konsep apa yang ingin anda ketengahkan. Ambil kira keluasan dan cara penggunaan agar bersesuaian dengan perabot dan perhiasan yang dibeli. Pelbagai tema boleh dipilih bagi mendapatkan balkoni yang cantik termasuklah variasi dari konsep moden, kontemporari dan tropikal. Dinding yang kosong boleh dihias dengan tanaman pokok kecil atau tumbuhan menjalar yang sekaligus akan membuatkan balkoni anda lebih menarik. Ia juga akan menyerlahkan lagi kehijauan dan memeberikan rasa yang menyegarkan.
Banyak lagi langkah-langkah yang boleh anda ikuti demi menjadikan balkoni anda sebuah ruang santai yang sentisa ‘hidup’ dan ceria, seperti ;
TAMAN BALKONI
Tiada apa yang lebih menyenangkan daripada tumbuhan hijau yang subur dan segar selepas seharian meluangkan masa didalam pejabat. Tanaman hijau memberikan udara dan pemandangan yang mengasyikkan. Selain itu, tumbuhan hijau juga dapat mempengaruhi suhu kediaman anda menjadi lebih sejuk dan nyaman. Anda juga dapat memanfaatkan ruangan ini menjadi kebun mini dengan menanam sayur-sayuran untuk kegunaan memasak. Herba dan rempah yang berasal dari iklim tropika Malaysia juga memang mudah untuk hidup, walaupun dengan penjagaan yang minima.
LANTAI BARU
Jika balkoni anda terasa suram dan hambar, anda boleh pertimbangkan untuk menukar lantainya. Pendedahan kepada cahaya matahari, hujan dan kelembapan boleh menyebabkan lantai balkoni lebih cepat haus dan buruk berbanding lantai didalam rumah. Pencemaran udara juga sedikit sebanyak menyumbang kepada pemudaran warna jubin diluar. Jadi dengan menukar kemasan lantai, balkoni akan mempunyai wajah baru yang lebih segar dan menarik. Lantai kayu sesuai untuk mereka yang meminati gaya kontemporari, dan rumput sintetik pula untuk material yang tahan lasak tanpa perlu penyelenggaraan yang kerap. Pelbagai pilihan terdapat dipasaran, dan yang pasti, lantai dapat menambah karakter sesuatu ruang. Jadi jangan takut untuk bereksperimentasi dengan warna dan corak yang terang atau abstrak.
ITEM DIY
Untuk peminat DIY, tidak ada yang lebih memuaskan daripada menambah sentuhan peribadi anda sendiri untuk membuat ruangan tampak persis perwatakan tuan empunya. Walaupun sesetengah projek DIY akan memakan masa yang sedikit panjang, tetapi aktiviti ini sangat kos efektif dan menjimatkan. Anda boleh luangkan hujung minggu dengan membina rak untuk pasu bunga atau tempat duduk daripada kayu palet sebagai aksesori di balkoni. Ia amat versatile, mudah untuk diubahsuai mengikut kesesuaian atau kehendak dan yang paling penting, murah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!