Tanggungjawab memastikan kediaman sentiasa bersih dan bebas habuk bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan komitmen yang tidak putus-putus. Jika tidak dilakukan dengan kerap, persekitaran di rumah boleh menjadi tidak sihat dan boleh merbahayakan kesihatan lebih-lebih lagi kepada pengidap asthma. Antara kawasan yang paling senang habuk berkumpul ialah pada kipas. Tak kira lah kipas siling mahupun kipas berdiri, semua bilah dan celah celah jaring penutup pasti akan dipenuhi habuk jika kita tak bersihkan selalu. Kerana makin dibiar, makin banyaklah habuk yang akan terkumpul. Jadi dalam perkongsian kali ini, pemilik akaun fb Puan Alosnida Musa ada memberikan tips bagaimana nak elakkan kipas daripada cepat habuk dengan menggunakan TIGA bahan yang amat murah dan mudah. Selamat mencuba!
Caranya:
1. Bersihkan dan buang semua habuk pada bilah dan jaring kipas seperti biasa.
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka dan air kedalam bekas kosong yang lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 untuk setiap bahan.
Ads
3. Kacau sebati kesemua bahan tadi, kemudian masukkan ke dalam botol spray yang bersih supaya lebih mudah untuk digunakan.
Ads
4. Semburkan campuran tersebut pada permukaan bilah dan jaring kipas sehingga rata.
Ads
5. Biarkan cecair pada kipas selama 5 minit sebelum di lap dengan kain yang lembap.
6. Kemudian keringkan kipas yang telah di lap tadi dan kipas sudah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat.
7. Ulangi semula langkah-langkah diatas antara 2 atau 3 bulan sekali. Semoga berjaya!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi seseorang atau sebuah pasangan suami isteri ataupun sebuah keluarga yang baru sahaja membeli rumah dan di dalamnya, pasti perkara pertama yang anda fikirkan adalah almari. Ini kerana almari adalah perkara yang penting untuk meletakkan barang dapur, perabot, gambar dan juga pakaian kita. Oleh kerana itu, saya akan kongsikan beberapa jenis almari yang sesuai untuk permulaan rumah anda.
Almari Pakaian Terbuka/Open Walk-in Wardrobe
Selalunya almari sebegini akan diletakkan di ruangan tertentu seperti bilik tidur utama atau bilik pakaian. Jika untuk bilik tidur utama, ia memerlukan ruangan yang besar kerana ada penambahan dari segi partition wall supaya ia boleh menutup ruang almari tersebut. Selain itu, jenis almari pakaian terbuka ini, kelihatan bergaya kerana susunan dalam almari dapat dilihat dengan jelas dalam sebuah ruang. Malahan, ia mudah untuk di ambil kerana ia tidak mempunyai pintu. Sedikit tips jika anda membeli almari ini, sebaik-baiknya kerap Menyusun pakaian supaya ia nampak kemas dan sedap bila melihat.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Swing Door)
Almari ini adalah almari yang berkonsepkan rekaan dalaman. Almari berpintu swing door ini boleh digabunkan dengan meja belajar, rak buku dan lain-lain lagi. Peringatan kepada semua juga, ia perlukan ruang tambahan untuk pembukaan pintu dan jika ruang di dalam bilik terhad, maka ia tidak sesuai untuk menggunakan almari berpintu swing door ini.
Almari Berpintu/Built-In Wardrobe Sliding Anti Jump Door
Ini juga adalah almari berpintu, cuma ia menggunakan sliding door dan rekaan almari ini adalah rekaan yang terkini. Almari ini mempunyai bingkai aluminium pada pintu sliding dan ia memudahkan masalah dari pembukaan pintu swing yang dimana memerlukan runag tambahan. Disebabkan ianya adalah sebuah bentuk dan rekaan yang terkini, almari berpintu sliding ini dapat menahan pintu terkeluar dari landasan. Dari sini kita boleh nampak, yang dimana ia merupakan konsep moden dan minimalis. Cuma, almari berpintu sliding ada satu kelemahannya, iaitu, dapat membuka dengan separuh sahaja.
Itu sahaja daripada saya menceritakan tentang jenis almari bagi permulaan sebuah rumah. Sedikit info yang berguna, kesemua almari yang telah saya bahaskan, mampu bertahan selama 10 tahun. Jadi, ia dapat menjimatkan wang kita dan tidak merisaukan apa-apa kerosakkan dalam masa terdekat.
Bila kontraktor minta bayaran penuh/hampir penuh, hati-hatilah pemilik kediaman yang nak buat renovasi. Jangan sesekali terpedaya dengan pelbagai janji manis kontraktor yang anda sedang berurusan.
Kes-kes melibatkan penipuan kontraktor di Malaysia sebenarnya tidak baru dan muncul saban tahun. Rata-rata mangsa kes penipuan kontraktor ini adalah ‘first-timer’ dalam pembinaan dan pengubahsuaian rumah. Mereka tiada pengalaman dan ilmu yang betul dalam proses membina dan mengubahsuai rumah.
Dalam industri pembinaan dan pengubahsuaian, anda tak perlu bayar secara lump sum kepada kontraktor.
Sebaliknya, bayarlah mengikut peringkat.
Contoh:
20% siap – 20% daripada nilai renovasi
50% siap – 30% daripada nilai renovasi
100% siap – 50% daripada nilai renovasi
Anda hanya perlu bayar secara penuh apabila proses renovasi telah selesai dan anda berpuas hati dengan kualiti dan mutu kerja kontraktor tersebut.
Berikut perkongsian daripada Mahanom Mohammad seorang kontraktor bertauliah yang berpengalaman lama dalam dunia kontraktor.
Pemilik rumah harus berhati-hati apabila kontraktor meminta bayaran penuh atau hampir penuh, tidak setimpal dengan progres atau kemajuan di tapak bina. Hati-hati bila kontraktor anda meletakkan syarat bayaran yang boleh merisikokan anda rugi, sekiranya kerja tersebut tidak dapat dilaksanakan.
Sebagai pemilik rumah, anda berhak menolak syarat tersebut sekiranya kontraktor gagal memberikan sebab munasabah. Hati-hatilah. Sudah ramai terkena bayar 95% dengan harapan rumah siap selengkapnya.
Malangnya hasil kerja 50%. Kontraktor senyap sunyi tanpa berita. Hanya tiang dan ikatan bata untuk membentuk dinding sahaja. Selepas 3 bulan, tapak rumah naik semak samun. Mungkin jadi sarang nyamuk. Boleh jadi juga sarang ular.
Lebih menyedihkan apabila wang simpanan hari tua sebanyak RM200ribu telah dilabur. Yang dapat rumah terbengkalai bernilai RM70 Ribu sahaja. Hati-hatilah apabila kontraktor meminta bayaran tak masuk akal. Apatah lagi bayaran penuh 100% sebelum memulakan apa-apa kerja pun.
Kita nak kumpul duit, bukan mudah. Jangan sampai ada yang ambil kesempatan. Bila ada syarat bayaran sebegini rupa, ambillah ia sebagai satu red flag. Ia menghampiri scam. Sesal dahulu, rumah cantik jadi istana. Sesal kemudian, rumah tak siap hati sengsara.
Garam kristal Himalaya merupakan garam paling asli yang terdapat di muka bumi ini. Ia telah wujud sejak 250, 000 tahun dahulu tanpa dicemari. Di pasaran, kebanyakkan kristal garam himalaya wujud dalam pelbagai bentuk dan kegunaan. Namun, khasiatnya terhadap persekitaran bukan kepalang.
Antara faedah penggunaan Garam Kristal Himalaya:
1. Mengawal air dalam badan 2. Garam meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol 3. Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan. 4. Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit. 5. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut. 6. Garam mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus. 7. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone minerlisation). 8. Bersifat pengalir yang efisien 9. Garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak. 10. Sifat penyerapan garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar. 11. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.
KEGUNAAN LAMPU GARAM KRISTAL HIMALAYA Lampu garam kristal himalaya direka bukan sekadar memberi pencahayaan. Malah untuk tujuan memanaskan garam kristal tersebut. Ia juga merupakan antara salah satu kaedah penggunaan yang paling mudah dan berkesan. Apabila terdedah kepada panas, ia mudah mencair. ketika proses ini berlaku, garam kristal tersebut menghasilkan ion negatif dan mudah menyerap sebarang pencemaran ion yang terdapat disekitarnya.
CARA KEGUNAAN GRAM KRISTAL HIMALAYA Pasangkan Lampu garam kristal himalaya di setiap ruang dan bilik terutamanya di ruang yang mudah tercemar setiap malam.
DI MANAKAH RUANG YANG MUDAH TERCEMAR? Ruang yang menpatkan banyak perkakasan elektronik yang mempunyai gelombang seperti TV, Komputer, telefon, peranti wayarles dan sebagainya.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!