25 Oktober 2018- Ford Motor Company dan rakan penegar rasmi tempatannya iaitu Sime Darby Auto Connexion Hari ini melancarkan Ford Ranger baharu yang merupakan sebuah trak pikap lebih mantap menerusi rangkaian model dengan teknologi, ciri keselamatan dan kemudahan yang terkini pada kelasnya. Ranger baharu ‘Built Ford Though’ ini dibina dengan keupayaan mengharung laluan lasak yang sememangnya dapat memenuhi keperluan tugas dan gaya buat mereka yang aktif dan sukakan aktiviti mencabar.

Melibatkan 9 varian berbeza iaitu Varian XL, XLT, XLT+,Wildtrak dan yang paling ditunggu-tunggu Ranger Raptor yang akan di lancarkan pada acara kuala Lumpur International Motor Show 2018, November depan. Dengan pelbagai ciri terkini dan rangkaian kuasa generasi baru , ia mampu menawarkan menjadi tarikan utama kepada pengguna di pasaran” kata Pengarah Urusan pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Comapny, Truong Kim Phong.

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Rangkaian Kuasa Termaju untuk Prestasi Terbaik, Teknologi Canggih 

Ford Ranger menawarkan tiga rangkaian kuasa diesel untuk lebih versatil dan memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza. Enjin ini termasuklah 2.0L Single-Turbo dan 2.0L Bi-Turbo, selain enjin Duratorq 2.2L. Enjin diesel generasi baru Ford menggunakan material-material termaju dengan binaan yang sofistikated. Kompak, ringan, berkuasa dan efisien, enjin ini tampil dengan ciri suntikan terus bahan api rel sepunya, satu pancarongga pengambilan dan pacuan talisawat-dalam-minyak utama.

Enjin diesel 2.0L Bi-Turbo generasi baharu dipasang secara eksklusif pada varian Wildtrak 4×4 dan dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menawarkan kuasa tork, fleksibiliti, senyap dan pemanduan yang lebih selesa. Enjin 2.0L Bi-Turbo memanfaatkan pengecasan turbo secara berjujukan untuk menawarkan respon lebih baik, pemanduan dan kecekapan yang maksimum. Sepasang pengecas turbo digunakan untuk prestasi dan kecekapan maksimum. Pengecas turbo geometri boleh ubah diaplikasikan untuk menawarkan maklum balas pendikit yang lebih baik dan menghapuskan jeda dengan cara mengili dengan pantas pada kelajuan rendah. Unit kedua ialah pengecas turbo geometri tetap dengan kapasiti laluan lebih tinggi untuk menjana kuasa dan prestasi maksimum.

IKLAN

Dengan kuasa tork 500Nm dari serendah 1,750rpm, enjin Bi-Turbo menawarkan julat tork yang lebih baik menerusi kotak gear 10-kelajuan nisbah pendek. Ia mengurangkan jurang kuasa dan pecutan untuk membuatkan usaha mendaki laluan bukit yang curam dan licin dengan lebih mudah. Model Wildtrak yang didatangkan dengan pilihan enjin baharu tetap mampu menawarkan keupayaan mengangkut beban dan menunda sehingga 3,500kg yang terbaik dalam kelasnya.

Enjin turbo tunggal 2.0L boleh didapati pada varian Wildtrak 4×2 dan Ranger XLT+ baharu. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan termaju Ford untuk menawarkan kuasa 180PS dan tork 420Nm yang mengagumkan. Varian XL dan XLT menggunakan enjin turbodiesel 2.2L yang menawarkan kuasa 160PS/385Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi manual dan automatik enam kelajuan.

Lebih Lasak, Pintar

IKLAN

Ciri  Bantuan Pra Pelanggaran Ford yang menggunakan Sistem Brek Kecemasan Autonomi Inter Urban (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki ada dipasang pada Ranger baharu. Sistem yang direka untuk mengesan pejalan kaki dan kenderaan serta memastikan Ranger berhenti sepenuhnya demi membantu mengelak pelanggaran dari arah belakang dan pejalan kaki. Sistem ini berfungsi pada kelajuan 3.6km/j ke atas.

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

IKLAN

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Generasi Baru Ford Ranger Dengan Tranmisi 10 Kelajuan

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI