Ada tak di kalangan anda yang amat mengemarkan konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic seperti ini? Bagi yang yang tidak mengetahui secara mendalam mengenai konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau lebih popular Scandinavian ini telah dipelopori oleh negara di Sweden, Denmark dan Norway.
Untuk maklumat anda, tema ini menampilkan gaya ringkas dan bersederhana yang sememangnya menjadi pilihan ramai bagi yang mahukan wujudkan suasana tenang dalam dekorasi hiasan dalaman rumah.
Jadi, tidak mustahil lah konsep dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan Nordic atau Scandinavian ini sentiasa menjadi pilihan ramai dari seluruh negara.
Bagi anda yang sedang mencari ilham dan sumber inspirasi dekorasi hiasan dalaman rumah yang bertemakan seperti ini, perkongsian ini mungkin boleh dijadikan sebagai contoh serta panduan kepada anda semua.
Ads
Sumber: Facebook Kakideko
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bersempena dengan sambutan 11.11 Single’s Day pada bulan ini, aplikasi platform penghantaran makanan terkemuka tanah air, foodpanda telah melancarkan satu kempen yang terbaharu iaitu ‘Hidup Gaya Panda’ atau ‘Live Like A Panda’.
Apa yang menariknya dengan pelancaran kempen terbaharu untuk sambutan 11.11 Single’s Day edisi kali ini, para pengguna berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa sebuah kondominium 3-bilik dengan keluasan 972 kaki persegi di KAIA Heights, sebuah projek pembangunan baharu di Equine Park, yang ditaja oleh pemaju hartanah terkenal UEM Sunrise bernilai lebih daripada RM570,000.
Dalam pada itu, Pengarah Pemasaran foodpanda Malaysia, Bernard Chong. berkata, “Kami berazam untuk membolehkan pelanggan kami yang sentiasa sibuk merasai sendiri betapa ringkas dan mudahnya penggunaan aplikasi foodpanda.
“Sebagai platform yang sentiasa berkembang, kami berusaha mencipta cara yang kreatif untuk mengetengahkan falsafah jenama foodpanda. Kami mahu menunjukkan kepada semua bagaimana hidup mereka boleh menjadi lebih mudah jika mereka memilih untuk membuat pesanan melalui foodpanda dan kami percaya bahawa hasrat ini boleh dicapai menerusi kempen ‘Hidup Gaya Panda’ atau ‘Live Like A Panda’.
“Kempen ini mengingatkan pengguna bahawa mereka boleh hidup dengan tenang dan bersantai, mengetahui bahawa foodpanda akan menghantar apa yang mereka inginkan terus ke rumah mereka”.
Di samping itu, para pengguna aplikasi foodpanda juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik lain antaranya:
Jadi, mesti ada di kalangan anda yang sudah tidak sabar untuk mengetahui bagaimana caranya untuk memenangi kesemua hadiah menarik ini.
Apa yang cuma anda perlu lakukan adalah dengan berbelanja di aplikasi foodpanda sebanyak mungkin bagi mengumpulkan mata ganjaran setiap kali anda menggunakan aplikasi foodpanda untuk penghantaran, pengambilan makanan dan berbelanja di pandamart. Lebih tinggi nilai pesanan anda, lebih banyak mata yang boleh dikumpulkan:
Jangan lupa untuk gunakan kod promosi ‘PANDA’ apabila anda membuat pembayaran untuk melayakkan diri dan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Semua pelanggan pandapro pula akan memperolehi mata berganda secara automatik untuk semua pesanan yang dibuat dan mereka yang belum melanggan juga boleh mendapatkan mata berganda semasa minggu 11.11 (7 hingga 13 November). Untuk maklumat anda, kempen pertandingan istimewa ini berlangsung dari 1 hingga 30 November 2022.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Apa pun tanaman termasuk ros, tetap tumbuh mekar walaupun tidak di bajai. Tapi, kalua dah tanam ros, sudah pasti kemeriahan bunganya yang berkembang sentiasa di nanti. Jadi, untuk menghasilkan ros yang galak berbunga, apa lagi yang perlu di lakukan selain rutin penjagaan yang berkala? Baja lah. Terdapat banyak baja kimia untuk ros yang terdapat di pasaran.
Namun, bagi anda yang mementingkan kesihatan seisi keluarga, jangan lah guna baja kimia ni. Kesan jangka pendek memang tak namapak. Nanti takut menyesal dikemudian hari. Apa kata kita guna bahan-bahan semula jadi yang terdapat di dapur untuk dijadikan sebagai baja untuk ros anda. Berikut beberapa resepi baja organik ros yang dipraktikkan di luar negara:
BAJA LEKIT
Bahan-bahan:
3 cawan air tanpa klorin
2 sudu makan gula merah (molass)
1 sudu makan Epsom salt
2 sudu makan cuka epal
1 sudu makan ekstrak rumpai laut (kologen rumpai laut)
2 sudu makan serbuk ikan (resepi baja ikan klik sini)
Cara-cara: Campurkan semua bahan dan larutkan 8 cawan dari dari pati baja Bersama ½ gellon air. Semburkan pada keseluruahn tanaman di waktu petang selepas siraman dilakukan. Ulang semburan baja selepas 6-8 minggu. Campuran ini berupaya membekalkan nutrien yang seimbang diperlukan tanaamn untuk menggalakkan penghasilan kudu[ pros yang banyak
BAJA SISA DAPUR
Baja serbuk kopi
Jangan di bazirkan serbuk kopi yang telah digunkan. Ia amat bermanfaat kepada tanaman anda termasuklah pokok ros. Serbuk kopi terpakai tadi kalua di tabur pada batas pangkal medium ros, ia mampu menambah kadar asid yang diperlukan pokok untuk menggalak pertumbuhan kudup bunga.
Disamping itu juga, serbuk kopi terpakai yang dijadikan sebagai baja rosa dapat membekalkan sedikit keperluan potassium, nitrogen dan magnesium. Tapi, pastikan serbuk kopi yang digunakan tidak mempunyai sisa atau campuran bahan lain terutamanya garam dan gula.
Baja kulit pisang
Kulit pisang pun mempunyai potasium yang diperlukan tanaman terutamanya ros. Caranya paling mudah. Anda hany perlu gali lubang 4-6 inci dalam di pangkal pokok ros dan tanamkan kulit pisang. Atau, boleh cuba teh kulit pisang. Cara penyediaan teh kulit pisang [klik isni]
Baja kulit telur
Kuliyt telur lagi salah salah satu bahan sisa buangan dapur yang boleh dijadikan baja. Ia diperkaya dengan kasium karbonet yang tinggi seperti yang dijumpai di dalam kapur pertanian. Terdapat 2 cara untuk menggunkan kulit telur terus pada tanaman sama ada hancurkan ia menjadi serpihan kecil atau kisar dengan menggunkan pengisar kering untuk menjadikan ia dalam bentuk serbuk supaya lebih mudah diserap tanaman.
BAJA ASID TANAH
Cuka boleh meningkatkan kadar keasidan tanah seperti yang diperlukan tanaman berbunga dan berbuah. Namun, cuka tidak membekalkan nutrient yang banyak. Oleh itu ia hanya sesuai dijadikan sebagai makanan tambahan kepada pokok ros
Bahan-bahan
1 sudu makan cuka masakkan
1 gellon air
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan jadikan ia sebagai air siraman pada tanaman setiap 3 bulan sekali
Nak macam-macam info lagi? Join Channel Telegram Geng Laman IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Terdapat beberapa faktor kerja-kerja pengubahsuaian rumah mengambil masa yang terlalu lama ataupun melebihi bajet yang telah ditentukan. Salah satunya ialah, kesilapan merancang pemilik itu sendiri.
Kadangkala ianya terjadi tanpa anda sedari. Dengan mengelakkan daripada melakukan kesilapan ini, anda bukan sahaja dapat menjimatkan sebahagian besar masa tetapi juga dapat memastikan segala perbelanjaan selaras dengan bajet anda. Dan paling penting, rumah impian anda bakal menjadi kenyataan dengan proses ubah suai yang berjalan lancar.
Berikut adalah LIMA kesilapan yang sering pemilik lakukan dan bagaimana untuk mengelaknya:
1. Mengupah Orang Yang Salah
Ramai pemilik rumah terburu-buru dan terus memilih pereka atau kontraktor pertama yang mereka jumpa. Ataupun terus saja menggunakan khidmat berdasarkan cadangan dari rakan-rakan. Anda mungkin akan menyesali perbuatan ini kerana perkara yang dilakukan tanpa perancangan dan penyelidikan selalunya akan membawa kepada kehancuran.
Untuk mengelakkan daripada membuat kesilapan ini, pastikan anda mencari beberapa calon dalam tempoh 6 bulan lebih awal. Dengan ini anda akan mempunyai banyak masa untuk interview atau periksa latar belakang dan kredibiliti kontraktor tersebut. Anda juga tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan selain dapat memberikan masa yang secukupnya buat kontraktor yang dipilih untuk membuat perancangan yang sepatutnya.
2. Setuju Dengan Harga Yang Murah
Harga yang murah memang kedengaran menarik dan megujakan para pengguna, tambahan pula dalam ekonomi yang tidak menentu ini. Tetapi anda perlu ingat, tawaran yang paling rendah tidak semestinya tawaran yang terbaik. Sesetengah pihak tidak bertanggungjawab akan berikan harga yang rendah kemudian memasang produk yang tidak berkualiti dengan kerja-kerja yang tidak kemas. Sakit hati kan? Ataupun akan ada charge tambahan mengejut untuk anda apabila kerja sudah dimulakan.
Jadi, pastikan anda meminta sebutan harga daripada beberapa calon kemudian pilih yang anda paling selesa dan yang anda rasakan paling amanah menjalankan tugas. Dua kriteria ini amat penting untuk anda pertimbangkan sebelum memilih pereka atau kontraktor untuk mengubahsuai kediaman impian anda.
3. Tidak Menetapkan Jangka Masa
Kerja-kerja renovasi boleh mengambil masa berbulan-bulan bergantung pada saiz dan berapa banyak kerja yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan kediaman yang sempurna. Tetapi, tidak menetapkan garis masa yang realistik untuk menyiapkan segalanya merupakan salah satu kesilapan besar yang boleh anda lakukan.
Duduk dengan pereka dalaman anda dan buatkan jadual kerja sebelum proses ubahsuai dimulakan. Dengan cara ini anda akan dapat lihat sendiri progress dan juga kualiti kerja dengan lebih teratur. Memang tidak dinafikan pasti akan ada sedikit kelewatan jadi anda perlu lebih fleksibel dan berikan sedikit kelonggaran agar pekerja mempunyai masa untuk balik ke landasan kerja yang telah ditetapkan.
4. Tiada Konsep Atau Tema
Tidak membentangkan sebarang konsep atau tema tertentu sebelum memulakan sesi ubahsuai kediaman ini ibarat perbuatan yang sia-sia. Dengan mempunyai konsep pilihan, ia akan memberikan anda lebih idea tentang apa yang patut dilakukan dan material apa yang sesuai untuk digunakan. selain itu, konsep juga memberi peluang buat tuan rumah menyerlahkan personaliti kedalam seni hiasan dalaman. Rancang dengan teliti dan dapatkan pendapat dan nasihat pereka tentang konsep yang paling sesuai untuk kediaman anda.
5. Memandang Remeh Kos Ubah Suai
Ttidak menetapkan bajet yang realistik juga merupakan kesalah biasa yang dilakukan oleh sesetengah pemilik rumah. Dan perkara ini pasti akan mempengaruhi keseluruhan proses ubah suai. Ambil kira tentang perkara-perkara seperti keluasan ruang, material yang sesuai, upah pertukangan serta kerja-kerja elektrikal supaya segala bayaran adalah setimpal dengan kualiti hasil. Sebaik-baiknya, anda perlu meletakkan extra 20% daripada bajet sebenar sebagai langkah berjaga-jaga jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.