Loft , sebuah konsep unik yang melambangkan pembangunan sebuah bandaraya dan revolusi industri. Sebuah ruang komersil yang selalunya diadaptasi menjadi sebuah kediaman moden di ibu kota besar di Amerika Syarikat mahu pun di Eropah. Selalunya Loft mempunyai ruang yang dikelilingi batu-bata muka elok . Namun ada juga yang menggunakan batu-bata biasa. Malah ada juga yang mengecat dinding ini dengan warna putih agar ruang lebih luas tetapi elemen batu bata tersebut masih nyata. Anda boleh adaptasi ruang seumpama ini dengan apartmen mahu pun kediaman jenis lain.
Dikatakan konsep ini agak maskulin. Selalunya Loft kurang menggunakan kemasan lembut seperti langsir. Jendela bangunan yang besar akan dibiarkan bebas dan suasana dalaman dibiarkan lembut dengan kehadiran pokok-pokok hiasan yang subur menghijau. Aras siling yang tinggi juga membenarkan kita menanam pokok yang boleh membesar dan tinggi. Selalunya perabot bagi Loft merupakan perabot moden. Gaya moden bandaraya metropolitan yang serba ringkas tetapi punya kualiti.
Ads
Ads
Sofa moden berkaki halus, diperbuat daripada besi tahan karat dan material kulit atau PVC menjadi kemasan bagi sofa. Itu adalah pemandangan biasa bagi sebuah ruang tamu dalam konsep hebat seumpama ini.Cuma ada juga tuan rumah yang mahu suasana lebih lembut dengan menyesuai pada permaidani parsi dan beberapa buah perabot biasa di sudut-sudut lain.Kepelbagaian di dalam sebuah ruang terbuka inilah yang memberi satu aura hebat.
Ads
Dapur dan kamar beradu menceritakan kisah yang lain. Dapur lebih kepada nilai industrial yang banyak menggunakan besi tahan karat atau keluli. Pun begitu disuai padan dengan elemen dapur vintage sebagai satu laras sejarah pembangunan revolusi industrial dan perkembangan sebuah bandaraya sejak awal abad yang lalu. Anda boleh menyerlahkan seri dinding dengan memilih lukisan bersaiz gah yang berkonsepkan abstrak mahu pun pop art. Simple-simple je di IMPIANA
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bertuahnya kita andai mempunyai rumah yang cukup besar dan dihias dengan pelbagai perabot menarik. Ruang tamu berasingan dengan ruang keluarga dan ragam perabotnya juga cukup berbeza di antara satu dengan yang lain. Ruang keluarga selalunya mempunyai perabot dempak yang memberi keselesaan. Sofa “L” antara yang sangat popular demi memberi ruang maksimum kepada semua.
Namun bukan semua geng dekor yang bernasib baik. Masih ramai yang tidak mempunyai ruang kediaman yang cukup besar dan mewah. Jadi ruang tamu itulah segalanya dan menggalas dua tugas iaitu ruang bersantai dan menerima tetamu. Coklat atau perang selalunya mejadi warna popular kerana ia merupakan warna warm newtral yang tidak keterlaluan. Malah boleh disuai padan dengan apa sahaja warna lain dan ever green.
Pun begiitu dalam masa yang sam penggunaan sofa L semakin mendapat tempat kerana jimat ruang dan menjadi aliran pula di kalangan tuan rumah selai daripada sofa biasa. Gaya pemilihan warna harmoni yang sekata membantu ruang tidak menjadi terlalu sesak malah tampil bergaya. Simple-simple je di IMPIANA.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan semua di kalangan kita yang bertuah dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tahun. Ada juga yang diuji dengan masalah kesihatan dan cabaran dalam hidup ini bukanlah satu beban tetapi variasi dalam kehidupan yang perlu kita tempuh. Ada di antara kita yang diamanahkan menjaga ibu bapa yang sakit, ada yang bertanggungjawab menjaga ahli keluarga yang mempunyai penyakit kronik malah ada juga tuan rumah sendiri yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang kuat melawan segala penyakit di luar sana.
Apatah lagi jika anda seorang yang selalu terdedah dengan orang ramai misalnya. Menaiki kenderaan awam dan berjumpa dengan orang ramai. Itu belum lagi terpaksa meredah hujan dan panas dalam menggalas tugas. Pasti mencabar. Rasa resah dan gelisah sudah pasti bertandang jika anda mudah diserang demam dan selsema. Jadi apakah usaha kita dalam menjadikan ruang kamar lebih selesa dan memberi rasa senang dikala kita menanggung penyakit yang tidak diundang ini?
Jika diperhatikan, ilham daripada wad hospital itu sendiri. Warna dan perabot serta keperluannya. Anda yang menjaga orang tua yang uzur atau anda sendiri uzur boleh memilih rona pucat yang memberi karakter lembut membelai seperti diibaratkan orang berbisik. Rona lembut atau pucat ini memberikan satu kelegaan pada mata dan terapi pada diri agar tidak stress dan melahirkan rasa resah.
Ada yang memilih hijau pucat, biru samar, kelabu cair dan disuai padan dengan warna di dalam kelompok yang sama. Ia bukan sahaja untuk dinding, anda boleh keenakan pada kemasan lembut. Langsir, cadar, dan sarung kusyen . Pastikan ia fabriik kapas bermutu. Malah tidak salah anda membiarkan ruang atau perabot berwarna putih dan dibelai dengan rona ini pada kemasan lembut. Selain pencahayaan semula jadi yang perlu ditapis dengan sheer curtain, kamar jga memerlukan langsir tebal jika anda memerlukan suasana yang gelap untuk berehat bair pun disiang hari.
Biar pun ia sebenarnya nampak remeh, namun tidak salah kita memberi rasa senang kepada mereka ini. Setidak-tidaknya mengurangkan beban penyakit yang mereka hidap. Simple-simple je di IMPIANA….
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Langsir adalah pelengkap hiasan rumah. Memanglah bukan perkara no.1 dalam carta membeli barangan hiasan dalaman rumah. Tapi, langsir tetap penting kasi ruang nampak elok. Salah beli, ruang jadi buruk. Siapa yang rugi? Mereka dan keluarga mereka….
Jom kita elak jangan kasi rugi bila beli langsir.
1. UKUR LABUH KE SENTENG. Bila beli langsir, ukur betul-betul. Rekaan terbaik adalah labuhnya cukup-cukup di atas permukaan lantai. Jangan sampai menyapu lantai atau senteng . Elakkan juga memilih langsir cukup-cukup sampai frame tingkap macam mini skirt. Silap gaya orang cakap kita pakai langsir pinjam pulak.
2. PEMILIHAN WARNA TERANG – GELAP Kalau rumah kecil, pilih warna yang senada dengan dinding. Tak pernah nak dramatik sangat sebab nanti ruang nampak sempit, pandangan mata pun nampak ‘semak’. Jika pakai warna warm newtral macam coklat,krim, light brown, jangan pilih warna cool newtral macam biru muda, kelabu samar atau turquoise muda. Itu sudah bercanggah. Hadirnya langsir untuk memberi ruang nampak harmoni dengan perabot.
3. RASA KETEBALAN TEKSTIL Kita kena pastikan ruang kediaman kita cukup cahaya matahari atau tidak. Jika dah kena block dengan unit lain atau rumah lain,confirm rumah kita akan suram walaupun tengahari. Jadi langsir yang lebih nipis lebih sesuai. Paling tidak langsir renda. Ia, mampu benarkan cahaya matahari masuk. Cantik pun cantik. Ada yang murah lak tu…. Kalau pilih fabrik tebal, memang glamor. Tapi gelaplah rumah anda di siang hari. Nanti jiran ingat anti sosial pula. Langsir Black Out boleh digunakan tetapi untuk malam atau ketika kita tiada di rumah.
4. KENALI PENGGANTUNG LANGSIR Jangan main hentam je beli. Bukan semua langsir sesuai untuk semua konsep. Jangan beli penggantung ala country tapi pakai untuk moden atau klasik. Jadi pastikan anda memilih penggantung yang betul malah detailing lipatan yang sesuai. Jika ragu-ragu, tanya pada pakar langsir. Bukan semua jahitan atas langsir sesuai untuk semua penggantung. Besi, kayu, hitam, emas, perak, polos, berkerawang, semua itu akan memberi impak kepada ruang anda. Jangan nampak aneh pula nanti bila langsir digantung ya! Duit habis, langsir buruk….aduh sakit hatikan…
5. SUAI PADAN CORAK Wow! kita paling keliru bab yang ini. Ingat adakah kita ingin langsir menyerlah dari yang lain atau sebagai satu elemen menyokong konsep asal atau perabot yang ada? Pilih 1! Ini selalunya langsir, sofa, permaidani, kertas dinding semuanya mempunyai corak yang bold dan bertelagah di dalam satu ruang. Hasilnya…..yang mana satu nak kita lihat? Boleh juling dan stress dibuatnya! Jadi jika sofa atau kertas dindingnya sudah ada corak ‘over’, langsirnya biar polos aja atau corak yang lebih samar-samar. Begitu juga sebaliknya. Jadi ada keseimbangan.
6. PASTIKAN REKAAN BERPADANAN Ukur tubuh pada badan sendiri, ukur langsir pada jendela sendiri! Sesuai atau tidak rekaan sarat umpama istana itu untuk hanya menghiasi jendela kediaman apartmen atau pangsapuri? Rekaan dramatik selalunya cantik untuk jendela besar dan tinggi sekitar 8 – 10 kaki. Andai rumahnya besar, perabot klasik nya dempak, ruangnya luas , silakan! Tetapi jika rumahnya kecil, ia nampak bantut dan berat. Pilih yang simple dan amali malah lebih murah. Masih ada jalan lain untuk nampak rumah kita cantik!
7. ILUSI LEBAR DAN PENDEK Ini bukan ukuran badan. Tetapi ada rumah jendelanya sepasang di tengah dinding sekitar lebar 8′. Selalunya terdapat di kamar kedua unit apartmen atau kondo. Jangan biarkan ruang nampak biasa, kasi grand. Penuhkan dinding kecil itu dengan langsir polos dan bahagian jendela dihias lapisan sheer curtain atau bidai jika mahukan kelainan. Jadi teknik simple macam nilah yang boleh kasi ruang biasa nampak grand tanpa bercorak sarat. Murah tapi molek…..
8. SEDIAKAN PILIHAN KEDUA Jangan rambang mata tengok kat kedai itu cantik beli. Ini cantik beli. Langsir tussel dulu pernah jadi trend beli sudahnya habis kucing main terlilit sana -sini. Mana yang suka nampak klasik mampan tu, boleh memilih pilihan kedua bagi menyelamatkan keadaan. Bidai roman boleh menjadi pengganti langsir klasik berswag, jurai bagai. Pilih corak klasik warna samar, atau yang bersulam mewah atau fabrik berkualiti dan automatik jendela nampak mahal sebab rekaannya bidai roman memang molek….
9. JANGAN GIGIH MENIRU Lokasi dan gaya hidup keluarga kita berbeza. Jangan lekas terbeli jiwa hanya melihat rumah orang lain rekaan langsirnya begitu ‘wow’. Apatah lagi di dalam drama , iklan segala bagai. Tanya sama diri kita, rajinkah kita menggantung yang begitu berat dan berlapis-lapis? Adakah kita punya pembantu atau masa untuk membersihkan langsir berkain tebal itu? Adakah kita pun bajet untuk membeli atau menempah langsir mewah setiap 3 – 6 bulan? Jika semuanya…. ya, teruskan usaha anda. Namun jika tidak, ayuh kita cari alternatif yang lebih best untuk diri kita.
10. TERSEKAT PADA SATU ILHAM Adakala kita ni degil atau kurang yakin. Apakah fabrik seumpama ini sesuai untuk kita? Cantik atau buruk rumah kita nanti? Pada kita corak itu jelah yang sesuai, atau fabrik itu jelah yang layak untuk kita. Jika anda mempunyai cita rasa moden klasik namun rumahnya tidaklah semegah kediaman agam, kita boleh mencuba memasang pelmet kecil dan disudahkan dengan fabrik polos rona pastel. Jangan kerana ia berkonsep mewah atau dramatik, kita perlu memilih warna seterang-terang lahar gunung berapi. Itu tidak benar . Less is more!
Bila dah beli langsir, kerja-kerja mencuci pun dah jadi satu hal. Silap cuci, langsir anda kelihatan lama dan buruk. Nak elak maslah ni, anda perlu lakukan 10 perkara ni.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!