Baru- baru ini banyak kita membaca di laman media sosial tentang transformasi rumah kediaman jenis kampung. Bukan rumah kampung batu, tetapi rumah kampung tradisional yang berdiri teguh di atas bahan berasaskan kayu. Impiana menerima satu lagi perkongsian dari sabah di mana rumah pusaka yang dibina oleh moyang pemilik diubah suai menajdi sebuah kediaman berkonsepkan English cottage
Menurut pemiliknya iaitu En Asri Meris Anthony yang juga merupakan seorang pereka dalaman, rumah kampung ini pada asalnya milik Allahyarhamah nendanya yang terletak di Tuaran, Sabah dan diamanahkan kepada beliau untuk dijaga serta dikekalkan keindahannya.
“Teratak kecil ini ditatarias dengan konsep English Cottage dengan paduan rona turquoise serta putih krim”, ujar bapa anak dua ini.
Memilih tema warna putih krim pasti akan memberi cabaran yang besar kepada pemilik terutamanya untuk mengekalkan kebersihan memandangkan anak yang masih kecil dan lincah. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada pasangan. Langkah yang diambil untuk mengatasi isu tersebut, pemilik melatih dan menguatkan peraturan kepada semua ahli keluarga untuk makan hanya di dapur.
Kami kerap membuat eksperimentasi ke atas teratak kecil ini.. memandangkan kami adalah Interior designer, so kami gemar membuat perubahan dari masa ke semasa khususnya pada ruang tamu
Di bawah ini IMPIANA sediakan transformasi rumah tradisional Sabah yang didekorasi secara berperingkat. Pemilik rumah kampung tradisional lain boleh mencedok sedikit idea daripada artikel ini. Selamat mencuba.
Gaya Scandinavia merupakan gaya ringkas, dipenuhi warna kontras hitam dan putih. Ia kelihatan ringan, tetapi dengan selitan beberapa elemen semula jadi, dekorasi gaya Scandinavia memberi rasa mewah, selesa tetapi menenangkan. Begitulah dekorasi kediaman pilihan Fatin Fatina Nazlan yang terletak di pinggir ibu kota.
Apartment yang didiaminya berkeluasan 960 kaki persegi berkapasiti sebuah ruang tamu, tiga bilik tidur, 3 bilik air, sebuah dapur basah dan kering serta balkoni dan memilih konsep skandinavia sebagai tema utama dekorasi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini sememangnya begitu gemar mengemas dan sentiasa mahu kediamannya kelihatan indah dan selesa untuk diduduki mereka sekeluarga. Menurut Fatin, suaminya Syed Azmil Syed Zainul Abidin, merupakan insan yang memberi semangat dalam meneruskan minatnya dalam mendekorasi kediaman. Pasti ramai yang menyangka Fatin mempunyai masa lebih kerana dia tidak bekerja, namun itu adalah silap kerana Fatin merupakan seorang peniaga online yang berjaya.
“Saya memang minat mengemas rumah. Sejak zaman remaja saya jenis yang suka kekemasan pada kediaman Malah ibu juga cukup seronok bila melihat saya menghias kediaman. Apatah lagi apabila sudah berkahwin dan punya kediaman sendiri. Perasaan saya bertambah teruja untuk menjadikan rumah saya syurga buat saya sekeluarga.
“Anak saya Qaira, 6 tahun dan Qayla, 3 tahun sememangnya sejak dari kecil biasa dengan keadaan rumah yang teratur dan bersih. Jadi bila mereka sepahkan mainan secara automatik mereka akan kemaskan kembali. Sifat mereka ini mungkin kerana sudah terbiasa melihat bagaimana saya menguruskan rumah.
“Walaupun sibuk dengan perniagaan online namun hobi saya dalam menata rias rumah tidak pernah luput,” terang Fatin yang sering merujuk majalah Impiana dan mengambil idea dekorasi rumah dari sudut minatnya yang tersendiri.
Ringkas & Moden
Bercerita tentang konsep Scandinavian yang diterapkan di kediamannya, Fatin menjelaskan dia sukakan kepada konsep ini yang tampak ringkas namun moden.
“Saya minat dengan konsep ini kerana ringkas dan ada sedikit unsur-unsur kayu. Apabila ada unsur kayu tampak rumah lebih berseri. Selain itu saya juga suka warnakan kediaman dengan pelbagai warna cat. Setahun dua atau tiga kali saya akan tukar cat dinding. Cuma kali ini saya terapkan rona putih, hitam dan kuning agar rumah saya tampak lebih cerah dan ceria.
“Ruang makan juga saya selitkan dengan unsur ini. Walaupun tampak ringkas dengan meja makan berunsur kayu dan kerusi makan berkaki kayu dengan perhiasan pasu bunga yang minimalis. Secara keseluruhan tampak lebih menarik apabila saya gandingkan dengan cermin. Agar cermin ini lebih menyerlah, saya gunakan pita pelekat murah untuk membuat bingkai.
Apabila memfokuskan setiap ruang di kediamannya, untuk ruang makan, dia memilih meja makan berkonsepkan Scandinavia, walaupun ringkas namun nampak menarik.Pada masa yang sama, ruang tamunya cukup selesa, walaupun hanya menempatkan satu sofa panjang namun tetap menarik malah mereka sekeluarga sangat seronok menonton TV di sudut ini. Akhir sekali, bilik tidurnya ditekap dengan rona ungu agar tampak ceria ditambah dengan bingkai gambar anak-anak pemilik menambahkan keunikan ruangan ini.
Dia mengakhiri perbicaraan dengan berkongsi beberapa tip dekorasi untuk kemudahan pembaca IMPIANA di luar sana.
-Pilihan perabot biarlah bersesuaian dengan saiz kediaman dan ia perlu disusun mengikut peranan ruang.
-Pentingkan keselesaan, jangan terlalu ikutkan trend sehingga lari dari tema asal.
-Tidak perlu berbelanja dengan banyak, anda boleh hasilkan apa jua produk hiasan dengan teknik diy.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Setahun dua kebelakangan ini, ramai pemilik kediaman di negara ini memilih untuk menggunakan konsep Scandinavian. Konsep ini menjadi kegemaran ramai kerana style nya yang tampak bersih dengan warna-warna lembut yang juga menggabungkan tekstur berbeza, Untuk menambah keanggunan perabot dan aksesori. negara Nordic telah memahami dengan sempurna cara menampilkan gaya santai yang selesa ini tetapi dalam masa yang sama masih kekal moden.
Konsep ini telah diterapkan dengan baik sekali pada kediaman kecil dengan keluasan 1080 kaki persegi milik pasangan suami isteri Encik Hafizee Zainal dan Puan Irnanee Osman. Rumah teres satu tingkat ini terletak di salah satu perbandaran utama di negeri Selangor iaitu di kawasan Bukit Beruntung. Menurut tuan rumah, banyak idea diperolehi daripada laman sesawang Pinterest dan dengan menyertai kelab kelab dekorasi di Facebook. Di situ banyak gambar-gambar boleh dijadikan rujukan selain meminta pendapat dengan ahli yang lain. Ruang rumah yang agak terhad juga membuatkan pemilik hanya membeli perabot yang perlu sahaja selain memilih barangan yang mesra kanak-kanak.
Rumah yang baru didiami 6 bulan ini mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air dan bilik tidur utama telah menjadi kegemaran pemilik kerana di situ beliau banyak menghabiskan masa melayan pertanyaan pelanggan di Instagram jualan miliknya, pockethome.stuff. Menurutnya lagi, rumah yang dibelinya subsale ini mempunyai ruang tamu yan memanjang menjadikan ia sebagai satu cabaran buat Puan Irnanee.Dan bagi menjimatkan kos renovasi kediaman ini, beliau dan suami banyak lakukan sendiri kerja-kerja seperti mengecat dan pertukangan kecil.
Pesan Puan Irnanee lagi, sebelum melakukan sebarang perubahan pada kediaman, kenal pasti dahulu keluasan kediaman kemudian barulah mudah untuk memilih perabot. Pemilihan perabot juga perlu mesra poket dan bukanlah hanya mengikut trend semata-mata. Jom IMPIANA bawakan pembaca cuci mata semoga dapat memberi ispirasi dan idea.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Seperti contoh, rumah kondo yang berkeluasan 950 kaki persegi di Jalan Klang Lama yang dimiliki oleh Pn Khadijah Mustaffa. Beliau menetap bersama suami dan seorang anak perempuan yang masih kecil dalam kediaman indah ini. Kapasiti rumahnya adalah tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta bertugas sebagai seorang suri rumah dan menceburi bidang perniagaan atas talian.
“Kediaman ini merupakan kediaman sewa dan disebabkan itu saya hanya mendeko setakat mana yang mampu. bingkai gambar dan aksesori hiasan dinding di gantung dengan menggunakan penggantung yang mempunyai wax glue. Berlainan pada TV didinding, ia telah mendapat kebenaran dari pemilik kediaamn yang kami sewa.” ujarnya.
Dekorasi rumahnya disiapkan secara berperingkat selama empat tahun malahan kebanyakan aksesori menggunakan barang terpakai atau lebih dikenali sebagai barang 2nd hand. Hanya kos RM3k dipentukkan untuk menyiapkan keseluruhan dekorasi. Namun itu bukanlah masalah utama yang harus dibenankan kerana yang penting dekorasinya cantik serta nampak hebat di pandangan mata.
“Walaupun mempunyai anak kecil, itu tidak menjadi masalah kepada saya dan suami. Kami telah mendidik anak untuk bermain denagn permainan miliknya sahaja. Segala aksesori dan ornaman untuk mengihias kediaman tidak boleh disentuh sama sekalai baik dirumah atau berkunjung ke kediaman orang lain” kata
Kediaman ini mempunyaipengudaraan yang baik kerana aras rumah yang terletak di tingkat 10. Tambahan, pemiliknya juga sentiasa membuka sliding door di ruang tamu serta dapur dalam memastikan pengudaraan dalam rumah dalam keadaan baik. Secara tidak langsung, ia menjimatkan kadar penggunaan elektrik terhadap air conditioner.
Berikut adalah beberapa hasil dekorasi yang dikongsikan oleh beliau kepada IMPIANA, semoga ianya memberi inspirasi kepada anda semua.
Sebelum
Selepas
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.