Dapur kecil mahupun besar saiznya, perkara utama yang eprlu diperhatikan adalah penyusunan dan penyimpanan keperluan. Ia termasuklah susunan atau cara penyimpanan bahan makanan, peralatan memasak, pinggan dan mangkuk serta pelbagai lagi. Ini kerana, dapur adalah jantung bagi sesebuah kediaman dan kebanyakkan masa di peruntukkan di dapur berbanding ruang lain.
Oleh itu, bagi memberi keselesaan kepada isi rumah untuk berada dan memperuntukkan masa di dapur, ia perlu dalam keadaan kemas, tersusun, selesa dan cantik. Antara peralatan memasak yang selalu menajdi masalah penyimpanan dan susunan adalah kuali dan periuk. Jika tidak bijak meyusun, ia bakal memakan ruang. Berikut idea susunan periuk dan kuali di dapur yang sesuai dipraktikkan
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sepanjang bulan Syawal ni, ramai yang mengambil kesempatan untuk mengeratkan silaturrahim dengan mengadakan ‘open house’. Selain dari makanan, faktor dekorasi juga memainkan peranan penting. Di sini IMPIANA kongsikan 5 tips penting untuk ‘open house’ yang ‘wow’.
1. Hiasan raya
Hiaslah rumah anda dengan hiasan raya seperti pelita atau apa sahaja hiasan yang mampu mewujudkan mood raya. Tapi, pastikan tidak keterlaluan ye! 2. Susun atur perabot
Sebagai tuan rumah, keselesaa para tetamu adalah menjadi keutamaan. Pastikan perabot yang disusun tidak menghalang laluan atau tidak menjadikan ruang terlalu sempit. Ia bukan sahaja memudahkan pergerakan tetamu, bahkan anak-anak kecil juga tidak akan terlanggar atau cedera ketika seronok bermain.
3. Susun atur meja makan
Juadah yang terhidang pasti nampak tidak menarik dengan susun atur meja yang membosankan. Selain dari pinggan mangkuk, hiasan meja seperti alas meja dan beberapa aksessori seperti lilin atau bunga segar mampu menmbah seri meja makan dan menaikkan selera para tetamu. 4. Sediakan ruang ‘photo booth’
Selain dari menjamu selera, para tetamu juga sudah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan dengan tuan rumah atau ahli keluarga. Dengan adanya photo booth, gambar yang diambil akan jadi lebih menarik dan tidak membosankan. Ambil kesempatan ini untuk meluangkan masa bersama anak-anak untuk menghias photo booth. Hasilnya nanti pasti mengagumkan! 5. Jangan lupa bersihkan bilik air dan tandas
Apabila ruang tamu dan meja makan dah terhias cantik untuk para tetamu, ruang bilik air dan tandas jangan pula diabai. Sehari sebelum ‘open house’ jangan lupa bersihkan bilik air dan tandas. Bagi menambah keselesaan para tetamu, letakkan pewangi supaya bilik air dan tandas sentiasa berbau segar.
Dalam keghairahan mengadakan ‘open house’, keselamatan rumah juga perlu dititikberatkan. Simpan semua barang berharga di tempat yang tidak mudah diakses para tetamu. Jika perlu, kunci semua bilik tidur yang menyimpan barang peribadi tuan rumah.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru je pindah masuk rumah? banyak kos diperlukan untuk keperluan lain. Jadi, bagi anda yang merancang untuk menyediakan keperluan dapur bajet, boleh lihat contoh yang dilakukan oleh Puan Hanis dan pasanggannya.
Dengan saiz dapur 5kaki x 6 kaki, keperluan disediakan memadai dan sudah cukup lengkap buat mereka sesisi keluarga walaupunya bajetnya tak sampai RM 1500.
Alhamdulillah. Dapur idaman dah siap. Simple je. Ni Hanis dah list kan siap-siap untuk korang yang nak jugak kabinet dapur bajet macam nih. Yang ada duit lebih, takpayah susah2 upah jurr orang.
Tak sampai pun RM 2000. Ni betul-betul bajet dah ni. Tapi dari kerja menebuk sinki, pasang sinki semua suami yang buat, jadi takda la bayar upah apa-apa kat orang. Barang-barang ni semua pun angkut sendiri guna Myvi kecil kami. Suami hampir demam buat semua ni demi memenuhi impian kecil ku. Tq husband.
Sebelum pasang, semua berdebar. Hanis berzikir jee dalam hati mintak-mintak semua jadi. Bila siap jurrr semua ni. Husband asyik tanya, ” Yang, okay tak? Yang suka tak?”
Wehhh, gila ke tak suka? Mestilah suka.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kesan kekuningan pada tilam dan bantal yang disebabkan oleh air liur atau peluh ini boleh dikategorikan sebagai kotoran yang degil. Harga bagi sebuah tilam yang selesa dan tahan lama pula bukanlah murah. Ia boleh mencecah ribuan ringgit selari dengan teknologi masa kini. Jadi, tak mungkin lah hanya kerana tilam dah penuh ‘peta dunia’ anda nak buang kan? Siapa sanggup?
Tidak perlu risau. Kali ini, IMPIANA nak kongsikan cara terbaik bagi menyingkirkan kotoran kuning serta bakteria dari tilam dan bantal anda tanpa perlu berbelanja banyak.
Anda hanya perlukan :
1 titis cecair pencuci pinggan
1 cawan Hydrogen Peroxide (Boleh didapati di farmasi)
3 sudu besar Baking Soda
1 botol spray yang kosong
Langkah-langkahnya :
2. Campurkan semua bahan tadi kedalam bekas dan kacau hingga sebati sebelum tuangkannya kedalam botol spray kosong tadi.
2. Sembur dan ratakan bancuhan tersebut pada tilam/ bantal. Kemudian biar ia larut dalam 5 hingga 10 minit.
3. Semburkan sekali lagi pada kesan yang degil. Ulang sehingga nampak perubahan pada tilam anda.
4. Setelah puas menyembur, jemur tilam tanpa perlu kena cahaya matahari secara terus.
5. Akhir sekali, gunakan vacuum atau berus untuk buang kotoran yang masih tertinggal.
Mudah je kan caranya. Tak perlu lah nak beli tilam baru. Selamat mencuba!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!