(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Pemilik: Muhamad Kamal dan Prof. Madya Dr. Faizah
Jenis Kediaman: Banglo
Lokasi: Shah Alam Selangor
Konsep: Taman Inggeris Tropika
Keluasan: 9720 kaki persegi

 “Tujuan utama laman ini dibina adalah sebagai social outdoor space buat kami seisi keluarga dan dalam masa yang sama berfungsi untuk memberi terapi alami melepaskan lelah selepas penat bekerja seharian”.-pemilik.

Lot banglo berkeluasan 9720 kaki persegi ini di kelilingi oleh ruang hijau pelbagai kegunaan. Laman kediaman ini dibahagikan kepada 4 bahagian di mana setiap bahagian memainkan peranan yang berbeza namun melengkapi antara satu sama lain.

Memiliki 3 orang anak yang sedang meningkat dewasa membuatkan pemilik terpanggil untuk menyediakan ruang lapangan untuk aktiviti di luar rumah. Oleh hal demikian, keempat-empat ruang yang terbentuk telah mengambil kira penyediaan ruang aktiviti untuk anak-anak pemilik.

Ruang pertama merupakan kawasan hadapan kediaman. Keseluruhan lantai diturap sepenuhnya dengan menggunakan concrete imprint kerana ia berfungsi sebagai driveway laluan masuk utama ke kediaman ini. Namun, disebabkan oleh kedudukan lot yang sedikit beralun di bahagian laluan masuk, penggunaan pattern kasar diaplikasikan untuk mengurangkan kesan gelinciran. Tambahan pula, ruang hadapan yang berturap sepenuhnya memberi peluang kepada anak-anak pemilik untuk bermain peralatan beroda seperti basikal dan sebagainya.

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

“ Saya memang gemar melihat vibrasi rona yang ceria, oleh itu gabungan beberapa jenis tumbuhan renek seperti Plumbago capensis, Galphimia glauca, Hibiscus hybrid dan sebagainya dipadukan menghiasi ruang hadapan sisi kediaman membentuk laluan masuk ke laman ini”, terang pemilik.

Menambahkan lagi elemen landskap, sebuah struktur pagar kayu dengan kemasan putih diabadikan menyerlahkan lagi gaya laman Inggeris yang dibawa.

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Ads

Melepasi pagar putih ini, kelihatan laman berumput terbentang luas tanpa sebarang penataan gaya. Seperti yang diperkatakan, pemilik inginkan sebuah ruang yang luas untuk anak-anaknya beriadah oleh itu lapangan rumput terbentang luas ini memberi peluang kepada mereka untuk melakukan sebarang aktiviti.

“Jika ada sebarang majlis atau keraian saya akan pasang canopy di ruang ini sebagai tambahan”, jelas pemilik. Hanya beberapa pepohon Plumeria spp. digunakan sebagai penanda parameter dan melindungi pandangan jiran berdekatan.

Berbeza pula dengan gaya di sudut belakang laman ini yang menjadi ruang ketiga. Sebuah pavilion yang dibina di atas split level menjadi main feature pada laman di ruang ini. Pembinaan pavilion ini juga merupakan salah satu kesinambungan kepada anjung yang dibina sebagai ruang memasak dan tempat bersantap terbuka buat pemilik seisi keluarga. Waktu petang hujung minggu diperuntukkan pemilik untuk bersantai di ruang pavilion ini.

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Ads

Pembinaan split level menggunakan railway slipper sebagai sempadan binaan. Kepelbagaian level yang terbentuk mengurangkan impak mendatar yang membosankan di laman ini. Split level yang terbina diberi kemasan batuan terracotta yang digabungkan bersama batu bata dan pebble wash, disusun seakan bentuk bunga. Mewujudkan lagi kepelbagaian pattern di ruang ini, lantai yang tidak ditumbuhi oleh rumput disebabkan terlindung dari terik matahari di beri kemasan seperti lantai split level. Namun, pemilihan material yang mendominasi ditukar kepada concrete slab dengan kemasan pebble wash.

Melembutkan tembok dinding yang memagari laman belakang dan sebagai retaining wall kepada unit kediaman di bahagian belakang, pemilik memilih rimbunan pelbagai tumbuhan berdaun lebar seperti spesies Heliconia spp. dan Calathea luttea sebagai medium pelembut visual. Kehadiran bunga-bunga Heliconia spp. yang berbentuk seakan sepit udang memberi suntikan rona menarik, dalam kepadatan daun yang menutupi pemandangan keras dari tembok tersebut.

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Ads

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Kelihatan penerapan unsur taman Inggeris. Sebuah set meja kayu dicat putih untuk membangkitkan lagi aura konsep yang cuba dibawa, yang sekali gus memberi kemudahan santai pada ruang ini. Sebuah pintu gerbang turut dibina menjadi laluan ke laman belakang.

“Untuk mengurangkan kos dan kerja-kerja penyelenggaraan terutamanya tugas-tugas merumput, saya memilih untuk menurap hampir keseluruhan ruang di laman sisi kiri ini. Namun, jika turapan seperti concrete imprint digunakan, ia akan mengundang beberapa masalah seperti water clogging jika proses turapan tidak dilakukan dengan baik. Oleh itu, saya memilih untuk menggunakan concrete slab dengan kemasan pebble wash berukuran 1 kaki x 1 kaki yang di harmonikan bersama batuan sungai rona putih untuk membentuk permukaan poros”. Tegas pemilik yakin dengan solusi rekaan yang digunakan.

Quisqualis indica dengan gugusan bunga yang berbau harum menjadi penghuni di ruang ini memberi suntikan rona ceria. Dalam masa yang sama ia berfungsi menjadi penghalang pemandangan dari jiran bersebelahan. Ruang ini juga berfungsi sebagai makmal untuk meletakkan beberapa jenis tumbuhan yang baru menjadi sebagai sebahagian hobi pemilik seperti orkid dan ros. Ini kerana ia terlindung dari terik mentari dek disebabkan naungan pokok dan fasad bangunan bersebelahan. Pemilik boleh melakukan penelitian koleksi tumbuhan barunya dalam keadaan yang selesa dan santai.

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

(GAMBAR) Guna “Stepping Stone” Batu Bata, Laman Inggeris Ini Nampak Kemas dan Rapi

Jelas laman yang dizahirkan berjaya apabila setiap ruang yang tersedia dimanfaatkan bersama. Penglibatan ahli keluarga dalam aktiviti luar untuk tujuan riadah mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan yang terbina. Walaupun sibuk dengan tugasan, masa yang terluang dimanfaatkan di laman sebaiknya sebagai terapi. Secara tidak langsung situasi ini akan meningkatkan kualiti kesihatan mereka sekeluarga.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI