Jika bercakap tentang teknologi, satu perkara yang boleh kita persetujui ialah ianya sentiasa boleh ditambah baik. Tidak kira betapa pintarnya ciptaan tersebut, pasti ada kekurangan. Hal ini termasuklah gadget atau alatan elektronik yang mempunyai wayar atau kabel berselirat dan berpintal-pintal seperti yang terdapat pada tv, wi-fi, telefon, komputer dan bermacam lagi barang dirumah yang bukan sahaja merimaskan, malah memburukkan pemandangan. Aktiviti mengemas rumah juga pasti akan terbantut dengan kehadiran wayar-wayar yang mengganggu dan menyakitkan mata tersebut. Selagi boleh disorok, memang kita selit saja wayar dimana-mana tapi bila sudah terlalu banyak, panjang dan berbelit, nak tak nak terpaksa biarkan berjuntai dan tidak berkemas.
Tapi tahukah anda bahawa dengan sedikit kreativiti, anda boleh menukar ‘keserabutan’ tersebut menjadi lebih kemas dan menarik? Dan yang penting, tak perlu berbelanja banyak pun untuk menjadikan kediaman anda lebih selesa dan sedap mata memandang. Disini IMPIANA sudah kumpulkan beberapa idea bernas yang boleh anda jadikan panduan dan ilham. Selamat mencuba!
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita selalu berfikir, hanya dinding televisyen kita menjadi kawasan menempatkan televisyen, kita akan menempatkan segala macam gambar dan hiasan yang lain bersama televisyen. Mungkin dari aspek visual ia nampak cantik tersusun. Tetapi soalnya kini di mana mata kita mahu difokuskan? Segala visual ditempatkan dalam satu tempat dan umpama merebut perhatian kita. Mana tempat untuk kita beri tumpuan?
Dinding televisyen sewajarnya dihias secara minimum. Pereka yang peka selalunya menempatkan televisyen dan sistem penstoran kemas agar ruang yang ada dapat dimanfaatkan tanpa mengganggu tumpuan kita menonton.
Seperti biasa anda boleh merancang kedudukan televisyen berdasarkan pelan lantai. Jadi ukur kedudukan televisyen anda berdasarkan tempat duduk anda. Ini adalah kerana ada di antara kita yang suka duduk di lantai, hanya bantal besar di rumahnya.
Ada juga yang gemarkan sofa lembut yang agak mendap apabila diduduki dan ada juga yang suka sofa yang agak tinggi sedikit seperti sattee. Jadi pastikan bahagian tengah televisyen berada di kedudukan aras mata kita.
RINGKAS DAN KEMAS. RAK BINA DALAM YANG CANTIK UNTUK MENEMPATKAN PELBAGAI BARANG PENTING DAN HIASAN MINIMUM. TELEVISYEN NAMPAK LEBIH SELESA DITONTON,
GAYA SEDERHANA NAMUN PRAKTIKAL. POTONGAN KABINET TERTUTUP BAGI MENEMPATKAN SEGALA KEPERLUAN DAN DITUTUP KEMAS AGAR TIDAK MENGGANGGU FOKUS TONTONAN TUAN RUMAH.
IDEA MODEN DENGAN KEMASAN RINGKAS DAN KABINET POTONGAN MINIMUM DAN BIJAK MENYEMBUNYIKAN BARANG AGAR TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.PILIHAN WARNA GELAP MEMBANTU MENYERLAHKAN LAGI VISUAL TELEVISYEN.
SENTUHAN MODEN. TEMA JIMAT RUANG DAN MENGELAKKAN KEMALANGAN KECIL MENJADI INSPIRASI. SESUAI UNTUK PEMILIK RUMAH KECIL.
ALAHAI COMELNYA. SUAI PADAN DAN KITAR SEMULA BARANG MENJADIKAN DINDING INI SEPERTI RUANG PAMER PRODUK DEKOR YANG CANTIK. TIDAK BANYAK BARANG , SEMUANYA DI SIMPAN DI DALAM KABINET TERTUTUP, ADA ELEMEN HIDUP DAN PEMILIIHAN WARNA LEMBUT MEMBERI KESELESAAN PANDANG PADA RUANG KECIL INI.
REKAAN BIJAK DAN KEMAS. WARNA PUN MENARIK DAN MUDAH UNTUK DIJAGA SERTA MEMBERI KESELESAAN PADA TONTONAN JUGA CUKUP BERGAYA. SAMA PULA WARNA KAYU DENGAN KULIT KERUSI BARCELONA TU…MENARIK…
CLEAN CUT. IDEA SIMPLE YANG BOLEH DIIKUTI OLEH SEMUA PEMILIK KEDIAMAN. KEBANYAKAN KABINET BINA DALAMNYA PULA TERTUTUP KEMAS DAN TIDAK MENGGANGGU PANDANGAN.
IDEA KEMAS DAN TERSUSUN. BUKAN SAHAJA REKAAN DIBUAT SECARA HORIZONTAL TETAPI VERTICAL. IA MENYERLAHKAN NILAI ELEGAN SEBUAH RUANG YANG PADA DASARNYA SIMPLE DAN KOSONG. BAHAGIAN TELEVISYEN KEKAL DIKENAKAN DENGAN RONA GELAP.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Semua orang tahu akan kepentingan makanan yang berkhasiat. Tapi ramai yang tidak sedar dan tidak tahu bahawa peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan berkhasiat juga sesuatu yang penting. Walaupun anda menggunkan bahan yang organik, dari sumber yang segar berkhasiat serta terhindar dari sebarang racun dan pengawet, Ia juga bakal menerima kesan yang buruk jika memilih peralatan memasak yang salah
Oleh itu, anda wajib tahu apakah peralatan masakan yang terdapat di dapur anda yang membahaya dan mengundang toksik di dalam makana. Jika dah tahu, lepas ini anda perlu elakkan dari menggunakan peralatan tersebut Umum tahu bekas plastik, pinggan yang bercorak atau berwarna membuat anda terdedah kepada bahan toksik. Tapi tahukah anda bahawa periuk atau kuali non-stick yang terdapat di dapur menyebabkan anda lebih terdedah kepada bahan bertoksik di dalam makanan?
Periuk non-stick atau tidak lekat sentiasa menjadi pilihan bagi anda yang cuba mengurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Peralatan masakan non-stick ini juga dikenali sebagai Teflon. Setiap perkakas masakan teflon dilengkapi lapisan PTFE atau Polytetrafluoroethylene. Ia merupakan lapisan plastik polimer yang mudah membebaskan toksik apabila tertdedah kepada kepanasan haba 572oF.
Kesan toksik ini akan menyebabkan penyakit yang diberi nama Teflon Flue. Pesakit akan mengalami suhu tinggi di dalam badan dan pening kepala. Ini kerana, kesan toksin yang terbebas di dalam makanan ketika menggunkan perkakas teflon menyerang sistem paru-paru. Selain itu juga, pesakan akan berasa sesak nafas dan ruang dada yang sempit hingga menyebabkan batuk.
Satu lagi bahan kimia yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan peralatan memasak taflon adalah PFOA atau Perfluorooctanoic asid atau C8. Bahan toksik ini akan kekal mendiami tubuh kita dalam satu tempoh yang lama jika ia terbebas di dalam makanan.
Kesan menunjukkan kandungan toksik ini yang terpendam di dalam badan menjadi salah satu pencetus kepada beberapa penyakit kronik seperti kanser payu dara, Prostate dan kanser ovari
Walaupun terdapat kajian menunjukkan bahawa kandungan PFOA hanya sedikit di dalam peralatan masakan teflon dan tidak mengancam kesihatan manusia, kandungan toksik ini boleh dijumpai di dalam peralatan dan bahan lain yang anda gunakan secara harian antaranya ialah air minuman.
Oleh itu, sebaiknya kurangkan pendedahan diri kepada bahan toksik ini. Sebagai pilihan, apa kata anda gunakan peralatan masakan yang di lapisi atau diperbuat daripada granit atau cast-iron. Kedua-dua bahan ini tidak membebaskan sebarang toksik walaupun dalam suhu yang amat panas.
Sumber: https://mommingschool.com
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Salah satu teknik penjagaan dan merawat rumah kayu adalah dengan menggunakan cat. (kilik sini untuk artikel lengkap). Tapi, tahukah anda cat yang bersesuaian dengan perabot kayu.? Jika dibicarakan mengenai cat kayu, terdapat dua jenis iaitu cat solid yang terus menutupi ira kayu atau cat transparent seperti varnish dan syelek.
Sebelum itu, anda WAJIB faham terlebih dahulu apa fungsi cat terhadap kayu. Cat kayu digunakan bagi melindungi dan memberikan warna. Penggunaan cat pada permukaan kayu merupakan salah satu langkah untuk melindungi kayu dari serangan serangga perosak terutamanya anai-anai.
Namun, untuk cat solid pada permukaan kayu, tidak boleh guna cat biasa yang digunakan pada dinding. Terdapat pelbagai cat khas untuk kayu, tapi yang mana betul-betul berkualiti dan hasilnya menjadi? Berikut, ciri-ciri cat kayu yang perlu diperincikan
Seperti cat biasa, kayu juga ada cat untuk kegunaan indoor atau outdoor. Kayu yang sering terpancar dengan terik matahari dan UV cepat kusam. Bagi memastikan fasad dan perabot taman anda tahan lama dan sentiasa cantik, gunakan cat kayu yang dikhaskan bagi kegunaan outdoor
Seperti yang dikatakan sebelum ini, jenis keamasan kayu ada dua iaitu cat solid dan transparan. Jika memilih permukaan cat solid menutupi ira kayu, pilihlah cat minyak. Sebaliknya untuk kemasan transparan, karekter iara kayu perlu ditonjolkan. Jadi, pilihalah varnish atau syelek. Kedua-dua jenis kemasan kayu transparan ini pun hadir dalam pelbagai rona pilihan
Untuk mengecat permukaan kayu, ada du acara sama ada dengan menggunkan semburan atau sapuan. Setiap kaedah mempunyai kesan yang berbeza. Namun jika anda merancang untuk menggunkan kaedah semburan, peralatan khas diperlukan untuk memastikan permukaan semburan kemas dan rapi
Jika terdapat permukaan kayu yang berlubang atau rosak, sumbatkan dengan wood filler dan biarkan ia kering sepenuhnya sebelum dicat. Ia untuk memastikan, segala rongga yang buruk dapat ditutupi sepenuhnya. Bila kerja mengecat selesai, barulah permukaan kayu kelihatan lebih kemas
Permukaan kayu perlukan tuntutan tugas yang lebih untuk memastikan hasil cat yang di lakukan menjadi dan cantik. Jika cat dinding konkrit cukup sekadar lapisan under layer untuk meenghilangkan lapisan cat lama dan memastik cat baru dapat diserap sepenuhnya, untuk permukaan kayu, ia perlu digosok dengan kertas pasir. Jika lapisan lama telah hilang, barulah lapisan cat baru dapat diserap sepenuhnya oleh permukaan kayu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!