Setiap wanita pasti inginkan rumah mereka kemas, cantik, tersusun dan sedap mata memandang, ada mereka juga yang menjadikan alasan ”banyak duit boleh lah nak deco cantik-cantik”sedangkan sebenarnya dengan modal tidak tinggi pun boleh mewahkan rumah asal kena dekonya. Dekorasi yang ditampilkan ini begitu mengujakan kerana ia telah mengubah landskap asal rumah tersebut kepada sesuatu yang menarik dan mewah
Pelan rumah memanjang yang menyambungkan sekali ruang tamu dengan ruang makan pastinya boleh buat kita pening hendak memikirkan susun atur dan deko yang sesuai dan menjamin keselesaan. Oleh itu ruang seperti ini haruslah dirancang dengan berhati hati dan teliti agar tidak tersilap langkah, menjadikan ruang tidak nyaman didiami. Rugi nanti.
Jadi disini kami ingin kongsikan idea dekorasi daripada Puan Hasfarina Aziz yang telah berjaya menghias rumah beliau sehingga kelihatan lebih luas dan menarik. Kediaman yang terletak di Bandar Putra, Segamat, Johor ini merupakan rumah jenis teres satu tingkat telah diubah suai dalam masa sebulan berpandukan konsep minimal moden yang juga menerapkan sedikit gaya ala hotel yang menjanjikan eksklusiviti dan sudah tentunya keselesaan.
Dengan bermodalkan RM15k, gabungan barangan dari Kaison, IKEA dan Lazada telah menjadi pilihan tuan rumah. Ruang dengan ukuran 35 kaki x 10 kaki ini dicat warna cream disertakan wainscoting pada bahagian bawah menonjolkan lagi aura mewah rumah ini. Pada bahagian menonton televisyen dan dining area juga ada dipasang pembahagi ruang yang tampak ringkas tapi tetap menarik. Agar ruang tamu memanjang kelihatan luas, pemilik meletakkan tiang sebagai pembahagi di antara ruang makan dan juga ruang menonton tv. Ilusi ini berjaya membuatkan kediaman pemilik kelihatan luas dan lapang.
Mari IMPIANA bawakan pembaca lihat transformasi kediaman Puan Hasfarina sebagai inspirasi. Selamat menghias!
SEBELUM
SELEPAS
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai orang takut untuk membeli kediaman sub-sale kerana dikhawatiri kedaan rumah yang tidak lagi dapat diselamatkan. Tetapi sebenarnya, tidak semua rumah sub-sale itu dalam keadaan teruk. Ada juga yang masih dalam keadaan boleh tinggal dan tidak banyak yang perlu dibetulkan.
Menurut tuan rumah, Puan Diana Zaini kediaman sub-sale kos rendah yang dibelinya hanya menelan belanja RM70K untuk ubahsuai termasuk perabot dan barangan keperluan kediaman yang lain.
Rumah dengan keluasan 20×50 kaki persegi tersebut merupakan rumah jenis memanjang dan mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk disempurnakan. Dengan konsep pilihan moden minimalis, kebanyakkan inspirasi dekorasi ruang didapatinya melalui perkongsian rakan-rakan di facebook selain mencari idea melalui IMPIANA.
Ketika ditanya tentang runag kegemarannya, Puan Diana amat sukakan ruang tamu beliau yang dihias ringkas tetapi amat selesa, memandangkan ruang ini merupakan tempat tumpuan buat ahli keluarga berkumpul. Rona neutral yang dipilih membangkitkan rasa nyaman ketika berada di ruang tersebut.
Berikut merupakan koleksi gambar “Sebelum & Selepas” kediaman Puan Diana yang dikongsi beliau dengan IMPIANA
LUAR RUMAH
RUANG TAMU/ RUANG MAKAN
DAPUR
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bosan dengan gaya biasa di ruang makan? Anda mungkin boleh mencetuskan kelainan dengan menyuntik pelbagai warna dengan gaya yang berbeza di ruang menjamu selera anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil inspirasi ala kafe untuk merubah ruang makan yang hambar menjadi lebih bermaya. Gaya ini sangat sesuai buat anda yang berjiwa muda dan sukakan sesuatu yang segar. Web Impiana berkongsi dengan anda 5 gaya yang pastinya buat anda terpersona.
1.Jarang-jarang kita lihat ruang makan tampil sebegini. Inspirasi dari sebuah kafe di Singapura ia sangat memukau. Di tambah pula dengan pilihan kerusi dengan reka bentuk serta warna yang berbeza telah merubah ruang tampil ceria.
2.Wow!!! Sesuai untuk anda yang punya citarasa yang tinggi.Kediaman jenis apartmen dan studio boleh jadikan ini sebagai inspirasi.
sumber foto: homefuly.com
3.Go Green!!!! Pencinta hijau pasti sukakan ini. Kafe-kafe sekarang banyak yang memilih gaya seperti ini. Mementingkan keselesaan, sedap mata memandang dan punya keunikkan yang tersendiri.
4. Satu lagi gaya kafe di ruang makan. Santai, selesa dan simple. Namun paling menarik dinding menggunakan konsep papan hitam. Idea bijak!
5. Kalau tadi untuk peminat hijau ini khas untuk peminat biru. Kabinet dan kaunter pulau serba biru. Konsep yang menarik malah sangat unik dan berani mencipta kelainan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.