Tidak kira lah sama ada ia sebongkah batu semula jadi atau sebaliknya, elemen kaku ini mampu merubah wajah dan personaliti taman kita. Ia berupaya menyuntik aura unik, kreatif dan estetik jika betul cara penggayaan. Batu sungai memang sangat berharga di pasaran berikutan tekstur, warna, bentuk dan motif nya yang unik. Penggunaan batu memang popular di kalangan pencinta landskap namun ia jarang memainkan peranan utama untuk visual keseluruhan taman.
Kehadirannya kerap dikaitkan dengan konsep taman minimalis seperti taman zen, oriental, rock garden dan moden, namun ia sebenarnya sesuai untuk apa juga konsep taman yang ada. Ayuh kita lihat bagaimana batu mampu tampil indah. Jom kita tengok idea hiasan taman menggunakan batu ini yang begitu menarik.
Bunga Cenderawasih atau nama tempatan nya lebih dikenali dengan panggilan Bird Of Paradise adalah salah satu daripada bunga-bungaan tercantik di dunia. Tanaman renek berasal dari Afrika Selatan ini ditanam secara melata di negara-negara Asia terutamanya di China. Bentuk dan warna bunganya yang unik amat popular sebagai hiasan interior.
Nama saintifiknya untuk bunga cendrawasih adalah Strelitzia. Ada 4 spesis utama iaitu Strelitzia caudata,Strelitzia nicolai, Strelitzia juncea dan Strelitzia reginae.Namun hanya spesies Strelitzia reginae yang sesuai ditanam di dalam rumah.
Bunga cenderawasih dikategorikan sebagai bungaan ekslusif kerana ia hanya mampu berbunga 2-3 kali sahaja dalam tempoh setahun.
PEMBIAKAN Ia boleh dibiakkan melalui biji benih. Namun, cara yang paling mudah dan cepat adalah melalui akar atau umbisinya. Tanaman ini memerlukan cahaya matahari terus yang banyak namun tidak tahan pada panas melampau.
MEDIUM TANAMAN Medium tanaman bunga cenderawasih perlu dipastikan sentiasa lembap kerana ia merupakan tumbuhan yang memerlukan air banyak sepanjang tahun untuk tumbesaran optimum. Namun pastikan, medium tanaman tidak menakung air kerana ia akan melemaskan akar tanaman.
SIRAMAN Untuk peringkat awal tanaman, pastikan siraman dilakukan secara kerap kerana ketika itu pertumbuhan akarnya berkembang cepat dan menjadi lebih matang.
CARA TANAM DALAM PASU Tanaman ini juga sesuai ditanam di dalam pasu. Namun, ada beberapa perkara perlu diperhatikan antaranya ialah medium tanaman. Pastikan medium pemasuan yang digunakan mempunyai saliran dan pengudaraan baik setra kaya bahan organik.
Selain itu juga, untuk tanaman berpasu, Pemasuan semula perlu di lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi menggalakkan pertumbuhannya yang subur.
Untuk menggalakkan penghasilan bunga, bunga cendrawasih wajib diberi baja semburan atau “slow release”. Baja semburan perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Setelah tempoh 1 hingga 2 tahun, rumpun tanaman bunga cenderawasih ini perlu dipecah-pecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil. Ia bukan sekadar untuk tujuan pembiakkan, malah menggalakkan pertumbuhan bunga.
Kebiasaannya, tanaman jenis citrus seperti limau kasturi, lemon, limau purut dan sebagainya dibiakkan melalui keratan batang. Ada juga yang dibiakkan melalui biji benih namun memakan masa yang lama untuk berbuah. Sebenarnya, ada lagi satu kaedah mudah pembiakkan pokok limau iaitu melalui daun
Teknik ini lebih mudah dan diyakini menjadi. Cara-caranya adalah seperti berikut:
1. Sediakan medium semaian jenis kompos
2. Petik daun limau yang sihat beserta tangkainya
3. Celupkan tangkai daun di dalam serbuk penggalak akar
4. Tanam separuh daun serta tangkai ke dalam medium tanaman 5. Siram semaian. Tapi jangan terlalu lembap
6. Bungkus atau serkup semaian dengan plastik lutsinar tanpa lubang
7. Periksa semaian setiap hari dan apstikan medium tanaman dalam keadaan lembap
8. Dalam tempoh 4-6 minggu akar akan mula kelaur dan
apabila terhasilnya tunas, Semaian boleh dipindahkan ke bekas tanaman kekal
Bulan puasa ni mesti ramai antara sahabat laman mengambil kesempatan pulang ke desa mengemas kampung halaman. Agar nanti menjelang raya, rumah mak dan abah kemas dan bersih. Nak-nak bagi kediaman pusaka yang ditinggalkan. Bila dah tak berpenghuni dan jarang diduduki, semak samun pun mula naik. Nak pastikan sanak saudara yang datang seelsa berkumpul di rumah pusaka, semua benda perlu di keamskan.
Kalau sekeliling rumah dah mula naik semak, nak menebas memang tak larat lah di bulan puasa ni. Ada yang mengambil keputusan untuk meracun sahaja. Tapi sedarkah anda, penggunaan racun rumpai akan adak kesan sampingan yang lain terutamanya pada kesihatan?
Selain guna racun rumpai yang mengandungi bahan kimia, apa kata kita buat sendiri racun organik. Tak perlu bahan yang banyak dan tak susah pun.
Bahan-bahan:
30Kg Kulit nanas
100ml EM
500gm Gula merah
50 liter air tanpa klorin
(Boleh kecil kan kuantiti bahan mengikut keperluan)
Cara-cara:
1. Racik kulit nanas menjadi kecil
2. Masukkan semua bahan ke dalam tong dram. Kalau jumlahnya sedikit masukkan dalam balang kedap udara sahaja
3. Tutup rapat bekas perapan dan peram selama 15 hari.
Cara guna:
Terus sembur pada rumpai tanpa perlu di tambah air.
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...