Emilyns Design, Cipta Ruang Yang Menawan Di Setiap Sudut Kediaman

Bagi ramai pemilik rumah, dekorasi bukan sekadar mencantikkan ruang, ia tentang mencipta suasana. Suasana yang selesa untuk pulang setiap hari, tempat bersantai bersama keluarga dan ruang yang mencerminkan siapa kita. Itulah kepercayaan yang dipegang oleh Emilyn Designs sejak lebih sedekad lalu. Mereka percaya bahawa rumah yang cantik tak semestinya mahal, ia hanya perlukan perhatian dan rasa hormat pada keperluan si penghuni.

Emilyns Design, syarikat reka bentuk dalaman yang berpusat di Shah Alam, menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk memperindah kediaman dan ruang komersial. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, mereka menyediakan penyelesaian menyeluruh dari konsep hingga pelaksanaan.

Emilyns Design, Cipta Ruang Yang Menawan Di Setiap Sudut Kediaman

Diasaskan dengan semangat untuk menjadikan reka bentuk dalaman lebih peribadi dan mudah diakses, Emilyns Design bukan sekadar menawarkan servis. Mereka mendengar cerita pelanggan, memahami gaya hidup dan menyesuaikan setiap inci ruang agar dekat dengan jiwa si pemilik.

Showroom Yang Menginspirasikan

Emilyns Design, Cipta Ruang Yang Menawan Di Setiap Sudut Kediaman

Di showroom mereka di Shah Alam, pelanggan bukan hanya melihat contoh langsir, bidai, upholsteri atau kertas dinding, mereka diberi pengalaman. Ramai yang masuk dengan rasa keliru, tapi keluar dengan senyuman lega.

Perkhidmatan Utama

Emilyns Design, Cipta Ruang Yang Menawan Di Setiap Sudut Kediaman

– Langsir & Bidai: Pilihan langsir dan bidai yang disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, termasuk roller blinds dan roman blinds.

Ads

– Upholsteri: Perkhidmatan menukar kain perabot lama kepada yang baru dengan bahan berkualiti tinggi.

– Kertas Dinding: Rekaan dinding yang segar dan elegan untuk memberi nafas baru kepada ruang.

Emilyns Design, Cipta Ruang Yang Menawan Di Setiap Sudut Kediaman

– Kerja Kayu: Pembuatan perabot seperti kabinet dapur dan almari pakaian dengan kemasan eksklusif.

Ads

– Konsultasi Reka Bentuk Dalaman: Dari idea ke pelaksanaan, Emilyns Design membantu merealisasikan impian ruang idaman anda.

Emilyn Designs juga aktif berkongsi inspirasi dan projek terkini mereka di media sosial, memaparkan pelbagai idea reka bentuk yang boleh dijadikan rujukan.

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, Emilyns Design tampil sebagai jenama yang dipercayai ramai dan teliti, membawa sentuhan homey ke setiap ruang. Sebab mereka percaya: rumah bukan sekadar tempat tinggal, tapi tempat di mana kenangan bermula.

📍 Lokasi

Ads

28A, Jalan Rugbi 13/30, Seksyen 13,

Shah Alam

Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak

Follow kami diWEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads