Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais

Elak pokok orkid terlebih air, guna teknik kiub ais. Menjaga tanaman hiasan di rumah bukan sahaja mencantikkan ruang, malah memberi ketenangan kepada pemiliknya. Namun begitu, ramai yang berdepan masalah pokok berpasu layu atau mati walaupun disiram dengan penuh kasih sayang.

Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais

Antara punca utama ialah terlebih siraman atau over watering, yang menyebabkan akar terendam terlalu lama dalam lembapan hingga mudah diserang penyakit.

Keadaan ini akhirnya membawa kepada pertumbuhan kulat dan kerosakan akar. Inilah dilema yang sering dihadapi pencinta tanaman, terutamanya apabila sukar mengukur jumlah air yang tepat untuk tanaman berpasu. Justeru, teknik mudah menggunakan kiub ais boleh menjadi alternatif praktikal yang berkesan untuk mengelakkan masalah ini.

Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais

Kaedah menyiram menggunakan kiub ais amat sesuai untuk tanaman berpasu bersaiz kecil hingga sederhana. Misalnya, pokok orkid yang sememangnya terkenal sebagai tanaman sensitif terhadap lembapan berlebihan.

Dengan teknik ini, kiub ais akan mencair perlahan-lahan, lalu membekalkan air secara konsisten dan terkawal tanpa merosakkan akar. Begitu juga dengan tanaman gantung yang sukar dicapai. Cukup dengan meletakkan beberapa kiub ais, masalah menyiram yang renyah dapat diatasi dengan lebih kemas tanpa percikan air berlebihan.

Ads

Tip Praktikal Guna Kiub Ais

  1. Pasu kecil (6-10 cm diameter): Letakkan 1 kiub ais sahaja.

2. Pasu sederhana (12-15 cm diameter): Gunakan 2 hingga 3 kiub ais.

3. Pasu besar (lebih 18 cm): Sekurang-kurangnya 4 kiub ais, bergantung kepada keadaan tanah.

4. Kekerapan: 2 hingga 3 kali seminggu sudah memadai, bergantung kepada cuaca dan jenis tanaman.

Ads

Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais Elak Pokok Orkid Terlebih Air, Guna Teknik Kiub Ais

Elakkan meletakkan terlalu banyak kiub ais sekaligus kerana ia boleh menyebabkan tanah menjadi terlalu lembap. Untuk orkid, sebaiknya diletakkan kiub di atas medium tanaman, bukan terus pada batang pokok.

Secara keseluruhannya, teknik kiub ais ini bukan sahaja praktikal tetapi juga membantu mengelakkan pokok daripada disiram secara berlebihan. Dengan kaedah ini, pemilik tanaman tidak perlu lagi bimbang soal jumlah air yang ideal, sekali gus memastikan tanaman hiasan sentiasa segar, subur dan menawan mata yang memandang.

Ads

Artikel lain: Elak Akar Cepat Busuk Bunga Mudah Gugur, Begini Cara Penjagaan ORKID Musim Hujan!

Rahsia Pokok ORKID Berbunga & Tahan Lama, Kena Tahu Pantang Larang Ini!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip dekorasi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads