DIY Tukar Tandas Cangkung Ke Tandas Duduk, Jimat Kos Tak Perlu Pecah Jubin!. Jika di rumah menggunakan tandas cangkung dan berhasrat nak tukar ke tandas duduk, ada cara jimat kos tanpa memecahkan jubin. Memang jimat banyak.
Bukan apa, menggunakan tandas duduk lebih selesa dan selamat, terutamanya buat kanak-kanak dan warga emas yang kurang sihat, sakit lutut, obesiti dan sebagainya.
Boleh ikut tutorial, langkah demi langkah lengkap untuk tukar tandas duduk seperti yang dikongsikan oleh Mohd Azuan MD Turian ini sebagai rujukan.
Throwback-projek tukar tandas cangkung ke tandas duduk. Jimat kos tak perlu pecah tiles. Kos Bahan RM 150 semua sekali.
Bahan-Bahan:
Tandas duduk 1 set with cover
simen biasa & simen gum
tiles 4 keping
Pipe 20inci + penyambung
Cara Membuat:
1. Pecahkan tandas cangkung sedia ada.
2. Ukur paip anggaran 1 kaki ikut kesesuaian + penyambungan.
3. Ukur agak-agak tinggi sikit untuk pasang tiles nanti.
4. Kedudukan dan ukuran dah ngam.
5. Bancuh simen agak cair sikit tuangkan ke dalam tandas yang dah dipecahkan sampai padat dan rata.
6. Ratakan sama level dengan tiles sedia ada.
7. Potong tiles ngam-ngam dan tanda siap-siap mangkuk tandas duduk yang baru.
8. Lekatkan tandas baru dengan simen.
9. Dah siap. Dah 2 tahun pakai masih berkhidmat dengan cemerlang.
‘Backsplash’ merujuk kepada lapisan pelindung dinding di bahagian belakang dapur, terutamanya di kawasan antara kabinet dapur dan permukaan kerja. Selain memberikan perlindungan daripada percikan air, minyak, dan bahan makanan yang berbahaya, backsplash juga berfungsi sebagai elemen dekoratif yang mampu mengubah suasana dapur.
Bagi mereka yang masih kekurangan bajet untuk memasang jubin backsplash, ada cara murah dan lebih jimat untuk anda lakukan.
Anda boleh diy sendiri backsplash dengan menggunakan 3D sticker. Sempatlah anda menabung untuk jubin backsplash yang lebih berkualiti. Fungsi utama backsplash ialah sebagai pelindung dinding daripada terkena kesan kotoran masakan selain menjadikan dinding anda lebih tahan lama.
“Sementara tunggu backsplash idaman, kita pakai diy punya dulu. 3D sticker, kos RM40.00.”
NOTA: Lapik dengan plastik sebagai alas. Elakkan daripada melekatkan sticker secara terus pada dinding. Ia bagi memudahkan kerja-kerja ‘mencabut’ semula sticker apabila ingin memasak backsplash yang kekal.
SEBELUM STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
SELEPAS STICKER 3D BACKSPLASH DIPASANG
Jika anda bercadang untuk menambah baik atau mengubahsuai dapur anda, dikongsikan beberapa jenis bahan yang sesuai untuk dijadikan backsplash dengan menilai faktor-faktor berikut:
1.KOS
Adakah bahan itu mampu milik dari segi kos pemasangan dan kos penyelenggaraan
2.GAYA
Sama ada ia adalah satu gaya yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman atau tidak bersesuaian dengan konsep
3.KETAHANAN
Memastikan bahan yang dipilih berbaloi dengan nilai yang dibayar dari segi ketahanan untuk jangka masa yang panjang
Jangan pula kita lupa bahawa backsplash bukan hanya sekadar elemen dekoratif di dapur tetapi juga merupakan sesuatu yang mempunyai fungsi pelindung. Jadi kita juga perlu menilai backsplash dari aspek functionality.
Sama ada material yang dipilih dapat mejalankan tugas menghalang air dari terpercik ke dinding dengan baik ataupun tidak. Keperluan setiap orang juga adalah berbeza-beza jadi ikutlah kesesuaian dan kemampuan masing-masing ya!
Ini 4 material pilihan untuk backsplash:
Kaca
Material kaca sesuai digunakan untuk dapur yang berkonsepkan minimalis dan moden. Material kaca mudah dibersihkan selain buat dapur anda nampak lebih clean dan elegant . Sifat reflektif kaca juga dapat memberikan efek luas pada dapur yang kecil. Penggunaan material kaca harus sering dibersihkan agar kaca backsplash tetap terjaga rapi dan tidak dikotori kesan minyak atau makanan.
Batu Marmar (Marble)
Marmar adalah antara material pilihan popular untuk backsplash. Selain mudah dibersihkan material ini juga menciptakan aura elegan dan mewah. Marmar juga sangat keras dan tidak mudah pecah menjadikannya antara bahan yang bagus untuk jangka masa panjang. Selain untuk dinding anda juga boleh gunakan marmar untuk material counter top anda.
Besi Tahan Karat (Stainless Steel)
Stainless steel merupakan material anti-karat yang mudah dibersihkan. Kotoran hanya perlu dilap dengan kain lembap tanpa perlu bersusah payah. Material stainless steel sesuai untuk dapur yang bertema industrial dan moden. Stainless steel sebagai backsplash juga sering digunakan di dapur-dapur profesional seperti hotel atau restoran.
Jubin Seramik atau Porselin
Material paling common yang kita lihat untuk backsplash ini menjadi pilihan ramai kerana ia amat versatail dan mudah disesuaikan denagn konsep mengikut kehendak pemilik. Dan dari aspek kos pula, harganya berubah ubah bergantung pada saiz, ketebalan dan bentuk yang anda pilih. Tetapi jangan risau, terdapat ribuan pilihan jubin yang sesuai dijadikan lapisan pada dinding, anda hanya perlu pilih yang kena denga bajet dan gaya sahaja.
Backsplash melindungi dinding daripada kerosakan akibat air, minyak, dan makanan yang boleh merosakkan cat atau dinding itu sendiri.
Backsplash memberikan peluang untuk mengekspresikan kreativiti melalui pelbagai reka bentuk, corak, dan warna. Ia boleh menjadi unsur seni yang memeriahkan dapur.
Bahan backsplash yang sesuai memudahkan pembersihan, kerana permukaannya kebanyakannya tidak menyerap kotoran atau cecair.
Backsplash membantu menyelaraskan dan meningkatkan gaya dapur, memberikan sentuhan terakhir yang mengikat bersama elemen-elemen dekoratif yang lain.
Backsplash bukan hanya satu elemen praktikal tetapi juga peluang untuk mencipta dapur yang mencerminkan personaliti dan gaya anda sendiri. Jadi, beranikan diri untuk menggabungkan sentuhan kreativiti ke dalam dapur anda melalui backsplash yang menawan!
Kasihnya Anak Membawa Bahagia, begitulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan bagi anak-anak yang ‘renovate‘ rumah ibu bapa mereka ini.
Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan. Untuk info, tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”
“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Keluarga.
Jika bijak memanfaatkan kawasan bawah tangga ia boleh dijadikan ruang tambahan pada sesebuah kediaman. Hanya perlu letakkan partition ia boleh menjadi ruang tambahan seperti stor simpanan barangan.
Boleh cuba buat sendiri dekor partition ruang bawah tangga guna MDF Board seperti yang dikongsikan oleh Danial Farhan ini. Memang cantik sungguh hasilnya, malah berjaya menyorokkan pintu yang ada pada ruang tersebut.
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya hahaha. Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan hahaha. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali. Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh.
RM35 = Cat Jotun hitam kilat.
RM14 = Gam x-bond x 2 unit
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat)
RM30 = Mitre box and back saw
RM30 = Anggaran tape, berus cat, sesiku L dan lain-lain
Total = RM204
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Gypsum Board sebagai partition asas RM1,200. Wiring dan lampu sedia ada.Gypsum Board sebelum cat tak kalis air. Sifatnya macam plaster ceiling sikit tapi lebih kalis dan kuat.Saiz stor ini dalam 62 kaki persegi.
Rangka menggunakan aluminium dan C channel untuk partition.
Gam yang digunakan. Ada teknik untuk letak ni. Kena nipis nipis je supaya tahi gam tak ada. Senang comot.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!