Hidroponik berasal dari perkataan Yunani “hydro” yang berarti air dan “ponos” yang bermaksud kerja. Ia adalah teknik menanam tumbuhan dengan menggunakan larutan nutrien dalam air, tanpa tanah.

Kaedah menanam dengan hidroponik ini amat mudah dan praktikal diletakkan dikawasan keliling rumah. Tapi kalau nak beli set lengkap hidroponik harga boleh tahan mahal.

Jom buat sendiri DIY, modal tak sampai RM20 tapi hasil pula lumayan macam dikongsi oleh Abdul Sapawi Abdullah ini.

Hidroponik Jimat Belanja RM 17

DIY Set Hidroponik Bajet, Kos Tak Sampai RM20 Tapi Hasilnya Lumayan!

Pengalaman saya sebagai penanam sayuran hidroponik, kedengaran mengatakan hidroponik kos adalah tinggi/mahal. Kebiasaannya apa-apa yang melibatkan kos yang tinggi kita jarang sangat hendak ambil peduli dan cakna untuk mengusahakan sesuatu.

Hari ni saya cuba bantu tuan/puan bagaimana nak bermula hidroponik dengan kos yang sangat-sangat berpatutan untuk menanam sayuran terutamanya kangkung.
Di bawah ini adalah bahan-bahan yang perlu untuk bermula :

1. Baja A/B 500ml : RM10
2. Benih Kangkung Eco : RM2
3. Span Aquarium : RM5
4. Air Hujan : Free
5. Bekas Sabun : Free
6. Cup Minuman : Free
P/s : Free : Barang recyle yang ada banyak di sekeliling kita, tapi kita sahaja yang tidak anggap ianya amat berguna!

IKLAN

Usia baru seminggu selepas tanam

DIY Set Hidroponik Bajet, Kos Tak Sampai RM20 Tapi Hasilnya Lumayan!

Letak span pada dasar cup minuman, kemudian benih di atas span. Satu cup letak 5-10 pokok.

Dalam tong adalah air yang dicampur baja AB. paras 1/4 cup minuman sahaja. Air ini kena tambah sebab selalunya akan kering 2-3 hari sebab pokok kangkung banyak makan air

IKLAN

Usia 3 minggu selepas tanam

DIY Set Hidroponik Bajet, Kos Tak Sampai RM20 Tapi Hasilnya Lumayan!

Dah boleh tuai

DIY Set Hidroponik Bajet, Kos Tak Sampai RM20 Tapi Hasilnya Lumayan!

IKLAN

Potong bahagian atas dan akan tumbuh semula. Jimat benih dan tak perlu semai kembali. Boleh tuai 4 kali selagi masih tumbuh! Jimat kan?

Bukan hanya kangkung, anda juga boleh mempelbagaikan jenis tamanan dan sayuran dengan set hidroponik ini. Semoga bermanfaat kepada semua.

Sumber: Abdul Sapawi Abdullah

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI