Bukan hanya menyemakkan mata, malah ruang untuk bersantai mengambil angin pun terbatas jika menyidai baju di balkoni ini.
Bagi anda yang tinggal di rumah apartment boleh gunakan idea daripada Nordin Nj ini.
Beliau menggunakan rod langsir Ikea yang ubah untuk menjadi penyidai baju. Bagusnya idea ini, selepas baju kering, boleh simpan rod dan balkoni bebas digunakan untuk bersantai. Modal pula cukup murah RM25 saja.
Jika bijak memanfaatkan kawasan bawah tangga ia boleh dijadikan ruang tambahan pada sesebuah kediaman. Hanya perlu letakkan partition ia boleh menjadi ruang tambahan seperti stor simpanan barangan.
Boleh cuba buat sendiri dekor partition ruang bawah tangga guna MDF Board seperti yang dikongsikan oleh Danial Farhan ini. Memang cantik sungguh hasilnya, malah berjaya menyorokkan pintu yang ada pada ruang tersebut.
Akhirnya siap projek sendiri yang ambil masa 1 bulan lamanya hahaha. Bermula 7 April panggil orang buat partition biasa dulu. Lepastu lain semua buat sendiri.
Masuk pula bulan Ramadhan, fokus ibadah so tangguh lagi Fikir nak dekat raya, baru usaha untuk siapkan hahaha. Panggil adik beradik dan cik tunang tolong cat sekali. Leceh betul nak cat sebab ikut citarasa minat buat design strip banyak macam ni.
Proses pembuatan seperti di dalam gambar di bawah.
RM100 = 40 batang mdf strip tapi guna 39 batang je (1 inci x 8 kaki) beli kat shopee tapi collect sendiri di Sungai Buloh.
RM35 = Cat Jotun hitam kilat.
RM14 = Gam x-bond x 2 unit
RM5 = Gap filler (tak pakai sangat)
RM30 = Mitre box and back saw
RM30 = Anggaran tape, berus cat, sesiku L dan lain-lain
Total = RM204
Partition guna partition board tapi frame pintu kayu dan pintu plywood sebab nak dapatkan frameless hidden door. Kalau nak lagi tak nampak, engsel buka ke dalam, tapi ruangan terhad. Macam ni dah puas hati dah.
Gypsum Board sebagai partition asas RM1,200. Wiring dan lampu sedia ada.Gypsum Board sebelum cat tak kalis air. Sifatnya macam plaster ceiling sikit tapi lebih kalis dan kuat.Saiz stor ini dalam 62 kaki persegi.
Rangka menggunakan aluminium dan C channel untuk partition.
Gam yang digunakan. Ada teknik untuk letak ni. Kena nipis nipis je supaya tahi gam tak ada. Senang comot.
Bila sebut tentang perayaan Deepavali pasti terbayang hiasan ‘kolam’ yang berwarna-warni dan menarik menghiasi pintu kediaman.
Deepavali turut dikenali sebagai Pesta Cahaya dan merupakan perayaan utama bagi masyarakat India yang beragama Hindu, Sikh dan Jain, yang mana ia disambut pada Oktober atau November setiap tahun.
Tapi apakah makna dan tujuan tujuan sebenar lukisan berwarna atau tepung beras itu?
Mungkin hiasan kolam ini kelihatan remeh pada sesetengah anggota masyarakat. Namun hakikatnya, ia lebih daripada sekadar hiasan warna-warni yang direka sempena perayaan Deepavali.
Jom lihat lapan fakta menarik mengenainya.
Kolam yang direka dengan penuh warna-warni merujuk kepada Rangoli. Jadi jika anda mendengar perkataan Rangoli digunakan dalam filem Bollywood, maksudnya adalah kepelbagaian warna!
Semasa perayaan Deepavali di kediaman, kolam selalu ditempatkan di pintu hadapan dan ia akan digabungkan dengan hiasan pelita yang dinyalakan atau ‘vilakku’.
Hiasan pelita yang dinyalakan di sekeliling kolam pula berkait rapat kepada nama perayaan ‘Deepavali’ itu sendiri yang bermaksud ‘pesta cahaya’.
Tujuan kolam dihasilkan adalah untuk menarik kehadiran serangga dan burung di sekitar rumah sebenarnya. Ini kerana agama Hindu menggalakkan penganutnya memberi makanan kepada haiwan. Oleh itu, kolam menjadi sumber makanan kepada serangga dan burung.
Anda dibenarkan untuk mencipta apa-apa jenis lukisan bagi rekaan kolam. Tiada pantang-larang dari segi imej tersebut, namun rekaan paling popular sewaktu perayaan Deepavali adalah flora, burung merak, pelita dan gajah.
Selain beras hancur yang diwarnakan, anda juga boleh menggunakan tepung suji, tepung beras, kapur, serbuk kapur, serbuk batu dan serbuk sintetik yang berwarna-warni.
Untuk perayaan Deepavali, cukup sekadar kolam dijaga selama dua hari sebelum dikemaskan. Disebabkan beras dicampur dengan pewarna makanan, kolam yang sudah lagi tidak digunakan boleh dijadikan sebagai makanan ayam atau burung selepas itu.
Cuma kolam yang dijadikan hiasan di pejabat dan pusat membeli-belah tentulah perlu bertahan lama, bukan? Oleh itu, warna yang lebih berkualiti (dan tentunya lebih mahal) seperti pewarna makanan akan digunakan.
*
Lain budaya, lain keistimewaannya. Oleh itu, janganlah kita sesuka hati memperlekehkan atau merendahkan hiasan dalam budaya masyarakat lain sekiranya kita tidak tahu simbolik di sebaliknya.
Selamat menyambut Hari Deepavali buat kaum India! Perayaan kali ini mesti lebih meriah dengan kehadiran sanak saudara dan aktiviti kunjung-mengunjung.
Kasihnya Anak Membawa Bahagia, begitulah perumpamaan yang boleh kita gambarkan bagi anak-anak yang ‘renovate‘ rumah ibu bapa mereka ini.
Terlihat perkongsian saudara Faisal Suhaimi di Group Kaki Dekor mengenai hasil kerja mereka adik beradik mengubah suai rumah orang tuanya cukup mengujakan. Untuk info, tempoh ubah suai mengambil masa lebih kurang 1 bulan dan total kos yang dilakukan adalah di bawah RM 10K.
Sebelum & Selepas
SELEPAS
Adik Beradik Berkerjasama
Berkongsi kisah bagaimana tercetusnya keinginan10 adik beradik ini agar sepakat membuat ubah suai kediaman orang tua mereka daripada biasa menjadi cukup luar biasa, ianya dikongsikan oleh Faishal Suhaimi yang merupakan anak ke lima daripada 10 beradik.
Katanya, “Idea first datangnya dari idea saya sendiri dengan kakak yang sulung bersepakat nak renovate rumah. Lepas itu baru kami mintak pandangan adik beradik yang lain, bincang dalam group whatsapp, tanya macam mana semua setuju tak nak renovate rumah mak ayah.
“Tujuan kami adik beradik nak renovate ni nak bagi keselesaan dekat mak ayah, sekali balas jasa dorang laaa….sebab dah lama kami tengok keadaan rumah macam ni..so kami sepakat untuk teruskan dengan projek kami.”
Semua Buat Sendiri
Bila diajukan soalan mengenai siapakah yang melakukan kerja-kerja pertukangan, jawapan yang diberikan cukup mengujakan.
“Semua dari awal renovate sampai habis, dengan pasang siling, cat, pasang wainscoat, jahit langsir, semua kami adik beradik buat.
“Berkenaan dalam menentukan konsep pula, sebenarnya mak saya ni terlampau minat dengan warna hijau, jadi kami buat warna hijau ni lah.
“Manakalan dari segi susun atur perabot, pilihan design, dekor dan lain-lainnya adalah hasil perbincang kami adik beradik. Saya ada 10 adik beradik, 5 lelaki dan 5 perempuan.
Tersentuh Hati Ibu
“Kalau nak cerita tentang perasaan mak ayah pula, (ni saya tanya dia sendiri) mak sangat terharu dan suka dengan hasil yang anak-anak buat semua ni”
“Maklumlah, anak-anak mak bukan kerja kerajaan, semua kerja sendiri…kecuali abang sorang je kerja kerajaan….so dia macam terharu dengan hasil penat lelah anak-anak dia meniaga, (kakak sulung dan no 2-bisnes langsir)(saya sendiri – wedding planner,surprise planner) adik-adik yang lain kerja dengan kami). Simpan duit, sanggup ketepikan kemahuan masing, demi bahagiakan mak ayah…”
“Jadinya bolehlah kami adik beradik ni anggap ini merupakan salah satu pencapaian yang sangat kami suka, dapat balas jasa mak ayah.
Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Majalah Keluarga.
Membeli rumah subsale perlukan ketelitian yang tinggi. Jangan terpedaya dengan cat baru, pastikan anda memeriksa 10 perkara kritikal ini sebelum menurunkan tanda tangan pembelian.