BUAT rak pasu bunga guna paip PVC? Bunyinya macam menarik, kan? Itulah yang dikongsikan oleh Abdul Hadi menerusi grup Kelab Kaki D.I.Y.
Bagi memenuhi keinginan isteri yang mahukan rak pasu untuk tanaman hiasannya, Encik Hadi telah bina sendiri rak dari paip PVC. Sangat kreatif dan jimat! Mari ikuti perkongsiannya.
Salam semua KKDIY. Kali ni nak share rak pasu diy dari paip pvc permintaan isteri tersayang.
Sambung2 paip pvc, alaskan kayu spin terpakai dan skru. Jadi lah rak pasu bunga ni. Sesuai untuk pasu yang agak kecil dan ringan.
Pemasangan fitting ni agak ketat. Memng tak guna gam langsung. Cuma kayu tu kita skru kan ke paip untuk lebih kukuh. Ada kayu yang disusun melintang, ada yang menegak untuk pastikan bahagian kiri, kanan, depan & belakang secure.
Ads
Cuma bab nak angkat kene pastikan hati-hati. Boleh tercabut kalau berat sebab tak gam
Next time nak adjust tinggi atau extend mana-mana bahagian, boleh cabut semula.
Ads
Dan boleh juga kalau pasangkan roda untuk mudah alih. Supaya lebih selamat, ikatkan pada dinding belakang supaya tak mudah tumbang ke depan.
Fittting tu semua online kat shoppe saiz 3/4 inchi. Semoga bermanfaat.
Tak mustahil untuk merealisasikan kolam renang idaman anda di kediaman sendiri. Malah, kosnya lebih murah dengan hasil kerja sendiri atau DIY.
Buktinya adalah perkongsian dari Eddy Azuan yang menyiapkan sendiri kolam mandi mini untuk anak-anaknya. Menariknya ia diusahakan selama 7 hari berbekalkan rujukan dari Google, Youtube & Facebook.
Malah beliau turut berkongsi langkah demi langkah untuk menyiapkan kolam yang bajetnya hanya lebih kurang RM3,000. Berbaloi kan!
1. Inilah rupa asal ruang yang ada, rumput tiruan memang dah ada, cuma tanah tak sama level dengan lantai batu.
2. Ini lakaran pelan. Oh ya, ada yang tanya kenapa perlu buat deck keliling?
-Tak nak kucing dtg cakar
-Tak nak ada haiwan ‘bermastautin’ celah-celah.
-Melindungi sistem pipe yang ada.
-Nampak kemas dan siap.
3. Barang-barang order dari online. 3 hari terus sampai depan rumah. Cuma KANVAS kolam sebelah dalam beli dari set pool yg dah siap – BESTWAY 2m x 4m, kedalaman 1m. Boleh cari di Shopee, harga lebih kurang RM700-800.
4. Kerja-kerja dimulakan dengan memunggah semula rumput tiruan untuk proses meratakan sedikit tanah.
5. Lebih kurang 15 kampit pasir digunakan. Kenapa tak simen? Tak larat nak bancuh. Kenapa tak pakai tanah merah? Kat kedai online tu je ada, senang sekali order. Rumusan, sebaiknya lantai simen dulu cun kalau ada MODAL tenaga dan mesin.
6. Lebih kurang hasil setelah pasir diratakan, jangan lupa paip longkang untuk air keluar. Hujungnya akan ditutup dengan jaring supaya tiada haiwan boleh keluar masuk.
7. Kemudian cover balik dengan WEED MAT untuk elak pertumbuhan tumbuhan di celah-celah ruang. Saya kekalkan rumput tiruan sebagai alas sebab nak jadikan lembut di dasar kolam bila pijak. Risau k ada batu, atau benda tajam lain.
8. Framing dimulakan dengan jasa bahan mentah BESI BIRU! Perlahan-lahan potong pakai gunting, tak berani pakai GRINDER.
9. Anak-anak ‘membantu’ selama 3 minit.
10. Siap lebih kurang frame untuk deck. Ingat, ini untuk tampung decking, tak pasti kalau pakai kanvas tanpa set pool buleh tampung beban air atau tak.
11. Indahnya besi biru ni, walau dia bakal hilang di mata. Tapi takkan dilupakan jasanya sebagai tetulang keutuhan DECK nanti.
12. Tangga pool tu lebihan, nanti kena DIY adjust sikit.
13. Lepas siap frame, kita usahakan sistem PAM dan FILTERnya. Asalnya pam 0.5hp, kemudiannya akan ditapis ke sand filter. Namun selepas dicuba pam 0.5hp tak cukup power utk bantu bila nak vacuum sedut habuk di lantai maka UPGRADE ke 3.0hp
14. Lepas siap sistem pipe dan pump, mula pasang kolam kanvas dan try isi air.
15. Deck dipasang, saya guna PRIMA PLANK, ada urat kayu.
16. Hampir siap, memamg buat sekali area untuk shower dan cuci kaki. Si kecik ni dah mula enjoy ruang baru.
Biasanya, cara paling mudah dan cepat kita nak membasmi serangga adalah dengan menyembur sahaja semburan aerosol tanpa berfikir panjang. Tetapi suka atau tidak, kita tidak boleh abaikan hakikat yang bahan ini beracun.
Jadi untuk kurangkan risiko masalah kesihatan dalam jangka masa yang panjang, adalah lebih baik jika kita ambil pendekatan yang lebih selamat iaitu dengan menggunakan tumbuhan herba ini.
1. Allium Tuberosum (Kucai)
Tanaman herba yang paling mudah ditanam. Ia boleh hidup di bawah matahari penuh atau redup. Bahan kimia dari tanaman kucai juga dapat menghalang kehadiran afid dan kumbang di taman anda.
2. Mentha spicata (pudina)
Ia biasa ditanam di dalam pasu atau batasan. Kelebihan pudina dapat menghalang kehadiran serangga seperti lalat putih yang memakan bahagian bawah daun, serangga, semut dan pepijat.
3. Petunia spp. Petunia adalah musuh kepada kumbang tanduk, pepijat, belalang dan cacing.
4. Amaranth spinosus (Bayam Duri)
Sesuai ditanam di halaman rumah untuk menghalau sejenis ulat berbentuk seakan-akan ulat beluncas.
5. Cosmos cosdatus atau Ulam Raja
Merupakan musuh ketat kepada kupu-kupu. Bahaya kupu-kupu yang meninggalkan larva di bawah daun boleh melemahkan tanaman. Ulam Raja juga dapat menghalang serangan lipas di kediaman anda.
6. Coriandrum sativum (Ketumbar)
Tumbuhan yang wajib ada di dapur. Ia bukan sahaja dapat menyedapkan makanan, ia juga dapat menghalau kumbang, afid dan hama yang disebut sebagai spider mite.
Ramai antara kita yang suka dengan cendawan goreng tepung bukan? Teksturnya yang rangup digoreng panas menjadikan ia salah satu makanan popular.
Kebiasaannya, kita beli je di pasar cendawan tiram ini. Tapi, pernahkah anda terfikir cara untuk menanam cendawan? Menurut perkongsian Mysarah Mk 4 hari tanam dah boleh tuai. Bagi yang suka makan cendawan tiram ini boleh cuba tanam sendiri. Langkah penjagaannya juga mudah.
Bongkah cendawan ini boleh beli di Shopee. 4 hari saja dah boleh tuai, boleh tengok gambar-gambar yang dirakam ikut perkembangan cendawan.
Saya kongsikan juga cara penjagaan bongkah cendawan ini yang diperoleh dari penjualnya sendiri.
1. Letak bongkah di tempat yang lembap dan teduh cahaya matahari yang sikit. Saya letak atas rak, bawah sinki yang bertutup tapi buka sikit pintu untuk pengudaraan.
2. Setelah bongkah sudah matang (putih keseluruhan): 2(a)– Buka penutup dan spray air di sekeliling cendawan 3 kali sehari, selepas 7-10 hari, cendawan akan tumbuh.
– Saya spray sekali saja cuma perlu letak kain lembap atas bongkah cendawan & letak 1 bekas berisi air berdekatan bongkah supaya bongkah sentiasa lembap.
– JANGAN sembur air terus di mulut bongkah untuk mengelakkan tumbuh kulat hijau.
– Selepas buka penutup, kalau ada nampak seperti kulat lain pada mulut bongkah korek buang kulat dulu kemudian dan :
2(b) -Tutup semula dengan penutup rehatkan selama 7 hari (Semasa tutup, tak perlu siram air lagi). Selepas itu ikut langkah 2(a) di atas.
3. Selepas petik cendawan, korekkan sisa akar yang tertinggal dan ikut langkah 2(b) di atas.
4. Selepas 7 hari, ikut langkah 2(a) lagi di atas, cendawan akan keluar lagi. Begitulah ulang prosesnya 2(b) & 2(a) iaitu :
Selepas korek, rehat 7 hari tutup penutup dan jangan siram. Dalam masa 7 hari cendawan akan mula tumbuh, kemudian boleh tuai. Selepas tuai buat lagi proses korek sisa akar.
INFO
Seronok tengok cendawan tumbuh, hari-hari belek. Kepada yang belum pernah tanam boleh cuba, best. Harga pun tersangatlah murah. Saya beli bongkah ini tahun lepas saya beli dan selepas 9 bulan masih lagi beri hasil.
Jika nak cuba tanam cendawan tiram, bongkahnya boleh beli di SINI
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...