Lipas, antara serangga perosak WAJIB ada dalam kediaman. Pelbagai produk diusahakan untuk mencegah dan memusnahkan kehadiran serangga perosak ini. Namun, tak semuanya mendatangkan hasil. Melalui perkongsian di dalam twitter, Muhhammad berkongsi resepi DIY perangkap lipas di dalam kereta dengan menggunakan minyak masak, marjerin dan susu
Hasil tangkapan dlm kereta mlm smlm, tinggal nk greng je ni, xpayah beli lauk dah??
Walaubagaimanapun, untuk hasilkan perangkap lipas untuk kegunaan di rumah melalui resepi yang sama, kuantitinya perlu lah lebih banyak. Pastikan lipas bersaiz besar boleh tenggelam dalam resepi tersebut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Baru-baru ini ada terdapat di media sosial tentang seorang pengguna yang berkongsi cara mencuci telur sebelum ia disimpan kedalam peti sejuk. Menurutnya, tujuan mencuci dahulu telur yang dibeli itu adalah untuk menghapuskan kuman yang mungkin boleh menjangkiti. Bekas telur juga disarankan untuk dilupuskan terus agar kesihatan isi rumah tidak berada dalam risiko.
Maka pelbagai reaksi yang diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang membantah tindakan tersebut.
Jadi, perlu atau tidak kita mencuci telur sebelum disimpan? Mari ikuti penjelasan ahli kimia, Dr Fatimah Salim berkaitan perkara ini.
PERLU ATAU TIDAK BASUH TELUR SEBELUM PENYIMPANAN?
Sebenarnya telur secara semulajadi memiliki selaput perlindungan yang dipanggil “bloom” atau “cuticle” yang terbentuk daripada cecair faraj ayam semasa bertelur. Tujuan lapisan ini ialah untuk melindungi isi telur daripada dicemari. Kulit telur sebenarnya mempunyai liang-liang halus di seluruh permukaan yang telap kepada kuman dan bahan kimia meruap (aka gas) dari persekitaran. Sebab itu telur boleh berbau bawang (dari bahan kimia bersulfur) jika diletakkan bersama dengan bawang. Selain daripada itu, selaput ini juga bertindak dalam mengekalkan kelembapan dalam telur dengan cara mencegah air meruap keluar melalui kulit telur. Inilah sebab kepada pendapat yang tidak menggalakkan telur dibasuh sebelum disimpan.
Pun begitu, terdapat peraturan dalam USDA yang mengharuskan pencucian setiap telur yang dijual secara komersial. Ini kerana kulit telur yang mengandungi najis boleh tercemar dengan kuman seperti Salmonella. Sekiranya telur ini disimpan dalam peti sejuk tanpa dicuci, ianya boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku (kuman boleh berpindah) kepada makanan lain yang disimpan, terutamanya makanan sedia makan. Kuman ini akan menghasilkan bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan keracunan makanan.
Malangnya proses mencuci ini akan membuang bersama selaput perlindungan semulajadi tadi. Maka peranan ini digantikan dengan selaput buatan (biasanya mengandungi mineral berminyak) yang boleh dimakan pada permukaan telur.
Namun peraturan mencuci telur ini tidak digunapakai di Malaysia. Maka, telur yang kita beli masih lagi mempunyai lapisan perlindungan semulajadi. Sekiranya telur tidak disimpan dalam peti sejuk, telur tidak perlu dibasuh namun haruslah disimpan di dalam kartonnya. Selain daripada fungsi sokongan, menyimpan telur dalam kartonnya dapat melindungi telur daripada tekanan (aka pecah) serta mengekalkan kesegaran telur sehingga 45 hari daripada tarikh pembungkusan.
Sekiranya telur ingin disimpan dalam peti sejuk dan kulit telur tidak mengandungi najis, maka tidak perlu di basuh. Cuma boleh mengambil langkah berhati-hati dengan menyimpan telur dalam bekas tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang.
Ketahuilah tujuan penyimpanan telur dalam peti sejuk ialah untuk
1) menghalang aktiviti kuman di mana suhu sejuk hanya menyahaktifkan kuman (kuman tidak mati),
2) memanjangkan jangka hayat telur melebihi tempoh 45 hari tadi, serta
3) menghalang bahan-bahan kimia meruap (aka gas) daripada persekitaran masuk ke dalam telur.
KESIMPULANNYA, pilihan sama ada membasuh telur atau tidak bergantung kepada cara penyimpanan telur itu. Sekiranya kulit telur mengandungi najis dan ingin disimpan di dalam peti sejuk, maka eloklah dibasuh untuk menghalang mencemaran silang. Namun sekiranya telur ditinggalkan di dalam kartonnya, maka eloklah tidak dibasuh untuk meningkatkan jangka hayat kesegaran telur. Apa-apa pun, telur haruslah dibasuh sebelum di masak.
*Semoga bermanfaat *
ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menghias kediaman baru sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi kerana prosesnya bukan semudah yang disangka. Selepas layout planning dan pecahan bajet, pemilihan konsep dan warna juga merupakan perkara yang perlu dititikberatkan. Seperti yang dilakukan pada apartmen 3 bilik ini, pemilik menggunakan warna hijau dan putih untuk menyempurnakan lagi konsep tropikal yang dipilih.
Menurut Puan Hanisah Zakaria atau lebih mesra dipanggil Anis, kediaman berkeluasan 850 kaki persegi ni baru sahaja didiami sejak 11 bulan yang lalu. Kos mengubahsuai dan menghias kediaman yang terletak di Setia Alam, Selangor ini pula dianggarkan memakan belanja sebanyak RM30k. Menurut pemilik yang sudah mula mendeko sejak dua tahun yang lalu, rata-rata idea yang didapati dan diolah adalah melalui hasil rujukan yang di lakukan di pelbagai laman sosial yang mempunyai banyak perkongsian mengenai dekor dalaman.
Bahagian kediaman yang menjadi kegemaran pemilik adalah ruang tamu dan ruang makan. Sesuai dengan konsep yang diketengahkan, ruang tamu kediaman ini dihiasi karpet hijau yang dipadankan dengan dua buah sofa kelabu 2 tempat duduk. Bagi menambah seri ruang, Anis turut meletakkan beberapa pasu tumbuhan hijau yang juga bertindah sebagai pembersih udara dalaman. Beralih pula ke ruang makan serba putih yang tampil cukup simple tetapi sempurna buat keluarga ini. Dilengkapi set meja makan 4 kerusi dan kaunter bar, ruang ini juga dihiasi karpet hijau dan tumbuhan bagi mengekalkan kesegaran konsep tropikal.
Anis juga ada berkongsi tips deko buat para pembaca IMPIANA:
1. Beli perabot secara berperingkat bergantung dengan bajet anda.
2. Pilih konsep yang dekat di hati dan sesuaikan dengan keluasan seluruh ruang.
3. Bersihkan permukaan perabot yang berwarna putih menggunakan span lembap dan sedikit pencuci.
4. Vacuum dan mop rumah sekurang-kurangnya sekali sehari.
5. Pemilihan perabot perlu sesuai dengan penghuni. Contohnya, jika terdapat anak kecil, kurangkan baranga kaca.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Sebelum ini, Impiana kerap berkongsi tip kediaman dari Ibu Muda Puan Hani Mynis buat panduan pembaca. Kagum tengok si ibu ni menguruskan kediaman. Walaupun tidak menggunakan perabot dan aksesori mahal, kediamannya tetap nampak cantik, kemas dan rapi.
Dengar kata, Puan Hani nak berpindah masuk ke kediaman yang baru dibeli. Tapi biasa lah kondisi rumah sub-sale. Banyak perlu diperbaiki seperti mengecat, mengemas dan pelbagai lagi. Namun antara bahagian yang paling digeruni bila beli rumah sub-sale ni adalah ruang dapur dan bilik air. Kali ni, Puan Hani nak tunjuk cara membersihkan bilik air yang berdaki dengan mudah pula. Jom tengok.
“THE DOWNSIDE OF BUYING SECOND HAND HOUSE, DIA DATANG SEKALI DGN PAKEJ BILIK AIR YANG KALAU TENGOK BOLEH HILANG SELERA MAKAN SEMINGGU HAHA”
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.