DIY Mudah Dekor Magnet Hiasan & Penyangkut Kunci Guna Tin Penutup Botol

Share

Jika ada banyak tin penutup botol di rumah tu jangan buang! Tak kiralah apa juga jenis penutup botol yang ada seperti botol pes masakan, biskut,kekacang dan sebagainya, ia boleh dimanfaatkan sebaiknya.

Siapa sangka dengan tin penutup botol boleh menghasilkan dekorasi kediaman yang menarik, cantik, praktikal dan jimat kos.

Boleh cuba DIY mudah, dekor hasilkan magnet hiasan atau penyangkut kunci macam yang dikongsikan ini.

1. DIY Magnet Hiasan

Bahan Diperlukan:

Tin Penutup Botol
Magnet Kecil
Kertas Hiasan Bercorak
Gunting
Kertas Keras (Pelapik)

Cara Membuat:

1. Bersihkan tin penutup botol dahulu. Kemudian, gunting kertas hiasan bercorak mengikut ukuran pada penutup botol.

2. Selepas itu, gunting juga kertas keras sebagai pelapik penutup mengikut ukuran yang sama.


3.Tampal kertas hiasan bercorak pada pelapik dan masukk pada penutup botol dengan kemas.


4. Akhir sekali, letakkan magnet kecil pada atas penutup botol dan bolehlah diletakkan pada pintu peti sejuk sebagai hiasan. Siap!

2. Penyangkut Kunci

Bahan Diperlukan:

Tin Penutup Botol
Magnet Kecil
Kertas Hiasan Bercorak
Gunting
Kertas Keras (Pelapik)
Tali Jut
Penyangkut

Cara Membuat:

1. Bersihkan tin penutup botol dahulu. Kemudian, gunting kertas hiasan bercorak mengikut ukuran pada penutup botol.


2. Selepas itu, gunting juga kertas keras sebagai pelapik penutup mengikut ukuran yang sama.


3.Tampal kertas hiasan bercorak pada pelapik dan masukk pada penutup botol dengan kemas.


4. Kemudian gamkan kelililing tin penutup botol dan lekatkan dengan antara satu sama lain seperti dalam gambar. Biarkan kering seketika.


5. Kemudian gamkan tali jut pada bahagian atas tin penutup botol.
6. Setelah itu, gamkan pula bahagian bawah tin penutup botol dengan penyangkut. Siap! Boleh diletakkan pada ruang foyer, atau berdekatan dengan meja konsol di rumah.

Selamat Mencuba!

Nak fahamkan lebih mudah lihat tutorial video ini.

IMPIANA: Boleh cuba buat dekorasi mudah di rumah guna tin penutup botol, mengikut idea yang dikongsikan ini.

Mesti Baca: DIY Frame Hiasan Koleksi Pingat, Modal Jimat & Lebih Kemas Tersusun!
Baca Lagi Di Sini: Recycle Tong Cat Jadi Pasu Hiasan. DIY Mudah Penyeri Ruang
Artikel Menarik:Baiki Pintu Plywood Yang Pecah, Berlubang, DIY Lagi Jimat

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Suhaidah Wahab