Sebelum ini impian pernah kongsi kan DIY langsir untuk bahagian counter top atau kabinet dapur yang masih belum berpintu menggunkan rod langsir. Kali ini, kita belajar pula DIY langsir kabinet dapur dari Syuki Cuki.
Buat masa sekarang,tak mampu lagi nak buat pintu kabinet. Hanya ada table top sahaja,kalau nak letak barang bawah table top tanpa ditutup memang akan nampak bersepah kan. Jadi, saya buat langsir untuk table top.
Step untuk Langsir Table top:
1. Kena ukur dulu ketinggian dan panjang langsir mengikut keperluan table top. Jadi, ia memudahkan anda untuk membeli kain dan membuat langsir.
Ads
2. Tentukan metarial kain langsir. Kain boleh pilih nak jenis yang macam mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton dan sebagainya. Bergantung pada minat masing-masibg. Kalau nak langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yang lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri lagi jimat
3. Barang seterusnya yang diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal terus pada table top. Yang lembut,jahit pada kain.
Ads
Mana nak dapatkan velcro tape? Boleh beli kt kedai-kedai alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dan lain-lain. Saya beli di nagoya. Harga 1 meter Rm2.50. Beli ikut ukuran table top. Lagi satu tape ni ada banyak saiz, ada yg kecil dan ada yang besar. Pilih ikut kesesuaian, jangan kecik sangat. takut tak kuat nk tampal pada kain nanti.
4. Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yang kasar tu pada table top. Ada orang guna double tape, tapi saya cadangkan sebaiknya guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Nanti, tak ada lah pakai sekejap,dah jatuh langsir tu. Gam ni boleh beli kt kedai hardware.
Ads
5. Selesai lekatkan bahagian tape velcro yang kasar, pastikan gam betul-betul kering. Tekan-tekan sikit dengan peralatan yang berat supaya tape tersebut betul-betul lekat.
6. Bila gam dah betul-betul kering, ambil kain langsir yang dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu padatable top.
Lampu untuk kegunaan outdoor harganya memang agak mahal kerana ia mempunyai ciri-ciri perlindungan khas terutamanya apabila terkena air. Di pasaran, harga sebiji lampu LED untuk outdoor mahu mencapai RM 14-15. Itu pun saiz nya kecil sahaja.
Bagi mereka yang nak pencahayaan extra tapi masih menjimatkan duit, Boleh cuba DIY lampu LED dengan menggunakan Cable raceway atau cable tray Sebagai kaki lampu.
1. Potong cable tray atau cable raceway sebagai kaki lampu pada ukuran 50cm untuk setiap satu.
2. Tebuk dua lubang di bahagian bawah sebagai ruang untuk meletakkan batang skru sebagai kaki pemegang pada tanah
3. Pasang dua batang skru 1.2 inci pada lubang yang telah di tebuk tadi secara bertentangan. Skru ini berfungsi untuk mengukuhkan pegangan batang lampu pada tanah supaya tidak mudah tercabut atau tumbang.
4. Potong LED Strip pada ukuran 15cm panjang untuk setiap satu.
5. buang atau potong sedikit lapisan isolation untuk memudahkan sambungan wayar pada bahagian lampu.
6. Solder Wayar pada bahagian lampu LED yang telah di buangkan isolation
7. Gunakan tiub getah untuk melindungi bahagian sambungan.
8. Tampalkan LED Rope yang telah siap bersambung dengan wayar tadi di dalam bekas cable atau cable tray yang telah dipasangkan kaki tadi
9. Tutupkan cable tray dengan penutup yang tersedia. Dah siap. Boleh dipasangkan pada laman anda
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ornamen di laman walaupun kecil, kehadirannya menghidupkan suasana reka bentuk landskap kediaman anda. Namun harga ornamen di pasaran boleh tahan juga. Satu biji cendawan bersaiz medium pun boleh capai harga lebih RM 50. Apa kata kita buat sendiri je ornamen cendawan dari bahan terbuang dan simen seperti yang dilakukan oleh puan Suhaila Ahmad ni
Bahan-bahan:
Campuran simen (1:3) simen+Pasir
Botol kaca terpakai
Pinggan sebagai acuan cendawan
Surat khabar lama
Dawai jaring
Cat mengikut kesesuaian
Gam art putih
Plastik
Cara-cara:
1. Alas pinggan dengan plastik dan tuangkan simen sedikit di dalam pinggan dan letakkan lapisan dawai jaring mengikut bentuk pinggan. Jangan lupa posisikan botol kaca di bahagian tengah simen yang masih basah sebagai batang cendawan. Biarkan simen kering 48 jam.
2. Untuk bentukkan bonjolan di bahagian atas cendawan. renyukkan surat khabar lama. Bentukkan surat khabar tersebut menjadi bulat dan gamkan di atas simen cendawan yang telah di tanggalkan dari acuan pinggan tadi.
3. Potong dawai jaring ,e,bentuk kondan letakkan di atas surat khabar tadi. Tutup dawai jaring berbntuk kon tadi dengan surat khabar dan gam kan dengan menggunkan gam art
4. Gulung surat khabar dan tampalkan pada bahagian botol untuk membentuk tekstur pada batang cendawan.
5. Dah kering sepenihnya surat khabar yang dilekatkan pada cendawan tadi. Tutup keseluruhan permukaan surat khabar tadi dengan simen mengikut kesesuaian ketebalan dan bairkan ekring
6. Apabila telah ekring sepenuhnya, Cat atau warnakan cendawan simen anda secara kreatif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Perkongsian Lengkap Kos Buat Sendiri Renovasi BILIK AIR Berwajah Baru Bajet RM2k. Menarik perkongsian renovasi dan makeover bilik air rumah berkeluasan 11’x 8′ daripada shahira.ilyana ini.
Bilik air yang asalnya kusam, berlantai simen, cat plaster pada dinding dan berbumbung zink berjaya diubah dengan sangat cantik dan tampak lebih selesa. Hanya bermodalkan kos sekitar RM2,000 dan semua kerja-kerja renovasi di lakukan sendiri, bersama suami isteri.
Renovasi Sendiri Tempoh 3 Bulan
Anggaran tempoh renovasi pula mengambil masa dalam 3 bulan lebih. Sepenuhnya dilakukan suami pemilik yang pandai bertukang dan selepas pulang bekerja.
Kerja-kerja renovasi termasuklah memasang jubin pada lantai, kemasan dinding menggunakan epoxy flake chip, memasang partiton (shower screen), kabinet sinki, pendawaian,piping, memasang lampu (downlight Eyeball), memasang siling, aksesori dan sebagainya.
Pemilik juga berkongsi kos bahan yang dibeli dalam melakukan kerja-kerja renovasi bilik air di rumahnya sebagai rujukan dan inspirasi buat yang lain.
Bagi pemilik kediaman yang ingin lakukan renovasi dan makeover sendiri bilik air di rumah boleh jadikan rujukan dan inspirasi. Memang jimat banyak, bila dapat buat sendiri malah lebih puas hati.
IMPIANA: Menarik idea makeover bilik air ini, terus berwajah baru. Semoga menjadi inspirasi buat pemilik kediaman yang lain yang berhasrat untuk make over bilik air di rumah.
"Vented, Condenser & Heat Pump"- Kenali 3 Jenis 'Dryer' & Punca 'Overheat' Sebabkan Kebakaran. Mesin Pengering Pakaian (dryer) bagaikan satu keperluan dan gaya hidup buat pemilik kediaman masa kini. Ia dapat menjimatkan masa, lebih-lebih lagi bagi kediaman yang berkeluasan terhad seperti kondominium dan apartmen.