DIY Baiki Pintu Almari Sliding, Tak Perlu Nak Beli Almari Baru

Share

DIY baiki pintu almari sliding, tak perlu nak beli almari baru. Ramai yang ada almari pintu gelongsor (sliding) mesti pernah berdepan masalah pintu susah dibuka atau terus rosak. Bila jadi begitu, ada yang terus rasa nak tukar almari baru kerana fikir lebih mudah.

DIY Baiki Pintu Almari Sliding, Tak Perlu Nak Beli Almari Baru

Sebenarnya, sebelum buat keputusan beli almari baharu, ada baiknya cuba dulu baiki sendiri. Kos pun sangat murah, hanya sekitar RM2 sahaja. Cara ini dikongsikan oleh Nazmi Sakip dan memang mudah untuk diikuti.

Langkah-langkah Baiki Pintu Almari Sliding

Kebiasaannya, pintu almari jenis sliding memang mudah rosak, lebih-lebih lagi jika sudah lama digunakan. Tapi, nak baiki pun tak susah mana.

  1. Pergi ke kedai hardware atau kedai barangan elektrik untuk beli casing kabel bersaiz 1/2 inci. Pastikan panjangnya sekitar 6 kaki.

2. Selepas itu, pasang casing kabel tersebut di bahagian bawah pintu almari seperti yang ditunjukkan dalam gambar rujukan. Paling mudah, gunakan skru untuk kemaskan kedudukan casing itu supaya lebih kukuh.

 

 

 

Kesimpulannya, tak perlu terburu-buru beli almari baru jika pintu sliding mula bermasalah. Dengan sedikit usaha dan bajet kecil, anda boleh selesaikan masalah itu sendiri di rumah. Jimat dan praktikal!

Sumber:Nazmi Sakip

Baca artikel lain juga: Cara Berkesan Hilangkan Kulat, Kulapuk Pada Almari & Perabot Rumah

Make Over Almari Lama Buruk Berwajah Baru Berseri, Guna Cat & Wallpaper!

 

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Norhasliza Mohd Shafi