Kebiasaanya, jubin menjadi pilihan sebagai kemasan dinding di bahagian belakang tempat masak atau “backsplash”. Ini kerana permukaan material tersebut mudah untuk dicuci dan tahan lasak. Tambahan, terdapat pelbagai pilihan reka bentuk jubin yang menarik sesuai dijadikan sebagai “backsplash”.
Namun tidak bagi wanita ini. Kediaman yang baru didiami bahagian dapur memasak tidak dilengkapi dengan “backsplash”. Oleh itu, bagi memastikan dinding putihnya tidak kotor dengan percikan makanan ketika memasak pemilik telah melakukan sedikit ubahsuai tanpa perlu kerja-kerja yang terlalu berat seperti menyimin dan memecahkah dinding. Namun hasilnya, Pilihan waran dan corak yang disuai padan sebagai “backsplash” menjadi sebuah “statment piece” di ruang dapur.
Ads
Bahan-bahan:
Wallpaper mengikut saiz dan ruang “backsplash” yang ingin disediakan
Cermin kaca tahan panas
Papan lapis
bolt dan nut
Ads
Cara-cara:
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Rupanya mudah je nak tanggalkan wallpaper di rumah. Hanya guna softlan dan air panas je. Menariknya bila buat macam ni, wallpaper sangatlah mudah ditanggalkan dan paling penting tak meninggalkan kesan gam pun. Cat tetap elok dan tak terkopek.
Boleh cuba tip mudah yang dikongsikan dalam video TikTok Shah_gegarini sebagai panduan;
Bahan Diperlukan:
Softlan
Scraper (Pengikis)
Botol Spray
Air Panas
Cara Membuat:
1.Masukkan air panas ke dalam botol air.
2.Kemudian masukkan sedikit softlan.
3.Masukkan pula air paip.
4.Mula-mula tanggalkan lapisan pertama wallpaper di dinding.
5.Selepas itu, sembur wallpaper dengan campuran dalam botol spray tadi.Biarkan kembang seketika.
A6
6.Kemudian guna scraper dan boleh tanggalkan wallpaper tersebut dengan mudah.
7.Hasilnya memang terbaik. Wallpaper mudah ditanggalkan dan tidak meninggalkan kesan, cat tertanggal atau terkopek pun.
Buat sendiri lantai simen cara mudah dan murah, tak payah upah tukang. Sebenarnya tak susah mana pun hendak buat lantai simen asalkan anda ada kerajinan untuk melakukannya sendiri.
Barang-barang yang diperlukan juga tidak banyak. Lebih berbaloi buat sendiri jika lantai simen yang ingin dibuat itu terhad keluasannya. Kalau upah tukang, tentu upahnya boleh tahan juga bukan. Jadi eloklah buat sendiri sahaja.
Jom kita cuba DIY buat lantai simen mengikut tip yang dikongsikan oleh Ahmad Saif
TIP MELAPIS LANTAI KONKRIT BATU MUDAH (TANPA BESI)
Saja nak berkongsi tip konkrit simen mudah, tidak sakit pinggang dan ringan. Ini adalah layer konkrit kasar.
Ratio konkrit:
✓1 beg simen
✓2½ wheelbarrow Pasir
✓1 wheelbarrow Batu
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Letak je atas bukit pasir.
2. Pecahkan beg simen.
3. Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.
4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.
5. Apabila sudah sekata, buatlah kawah.
6. Tabur batu di tebing kawah.
7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit untuk resapan.
8. Anda akan rasa tebing itu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan. Tarik dan ratakan sahaja sambil tarik. Akan rata dengan sendiri.
9. Ratakanlah dengan senduk/trowel simen. Pastikan air tidak bertakung. Siap!
Bagi kediaman berkonsepkan Glem moden, Penggunaan cermin sebagai feature wall bagaikan satu kemestian. Ia bukan sahaja menjadikan dekorasi kediaman anda kelihatan mewah, ia juga memberi impak visual yang lebih luas di samping menjadi sumber pencahayaan tambahan terhadap sesuatu ruang. Namun, kebiasaanya untuk memiliki dinding kaca ini memakan kos yang tinggi. Namun, tidak bagi puan Amy Sharina Kaneshiro dan pasangan.
Hanya dengan model bawah RM 300, Puan Amy dan pasangan berjaya menyiapkan sebuh feature wall cermin yang cantik untuk ruang makan mereka. Ini barang-barang yang digunakan
Sekadar perkongsian hasil diy diamond mirror ‘bajet’ saya menggunakan cermin ikea LOTS.
Saiz cermin 8ft x 5ft
Total cermin 30pcs (8box) – 1box rm29.90 (4pcs) = rm239.20
Frame kayu 26ft = rm49.40
Pisau potong cermin = rm2.10
Potong cermin, Pisau kene letak minyak tanah, toreh degan pisau tu dia bukan terus terbelah macam potong kek..dia toreh je..pastu kene patahkan
yang sama saya guna tampal kayu wainscoting tu..lekat terus di dinding Gamconstruction adhesive., saya pakai gam bond.. Untuk lekatkan cermin
Untuk frame kemasan cermin, saya gunakan kayu wainscoting yang di cat dengan cat kayu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.