Kawasan seumpama ini selalunya agak terpinggir. Di hujung dapur, di anjung rumah, di belakang rumah Adakala terpaksa ditempatkan di dalam kamar mandi, berkongsi ruang yang ada. Apa benar ruang ini sebenarnya tidak penting dan tidak selalu digunakan? Siapa di antara anda yang mempunyai kamar membasuh di kediaman sendiri?
Mungkin di Malaysia masih ramai yang menggunakan mesin basuh muatan atas. Mahu atau tidak kaunter dapur tidak mampu menempatkan mesin masuh yang saiznnya juga agak dempak. Namun ramai juga yang bernasib baik kerana kini banyak kediaman moden disertakan ruang membasuh yang bagus termasuk adanya tempat jemuran yang secukupnya.
Ads
Pun begitu, anda yang empunya mesin basuh muatan depan masih lagi boleh mencuri ruang yang ada. Malah sudut rumah yang sesuai dijadikan ruang membasuh boleh diperkemaskan dengan menempatkan pintu berpangsi agar tidak kelihatran. Rebut ruang yang ada bina para-para menempatkan segala keperluan membasuh. Jika boleh sediakan ruang untuk menggosok baju sekali terutama anda yan menggunakan pengering.
Ads
Sebenarnya ruag ini boleh juga anda lakukan di anjung belakang rumah. Jangan jadikan ia sangat kejung seperti sebuh kedai dobi. Hiaslah anjungnya dengan tempat duduk santai, kawasan penstoran dan menggantung baju. Walaupun hanya di belakang rumah, jadikan ia seumpama ruang bersantai rakan setaman… Anda boleh….simple-simple je di IMPIANA.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ramai yang suka dengan buah durian. Namun, ada juga segelintir daripada teman-teman kita yang sangat anti dengan buah durian. Ada yang sampai ke tahap tercium sahaja bau durian mereka pasti rasa mual, pening dan ingin muntah.
Setelah memakan durian, baunya pasti akan tertinggal cukup lama di dalam rumah. Bagi yang tak suka durian, bau ini jelas akan mengganggu anda. Untuk menghindari bau ini kekal lama di kediaman anda, berikut ada tip mudah yang mungkin ada boleh cuba.
Ternyata caranya sangat mudah uolls. Anda hanya perlu menggunakan daun pandan. Ambil beberapa tangkai daun pandan. Potong atau gunting daun pandan sampai daunnya sedikit berair. Setelah itu sebarkan aroma pandan di beberapa sudut ruang atau letak berhampiran penghawa dingin.
Anda tidak perlu menunggu lama kerana aroma buah durian akan segera hilang digantikan dengan harumnya pandan. Aroma durian memang boleh dikalahkan oleh beberapa aroma lembut seperti pandan, vanilla, atau strawberry. Selamat mencuba.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri. Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat. RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:
rasuahbusters@gmail.com atau
(WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di
https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Portal: www.rasuahbusters.com
Facebook: Rasuah Busters
Instagram: rasuahbusters
Twitter: rasuahbusters
Usaha kecil menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.
#RasuahBusters
#JanganAmbil
#JanganBeri
#Ideaktiv
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kali ini team LAMAN berpeluang berkunjung ke sebuah taman kampung di Alor Gajah, Melaka milik Mohd Johari Bin Haji Yunus. Memiliki kediaman berlatar belakangkan pemandangan indah Banjaran Titiwangsa, ia menjadi satu bonus buat pemilik sekeluarga. Menghampiri kediaman ini, penulis sudah merasakan suasana hening dan damai yang menenangkan jiwa.
Pemilik berkongsi, “Ilham membuat taman ini datang daripada Cikgu Anuar, adik ipar saya. Boleh dikatakan 100% hasil garapan beliau. Malah pokok-pokok juga dibawa olehnya dari kediamannya di Kulim, Kedah. Setelah mengambil kira kesesuaian persekitaran rumah, kami memilih spesies tanaman yang serasi dan memberi impak semula jadi kepada kediaman kampung ini. Proses menyiapkan taman ini hanya mengambil masa sebulan,” jelas pemilik membuka bicara.
Pembahagian Ruang Laman & Taman Kampung
Dari segi pembahagian ruang, bahagian hadapan halaman dihiasi hamparan batu-batu kerikil putih yang membentuk laluan pejalan kaki, diselang-selikan dengan pemijak kaki konkrit tersusun rapi. Menariknya, pemijak kaki ini diukir motif bunga berwarna hitam yang menonjol di atas latar batu putih. Menurut pemilik, beliau mengupah tukang berpengalaman untuk menyediakan batu pemijak khas ini bagi melengkapkan suasana taman kampung tradisional.
Pasu bunga pelbagai saiz dan warna coklat diletakkan di sudut tertentu untuk memecahkan impak monotoni. Di tepi hamparan batu kerikil ditanam pelbagai spesies tanaman seperti lidah buaya, Yucca, Kesinai, Cycas, Cordyline dan Asplenium yang disusun secara berkelompok. Beberapa spesies orkid pelbagai warna turut menghiasi taman ini dengan penuh pesona.
“Jika diikutkan, saya pada mulanya tidak meminati aktiviti bertaman. Tetapi setelah kediaman ditata cantik oleh Cikgu Anuar, timbul minat untuk menjaga laman ini. Sejak bersara, inilah aktiviti harian saya — mengeluarkan peluh dan menenangkan fikiran,” tambahnya lagi sambil tersenyum puas menikmati hasil taman kampung idaman.
Halaman Belakang Sebagai Ruang Interaksi Keluarga
Bahagian halaman belakang diolah menjadi ruang interaksi keluarga. Selain tanaman berbunga, pemilik memilih pokok buah seperti mangga dan ciku. Strategi ini bukan sahaja memberikan hasil buah, tetapi juga teduhan semula jadi. Namun, susun atur tanaman diatur supaya panorama Banjaran Titiwangsa di belakang rumah kekal jelas dan tidak terlindung.
Wakaf Kayu Dari Rumah Lama
Elemen wakaf amat sinonim dengan landskap kampung. Ia menjadi tempat berehat selepas bekerja atau lokasi santai seisi keluarga. Pemilik mengekalkan tradisi ini dengan membina sebuah wakaf kayu menggunakan bahan asal dari rumah lama. Setiap kayu mempunyai nilai sentimental tersendiri dan menambah karakter pada taman kampung ini.
Tidak hairanlah setiap tetamu yang bertandang pasti teruja menikmati suasana gazebo ini. Menghayati pemandangan Banjaran Titiwangsa, merasai hembusan angin nyaman, dan menikmati juadah petang bersama keluarga menjadi momen yang paling indah di laman ini.
Gazebo Strategik & Harmoni Dengan Alam
Kedudukan gazebo di bahagian sisi rumah menyediakan laluan terus dari dapur. Lokasi strategik ini memudahkan akses penghuni kediaman untuk keluar masuk dari dapur ke gazebo. Kombinasi reka bentuk kayu, tanaman hijau, dan suasana perkampungan menjadikan taman kampung ini benar-benar istimewa.
Jom kita nikmati keindahan laman dan inspirasi yang dibawakan oleh pemilik kediaman ini bukti bahawa dengan perancangan rapi dan cita rasa harmoni, laman kampung boleh menjadi taman peribadi yang mempesonakan.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!