Menetap di rumah kuarters kerajaan sama seperti tinggal di rumah sewa kerana anda tidak boleh membuat sebarang perubahan fizikal seperti pemecahan untuk meluaskan saiz ruang, menebuk dinding dan sebagainya. Bagaimana anda masuk, begitu juga semasa anda keluar rumah setelah mendapat arahan dari pihak atasan untuk dipindahkan ke jabatan yang lain.
Walaupun begitu, ia bukanlah satu halangan yang besar buat Pn Nik Noorma Ailing dan pasangannya iaitu En Mohamad Nazir Hamid untuk menghias rumah dengan tema vintage.
Untuk maklumat, pasangan ini juga banyak membeli barangan hiasan di kedai perabot dan juga daripada kedai atas talian. Selain itu, mereka juga amat berhati-hati dalam merancangan kewangan perbelanjaan untuk membeli barangan serta membandingkan harga mengikut kedai.
“Saya dan suami hanya mengambil masa selama dua bulan untuk hiasan di bahagian ruang tamu baik daripada pemasangan wallpaper, hinggalah kepada pemilihan perabot dan aksesori lain”,katanya.
Setelah menatap gambar yang dikirimkan oleh pemilik, penulis amat tertarik dengan wallpaper yang ditampal, ianya bercorak daun pine dengan warna putih. Perabotnya juga memiliki warna yang seakan sama dengan wallpaper serta masa yang sama pilihan elemen semulajadi juga turut diselitkan dalam konsep hiasan rumahnya dengan meletakkan tumbuhan saiz besar di penjuru dinding serta pokok hiasan di atas meja sebagai penambah seri.
Kediaman adalah cerminan keperibadian kita, bagaimana segala susunan dekorasi, warna dan konsep yang kita pilih kebiasaannya melambangkan personaliti kita. Paling utama peletakan perabot perlu lah hadir dan berfungsi seperti yang kita inginkan. Bukan kecil atau besar sesebuah kediaman menjadi ukuran tetapi andai ia bersih, kemas dan cantik sudah semestinya membuat kita rasa tenang dan menyejukkan hati – home sweet home. Tidak kiralah rumah teres, rumah banglo mahupun rumah flat, setiap perincian yang kita pilih akan mempengaruhi mood keseluruhan rumah.
Bagi pemilik akaun FB Syuki Cuki, rumah flat tingkat 4 yang didiami bersama suaminya sejak bulan Mac 2018 ini merupakan kanvas untuk beliau berkarya. Kediaman berkeluasan 590 kaki persegi ini mempunyai 2 bilik tidur dan 1 bilik air yang telah di’transform’ dengan baik sekali. Ruang yang terhad tidak menghalang pemilik untuk megekspresikan personaliti mereka menerusi pemilihan warna cat serta susun atur perabot. Menurut tuan rumah lagi, anggaran kos keseluruhan renovasi rumah ini tidak lebih dari RM20k.
Kerana gemarkan corak geometrik abstrak, tuan rumah memilih untuk mengecat sendiri dinding rumah dengan hanya menggunakan cat dan masking tape. Walaupun penat, tapi dapat jimat banyak wang dan masa.
Saya memilih untuk buat corak pada dinding berbanding wallpaper kerana nak pasang wallpaper perlukan kesabaran yang tinggi. Sebenarnya kalau nak buat dinding bercorak abstrak macam ni, (penggunaan) cat warna sangat jimat . Bayangkan, untuk satu rumah saya cuma guna 5 liter cat berwarna dan selebihnya cat putih..jimat kan??
Jom kita sama-sama lihat transformasi mengagumkan rumah flat PKNS ini menjadi sebuah kediaman moden yang santai.
SEBELUM
SELEPAS
Menarik kan? Kalau ada yang mahu meniru gaya cat geometrik seperti ini, anda boleh klik pada pautan video di bawah untuk tutorial step-by-step. Selamat mencuba semua!
Ni contoh sahaja taw. Cara tampal tape bergantung pd corak n kreativiti uolsss k.
Stail abad pertengahan dilihat sebagai suatu trend yang timeless dan sentiasa mendapat tempat di hati pengguna. Mula dikembangkan seawal pertengahan tahun 30-an lagi, stail ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan dekor simple but elegant. Dengan motto form follows function, deko abad pertengahan amat menitikberatkan fungsi dan bentuk yang sederhana bagi sesuatu perobot. Potongan yang bersih, bentuk organik lembut dan warna natural yang digunakan menjadikan stail ini tidak lapuk ditelan zaman.
IMPIANA paparkan 10 inspirasi ruang makan yang menerapkan unsur abad pertengahan yang pasti memikat hati!
Sumber : Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kunjungan team Impiana ke kawasan kediaman eksklusif di Cyberjaya ini nyata amat berbaloi apabila kami disajikan dengan dekorasi yang begitu stylish dan elegan. Meneliti cerita pemilik kepada penulis mengenai dekorasi dan konsep yang dipilih, penulis amat mengagumi minat yang ditunjukkan oleh pemilik yang mesra di sapa Brian ini. Lebih menarik setiap susunan item dekorasi serta perabot yang terdapat di dalam kediaman ini tidaklah mahal. Paling penting pemilik bijak menyuai padan dan mencari perabot yang kena dengan konsep pilihannya.
Bak kata pemilik, “Mahu menghias kediaman jangan fikirkan yang mahal-mahal sahaja, barang murah tapi jika bijak menghias boleh membuatkan kediaman nampak menarik. Satu lagi, kita perlu pandai mencampur elemen kerana itu akan membuatkan anda lain dari orang lain,” ujarnya lagi.
Brian yang menetap sendirian ini amat meminati rona merah . Nyata dia bijak menyuai padan aksesori dengan perabot yang ada. Pilihan ini juga bersesuaian dengan rona kelabu,putih, dan hitam yang begitu sinonim dengan rekaan industri. Beberapa ruang dicalit merah bagi menyuntik mood ‘fun’ pada sesebuah ruang.
BIJAK BERMAIN RUANG
Bagi menguatkan susun atur pembahagi ruang makan dan ruang tamu, Brian menambah susunan blok bata konkrit di ruang makan supaya elemen raw dalam konsep industri berjaya di realisasikan. Malah bukaan balkoni yang luas menghadap taman mini turut dijadikan tempat istirahat dan menjadi pilihan tetamu untuk bersembang.
Oleh kerana Brian gemar menjemput dan melayan tetamu ke rumahnya, anak sulung daripada 10 orang adik beradik ini, lebih mementingkan keselesaan kepada tetamu dan ahli keluarganya yang kerap berkunjung ke kediamannya. Ini alasan mengapa dirinya memilih untuk membeli rumah tiga tingkat walaupun hidup bujang.
Memiliki keluasan kira-kira 297.3 meter persegi , kediaman jurutera yang berasal dari Taiping, Perak mempunyai keseluruhan lima bilik tidur dan enam bilik air. Kediaman yang cukup luas serta memerlukan kreativiti pemilik untuk menata keseluruhan ruang kediaman ini. Ternyata hasilnya begitu mengagumkan.
Beralih ke ruang santai di tingkat atas , Brian nyata pandai bermain warna menerusi penataan kerusi berona kuning dan biru firus dengan rekaan kerusi vintaj. Sedikit sebanyak ruang ini mampu membawa kita ke satu suasana kampung.
” Ruang ini adalah ruang kesukaan ibu saya. Apabila bersama saudara yang lain , ruang ini menjadi tempat mereka bercerita.” Ujarnya mesra.
BILIK TIDUR RINGKAS BERGAYA
Bilik tidur tetamu dihias ringkas tanpa peletakan item sarat kerana pemilik mahukan ruang yang kelihatan lapang dan kemas. Apabila di aju tentang konsep bilik ini, dia nyata lebih mementingkan keselesaan buat mereka yang menginap.
” Saya tidak mahu hiasan yang terlalu sarat di ruang ini kerana saya mahukan konsep hotel yang ringkas dan selesa.”
Bagi bilik tidur sendiri, Brian mencipta kelainan dengan menggunakan kertas dinding rumah lama diolah menjadi hiasan pada kepala katil. Semua hasil dekorasi ini dibuat hasil perbincangan pemilik dan V Plus Interior Sdn Bhd yang berjaya merealisasikan impiannya.
Selain bilik tidur, kediaman ini juga terdapat satu bilik yang dijadikan bilik khas ruang solat yang di tata hias tenang tanpa sebarang perabot sarat.
Secara keseluruhannya, kediaman pemilik ini begitu menepati citarasa dirinya yang begitu menggemari konsep industrial dan retro. Persembahan setiap ruang adalah melambangkan karakter dan minat dirinya yang diterjemahkan dalam olahan menarik di kediaman sendiri. Rumah yang cantik bagaikan satu terapi buat dirinya setiap hari.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.