Memandang masyarakat Malaysia semakin kreatif dan gemar menghias kediaman, Kedai-kedai hiasan yang menjual barangan dekorasi pada harga berpatutan tumbuh bak cendawan di sebabkan permintaan yang tinggi. Salah satunya adalah DEKKO.
INFO KEDAI
Premis: Dekko Lokasi: Melawati Mall Produk ditawarkan: Perabot dan aksesori kediaman Waktu Operasi: 10am-10pm (di buka setiap hari)
Mula beroperasi sejak 2018, Dekko memulakan operasi di Paradigm Mall di bawah nama Sundays. Di atas permintaan ramai, pihak pengurusan mengambil insiatif untuk membuka cawangan ke dua meraka di Malawati Mall bagi memenuhi kehendak pelangan di Ampang dan sekitarnya dengan membawa nama DEKKO.
Ads
Ads
Ads
Antara peroduk yang sentiasa mendapat permintaan banyak adalah islamic wall art dan fesyen wall art yang memunyai lebih dari 200 rekaan. Setiam rekaan dihasilkan sendiri oleh pereka-pereka tempatan dan di kilangkan sendiri oleh Dekko. Ini adalah antara salah satu inisiatif oleh pengurusan Dekko untuk memberi pilihan yang pelbagai keapda pelanggan pada harga yang sanagt murah dan berbaloi. Di masa akan datang, Dekko merancang untuk meleabrkan sayapnya ke ke beberapa kawasan seluruh lembah Klang seperti Metro Kajang, Sunway Putra Mall, Selayang Mall dan Central I City Shah Alam.
https://www.youtube.com/watch?v=iMw1bBmjLeQ
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Limewash painting” ini, adalah satu warna cat yang boleh mewujudkan suasana romantis, idaman khayalan, dan dapat juga memberi kita aura energi seperti kita duduk di Itali. Cat “Limewash” ini adalah sejenis cat yang digunakan dari bahan utamanya iaitu lime stone atau gamping. Menurut kajian, untuk menghasilkan cat ini, ia perlu dibuat dengan campuran gamping yang telah perlu dihancurkan dan dipanaskan dengan air sehingga ia seperti berbentuk kental. Dalam sejarah pula mengatakan, cat ini sudah ada sejak 1000 tahun yang lalu dan pernah digunakan di Itali.
Fungsi “Limewash” ini, ia dapat menciptakan permukaan dinding dengan hasil matte yang ditambahkan dengan hasil cat bertekstur seperti kapur dan beludru. Selain itu, cat ini juga boleh digunakan mana-mana kawasan dalam dan luar ruangan rumah tetapi ia tidak sesuai untuk permukaan kayu atau metal. Di samping itu, bercerita tentang gamping. Gamping ini, mengandungi kuantiti PH yang tinggi, yang di mana kita tak perlu bakteria atau mikroorganisma hidup atau merebak di situ. Tambahan lagi, cat ini juga berhasil untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sepatutnya dan mampu meningkat kualti udara di dalam rumah kita.
Jadi dengan ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit tentang “Limewash Painting” ini. Ada berminat? Jika anda berminat, anda boleh cuba untuk tukarkan warna rumah anda ke warna cat ini. Selamat mencuba!
Rumah Tradisional Melayu kaya dengan keindahan warisan senibinanya yang asli. Baik dari segi reka bentuk bentuk bumbung, rumah, perletakan susun atur ruang, mahupun pemilihan material yang digunakan.Rumah lama sebegini sewajarnya dipelihara sebaiknya supaya ia berkekalan terjaga sebagai satu peninggalan warisan khazanah untuk tatapan generasi akan datang.
Siapa sangka rumah kayu kampung ini asalnya merupakan ‘rumah tinggal’ yang buruk dan hampir roboh kerana tidak terjaga bertahun lamanya. Namun atas inisiatif mengekalkan rumah tradisional melayu, pemilik membeli rumah ini dan membaik pulih semula rumah tersebut.
Beli Rumah Tinggal RM7,000
Menurut pemilik, rumah tinggal ini dibeli dengan harga hanya RM7,000. Dirobohkan, dipasang semula dan tambah kayu untuk pembinaan semula. Buat secara sedikit demi sedikit memakan masa hampir 5 tahun kerana terhenti sewaktu PKP dahulu. Namun kini hampir siap, walau belum sepenuhnya.
Terletak di Kuala Linggi, Melaka dan berhampiran dengan tepi pantai, ternyata menambahan keindahan dan ketenangan rumah ini yang cukup mendamaikan dengan sepoi-sepoi angin laut.
Rumah kampung ini mempunyai keluasan anggaran bukaan lebar 40 Kaki dan panjang 60 Kaki. Rumah ini mempunyai 4 bilik dengan spesifikasi ruang 2 bilik di tingkat atas dan ruang tamu, manakala di tingkat bawah 2 bilik dan beranda/anjung.
“Beli rumah lama yang sudah ditinggalkan. Dibuka dan dipasang semula bahagian bawah ditinggikan untuk dibuat bilik batu. Bahagian atas kekal kayu asal. Mana-mana yang reput ditukar baru,”
“Atap tanah liat beli second hand, tangga rumah dibina semula di bahagian tepi untuk tidak menghalang pemandangan luar supaya praktikal susun aturnya,”ujar pemilik.
Baik Pulih Guna Bahan Baru
Pemilik mempunyai pandangan dan alasan tersendiri dalam membaik pulih rumah lama. Baginya, pemilihan meterial moden masakini perlu diterapkan dalam binaan rumah lama sebegini supaya ia praktikal dan ketahanan jangka panjang berbanding hanya menggunakan material kayu yang terdedah dengan risiko anai-anak dan sukar dijaga.
“Rumah kayu binaan baru ni barangkali kurang kita jumpa berbanding rumah batu.Makanya ianya agak menarik pandangan umum.Yang ada pun rumah-rumah lama peninggalan orang tua kita. Majoritinya sukar untuk dibaik pulih kerana material kayu ni senang reput dan kalah dengan anai-anai,”
“Apapun akhir-akhir ini ada kecenderungan untuk membaik pulih peninggalan warisan atok nenek kita. Mungkin bahan-bahan baru seperti cement fibre, c channel, cement board, PVC ceiling dan lain-lain boleh di explore untuk diterapkan baik pulih rumah-rumah lama. Kos bahan-bahan baru ni agak berpatutan juga,”ujarnya.
Berpotensi Jadikan Homestay
Pemilik juga berkata, rumah kampung tradisional sebegini sewajarnya dibaik pulih, dikekalkan dan berpontensi untuk dijadikan rumah inap desa (homestay).
“Rumah-rumah lama di kampung-kampung ni makin lama makin hilang ditelan zaman dan di tukar kepada rumah batu. Rumah-rumah kayu warisan yang dah tak dijaga ni saya berpendapat sangat-sangat berpotansi untuk jadikan kampung homestay. Ramai yang dah berjaya baik pulih dan pada masa yang sama dapat kekalkan sebagai tinggalan warisan kita untuk dirasai anak cucu juga,“ujarnya.
IMPIANA: Alhamdulillah, tahniah atas inisiatif membaik pulih semula rumah tradisional warisan melayu ini. Semoga menjadi inspirasi buat yang lain, supaya turut menjaga dan mengekalkan senibina rumah kampung yang ada.
Memilih palet warna adalah antara langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam menghias sesebuah ruang. Ini kerana, setiap warna mempunyai maksud dan vibrasi yang berbeza dalam mempengaruhi emosi dan aura bukan sahaja pada sesuatu ruang malah individu.
Akan tetapi, pakar warna mengatakan ada warna yang tidak sesuai digunakan untuk ruang keluarga atau ruang tamu. Warna tersebut ialah merah dan kuning.
Ruang kelaurga adalah tempat yang santai dan harmoni, oleh itu anda perlu elak warna-warna yang mempunyai vibrasi yang tinggi atau rona aktif.
Warna kuning akan membuat mata mudah letih dan menimbulkan perasaan gelisah. manakala menurut pakar terapi Suzy Chiazzari, warna-warna yang mempunyai vibrasi tinggi atau rona-rona terang dan gelap perlu dielak menjadi padanan di ruang tamu.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.