Ruang dapur kecil ini tidak pernah gagal menarik perhatian sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kediaman teres superlink ini. Palitan warna jingga yang menjadi kemasan akhir kabinet dapur nyata menyerlah. Bukan mudah sebenarnya merealisasikan rekaan dapur penuh bergaya dengan keluasan yang terhad di samping konsep moden klasik yang menjadi pilihan pemilik. Namun gandingan serasi rona dan aura semula jadi kayu yang dijelmakan oleh pereka, mampu menyerlahkan penampilan dan menambah pesona pada ruang dapur sempit ini.
KEMASAN KAYU KASAI PILIHAN UTAMA
Keteguhan kemasan kayu menyuntik nilai estetika, memberi elemen malar segar, tampak semula jadi dan bergaya pada ruang dapur. Selain itu, jenis kayu yang dipilih juga mempengaruhi keindahan konsep moden klasik yang pemilik ingin serlahkan. Atas faktor-faktor ini pemilik setia dengan kemasan kayu berbanding kemasan moden seperti 3G, aluminium, melamine dan sebagainya.
Ads
“Saya sememangnya gemarkan kemasan kayu. Rumah lama kami juga menggunakan kemasan kayu di kabinet dapur. Elemen kayu menyerlahkan rasa natural dan evergreen ketika berada di ruang dapur. Ketika membuat perbandingan untuk memilih kayu yang bersesuaian sebagai kemasan utama di kabinet dapur, saya mempertimbangkan kayu pine dan oak, namun saya jatuh cinta dengan ira kayu kasai yang berjalur tegak dan kelihatan lebih kemas,” jelas Fiza.
Ads
REKAAN PRAKTIKAL KABINET BENTUK U
Penempatan reka bentuk kabinet berbentuk U memudahkan aliran trafik di dapur serta memenuhi keperluan pemilik sekeluarga. Pemilik menggunakan setiap ruang yang ada dan menjadikan reka bentuk kabinet ini cukup praktikal. Selain itu, keteguhan kemasan quartz rona hitam pada permukaan kaunter menjadikan ia pilihan ideal sebagai kemasan tahan lasak ketika melakukan kerja di dapur.
“Kaunter top di kabinet dapur yang berbentuk U ini digunakan sepenuhnya. Anak perempuan saya berusia 7 tahun gemar membuat muffin. Oleh itu, ketika saya memasak atau sedang membuat persediaan memasak, anak saya mempunyai ruang sendiri di kaunter top ini, untuk dia membuat muffin kegemarannya di kawasan ini,”jelas Fiza sambil tersenyum.
Ads
Selain itu, sentuhan rustik juga jelas kelihatan terutamanya pada pemilihan kerusi dan meja dari Wood and Steel. Peletakan bench daripada kemasan laminate yang turut dilengkapi ruang storan diganding serasi bertepatan konsep ini.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
+INFO KEDIAMAN
Nama Pereka: AL Decodesign
Jenis Kediaman: Apartment
Keluasan : 1000 kaki persegi
Konsep: Moden Kontemporari
Makeover Kediaman Apartment Menakjubkan!
Siapa sangka inilah hasil sentuhan idea kreativiti pereka dari AL Decodesign . Mereka mengubah keseluruhan kediaman ini menjadi lebih berkarakter, cantik, selesa untuk client mereka.
+ Ruang Tamu
+Bilik Tidur
+Dapur
+Bilik Air
Pasti ramai yang tertanya berapa anggaran kos keseluruhan untuk renovasi serta dekorasi ini? Di sini AL Decodesign kongsikan kepada anda kos bagi projek apartment ini.
Loose Furniture & Deco item: +-rm18k ( sofa, meja kopi, katil, bingkai gambar dan sebagainya)
Built in furniture : +-rm18k (kitchen cabinet & wardrobe setiap bilik)
Renovation : +-rm30k (termasuk toilet, plaster ceiling, flooring, lighting)
*harga dan workmanship renovation bergantung kepada kontraktor masing-masing.
Walaubagaimanapun, harga yang dinyatakan ini bergantung kepada saiz sesebuah rumah dan bajet pelanggan.
Sumber: Muhammad Arif Arif
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Kali ni, Impiana nak kongsi pula dekorasi dapur sempit puan Hani Mynis dari Sekudai, Johor. Menariknya, jika sebelum ini kebanyakkan dekor dapur sempit yang dikongsikan oleh impiana memerlukan modal yang agak tinggi, berbeza pula dengan konsep yang cuba ditampilkan oleh puan Hani.
Dengan modal lebih kurang RM 1K, Puan hani berupaya menyiapkan keseluruhan dekorasi dapurnya dalam tempoh satu malam sahaja. Makeover melibatkan bahagian dinding yang di cat dan di tampal wallpaper, lantai di tukar dengan tikar getah baru, perabot-perabot yang rosak digantikan dengan yang baru.
Tidak cerewet dengan pemilihan perabot, yang menjadi keutamaan pada puan Hani adalah fungsinya. Lebih gemar memilih perabot yang ringkas, kebanyakkannya di beli dari kedai-kedai perabot biasaa sahaja.
Dari Modal RM 1K, saya dapat membeli perabot baru (3 buah0, cat 1 tong, wallpaper kaison 3 roll). Yang lain-lain seperti rak semua repurpose dari perabot yang lama. Pasang wallpaper sangkut kat dinding dan beberapa item diy sendiri seperti jam dinding.
Selain dari drill dan angkat perabot berat ke dapur semua saya buat sendiri je (termasuk cat, pasang wallpaper) Sebab suami pulun cat ruang tamu ketika tu. Kami makeover rumah serentak di semua bahagian kediaman.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Indahkan kaunter makan mu dan ruang makan utama kediaman dengan pemilihan lampu yang tepat. Kini ramai di kalangan kita yang mempunyai ruang makan yang cukup gah dan cantik. Pemilihan perabot dan hiasan dinding serta jambangan bunga tengah sebagai pelengkap gaya. Luar biasa.
Cuma adakala gara-gara pemilihan lampu yang silapmenjadiikan ruang akan atau kaunter makan kita kurang perisa. Kurang ummph….kita sendiri tidak tahu apakah kurangnya ruang makan kita ini. Tetapi ia dapat dirasakan oleh tuan rumah. Pemilihan lampu gantung atau pendant light sememangnya cukup indah dan khusus buat ruang makan. Cahaya samar yang lebih dekat namun tidak panas apa lagi menyilaukan mata.
Makanan nampak terang dan menarik, tanpa mengganggu pandangan kita. Pada masa yang sama suasana nampak warm dan selesa untuk menikmati hidangan makan malam.Namun apa yang penting anda perlu bijak memilih rekaan yang sesuai dengan konsep kediaman. Jangan kita membeli sesuka hati dan kemudian menyesal sendiri. Cuma kini terdapat banyak rekaan asas yang cantik. Bagi mengelakkan pengguna tersilap beli. Ia sesuai untuk apa juga konsep.
Misalnya lampu bulat sfera kaca jernih yang ringkas namun cukup cantik digantung beriringan. Begitu juga jenis yang berbentuk geometri dan ada juga yang didatangkan segugus. Ilham ringkas namun sangat menarik perhatian. Simple-simple aja di IMPIANA.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.