
Cuti sekolah selalunya sinonim dengan rumah jadi lebih bising, anak-anak banyak masa di rumah dan ibu bapa pula pening cari aktiviti yang berfaedah, jimat kos dan tak bergantung pada gajet semata-mata. Daripada biarkan mereka melekat dengan skrin, apa kata tukar cuti sekolah kali ini kepada sesuatu yang lebih bermakna, makeover rumah secara ringan, praktikal dan libatkan satu keluarga.
Tak perlu renovasi besar-besaran atau bajet ribu-ribu. Dengan perancangan ringkas dan pembahagian tugas yang betul, makeover rumah boleh jadi aktiviti bonding keluarga yang bukan saja cantikkan rumah, tapi ajar anak-anak tentang tanggungjawab dan kerjasama.
Kenapa Cuti Sekolah Masa Terbaik Untuk Makeover Rumah?
1. Semua Ada Masa
Bila anak-anak bercuti, ibu bapa tak perlu kejar masa antara kerja sekolah dan kerja rumah. Aktiviti boleh dibuat secara santai, ikut kemampuan dan tanpa tekanan. Inilah masa paling ideal untuk makeover rumah bersama keluarga.
2. Anak Lebih Terlibat
Ini peluang ajar anak tentang asas rumah, kemas, jaga barang, hias ruang dan buat keputusan kecil. Semua ini kemahiran hidup, bukan sekadar kerja rumah. Dengan cara ini, makeover rumah jadi aktiviti yang mendidik dan menyeronokkan.
3. Jimat Kos & Lebih Realistik
Makeover musim cuti sekolah biasanya fokus pada kemasan kecil (soft makeover). Tak perlu upah orang luar, tak perlu rushing. Semuanya boleh dilakukan secara DIY dengan kreativiti dan kerjasama.
Mulakan Dengan Perancangan Ringkas
Sebelum terus keluarkan perabot atau cat dinding, buat dulu mini perancangan keluarga:
- Pilih 1–2 ruang sahaja (contoh: ruang tamu & bilik anak)
- Tetapkan bajet maksimum
- Senaraikan apa yang nak dibaiki, dikemas atau ditukar
Tip Impiana: Jangan cuba buat satu rumah sekaligus. Fokus kecil-kecil, hasil lebih kemas dan kurang stres. Pendekatan ini menjadikan makeover rumah lebih realistik dan menyeronokkan.
Idea Makeover Rumah Yang Sesuai Libatkan Anak-Anak

1. Declutter Sama-Sama
Mulakan dengan buang atau asingkan barang:
- Mainan rosak atau tak dimainkan
- Buku lama
- Pakaian yang dah kecil
Beri anak pilihan sendiri — ini bantu mereka belajar membuat keputusan dan menghargai ruang. Aktiviti ini juga asas penting dalam proses makeover rumah yang berkesan.

2. Tukar Susun Atur Perabot
Tak perlu beli baru. Cuba:
- Alih sofa
- Tukar arah katil
- Susun semula rak buku
Kadangkala susun atur baru terus beri rasa rumah baru. Sedikit perubahan boleh hasilkan kesan besar pada suasana makeover rumah.

3. Projek Cat Ringkas
Tak perlu cat satu rumah. Cukup:
- 1 feature wall
- Cat almari lama
- Cat rak atau meja belajar
Biarkan anak bantu pilih warna — ini buat mereka rasa dihargai dan terlibat. Cat warna baharu juga memberi nafas segar pada makeover rumah tanpa bajet besar.

4. Makeover Bilik Anak
Fokus kepada:
- Meja belajar lebih kemas
- Sudut bacaan
- Storage untuk mainan
Gunakan kotak, bakul atau rak terbuka supaya senang kemas. Bilik anak yang teratur membantu mereka belajar bertanggungjawab terhadap ruang sendiri.
Bahagi Tugas Ikut Umur
Makeover rumah bukan kerja orang dewasa sahaja. Semua boleh terlibat:
- Anak kecil: lap habuk, susun mainan
- Anak sekolah rendah: asing barang, lipat kain
- Remaja: susun perabot kecil, pasang rak ringan
Bila semua ada peranan, kerja jadi cepat siap dan kurang rungutan. Ini menjadikan makeover rumah lebih menyeronokkan dan bermakna.
Jadikan Ia Aktiviti Keluarga, Bukan Kerja Paksa
Main muzik, sediakan kudapan ringan, ambil gambar before & after. Jangan terlalu tegas pada hasil.
Matlamat utama bukan rumah sempurna, tapi:
- Masa berkualiti bersama
- Anak belajar jaga ruang
- Rumah jadi lebih kemas & selesa
Cuti sekolah tak semestinya keluar rumah atau belanja besar. Kadang-kadang, buat sesuatu bersama di rumah sendiri lebih bermakna.
Makeover rumah secara ringan bukan saja beri wajah baru pada ruang, tapi cipta kenangan yang anak-anak akan ingat lama. Rumah mungkin tak sempurna, tapi bila dibuat bersama, itulah yang buat ia terasa benar-benar ‘hidup’.
Masti Baca:Jadikan Kemas Rumah Aktiviti Santai, Bukan Beban
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




