Berita

Curah Idea Untuk Dekorasi Rumah Bersama Suami, Feeya Iskandar Tampilkan Kediaman Yang Bertemakan Konsep Inggeris Moden

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan selebriti popular, Nor Shafiza Iskandar Azizan atau lebih dikenali dengan panggilan nama Feeya Iskandar yang sentiasa tampil ceria dengan celoteh menghiburkan. 

Untuk episod seterusnya segmen Ilham Impiana Inspirasi Selebriti kali ini secara eksklusif kami persembahkan ‘House Tour’ di kediaman Feeya Iskandar atau mesra disapa Cik Piah. 

Hasil tinjauan IMPIANA ke lokasi kediaman selebriti berkenaan ketika sesi rakaman dijalankan secara tidak langsung turut terpegun melihat keindahan kediaman yang dimiliki oleh Cik Piah. 

Apabila diajukan soal mengenai pemilihan konsep serta tema rekaan hiasan dalaman rumah oleh hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Cik Piah memaklumkan bahawa dia dan suami telah kata sepakat memilih konsep Inggeris Moden untuk kediaman mereka. 

Katanya lagi, manakala untuk idea dekorasi hiasan ruang dalaman rumah adalah sumber ilham daripada suami tercinta, Nurashid Wahab.

Apa yang menariknya lagi mengenai tentang kediaman Cik Piah ini, jumlah keseluruhan bagi kos pembinaan telah menelan belanja anggaran sebanyak RM400,000 sahaja. 

Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Feeya Iskandar? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah; 

Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.

Baca artikel berikutnya: Tidak Langsung Menggunakan Khidmat Pereka Hiasan Dalaman, Lan Solo & Isteri Dekorasi Rumah Mengikut Citarasa Sendiri

IKLAN