CS Deko: Solusi Dekorasi Rumah Anda, Semua Dalam Satu

Share

Melangkah masuk ke dalam showroom ini, pengunjung bukan sahaja disajikan dengan pelbagai pilihan langsir dan bidai, malah turut merasai suasana yang selesa dan mesra. Rekaan ruang yang kemas, pencahayaan hangat serta susun atur teratur menjadikan kunjungan ke showroom ini sangat berbaloi, ibarat ‘window shopping’ yang penuh idea baru untuk rumah sendiri. Inilah gaya eksklusif CS DEKO Sdn Bhd yang terletak di Kota Damansara.

Barisan koleksi langsir dipamerkan dengan teratur dan mudah dilihat. Pelbagai tekstur dan warna dari tona neutral hinggalah ke corak floral moden, semua tersedia untuk memenuhi citarasa pelanggan berbeza. Manakala langsir floor-to-ceiling dalam warna-warna neutral seperti beige, krim dan biru kelihatan timeless dan mewah. Setiap helaian langsir dipadankan dengan aksesori ringkas tapi kemas, menunjukkan ketelitian dalam pemilihan gaya dan fungsi. Ia bukan sekadar pelindung cahaya, tapi juga penyeri ruang yang memberi aura nyaman dan tersusun.

Di bahagian dinding, pelbagai jenis roller blind, Venetian blind dan vertical blind digantung rapi sebagai contoh untuk pelanggan. Warna dan material yang dipamerkan juga mewakili gaya moden, minimalis hingga ke kontemporari. Senang untuk pelanggan bandingkan sendiri mana yang sesuai dengan konsep kediaman masing-masing.

Ruang rundingan pula dihias ringkas tapi mesra, dengan set meja dan kerusi putih minimalis, sesuai berbincang idea dekorasi, memilih bahan, warna dan gaya langsir mengikut citarasa serta keperluan rumah anda. Tambahan rak pamer yang menempatkan katalog, aksesori dan contoh bahan, menjadikan pelanggan lebih mudah membuat pilihan.

Kabinet Praktikal Untuk  Kediaman

Selain menawarkan pilihan langsir dan bidai berkualiti tinggi, showroom ini turut menyediakan pelbagai kemudahan dan produk tambahan yang memudahkan pelanggan mendapatkan penyelesaian dekorasi rumah secara menyeluruh.

Showroom ini turut mempamerkan sistem penyimpanan seperti kabinet dan rak yang praktikal serta bergaya. Ini membolehkan pelanggan mendapatkan inspirasi bagaimana untuk mengatur ruang rumah agar kelihatan kemas dan terurus. Cahaya lampu yang terpasang pada panel dinding juga menambah elemen moden dan elegan kepada ruang ini.

Kabinet ini sesuai untuk mereka yang suka gaya moden, ringkas tapi classy, sekaligus mampu menjadikan ruang rumah lebih teratur dan menarik. Sesuai untuk ruang tamu, dapur atau bilik tidur yang mahukan sentuhan praktikal namun bergaya.

Tidak ketinggalan, showroom ini juga menampilkan contoh susun atur bilik tidur, dapur yang praktikal, membuktikan bahawa CS Deko mampu mengubah suasana rumah menjadi lebih selesa dan eksklusif. Tambah Pengarah CS Deko, Andy Wong mereka menawarkan  pakej penuh: dari rekaan 3D, pemilihan material, pembuatan hingga pemasangan siap, termasuk wiring dan plumbing jika perlu.

“Trend dapur sekarang menggunakan material compact laminate, sintered stone, quartz dan kemasan anti-cap jari (anti-fingerprint finish) di mana lebih  tahan lasak, moden dan mudah jaga,” jelas Andy.

Kesimpulannya, showroom ini bukan sekadar lokasi membeli langsir, ia adalah destinasi sehenti untuk semua keperluan dekorasi rumah, dari langsir, penyimpanan hingga ke inspirasi susun atur ruang. Pelanggan boleh mendapat khidmat nasihat dan melihat secara langsung contoh dekor yang membantu mereka membuat pilihan terbaik.

Untuk yang nak rumah cantik dan bergaya, showroom ini memang pilihan tepat.CS DEKO jelas beri inspirasi bergaya buat kediaman anda.

Mesti Baca: Dekorasi Apartment Luas 527 Kaki Persegi, Pemilik Kediaman Kongsi Idea Hias Rumah ‘Sempit’
Baca Lagi Di Sini: Dapur Sempit Rumah Flat Kos Rendah Dengan Tema “Soft Pink”
Artikel Menarik: Idea Dekorasi MUJI HOUSE Sesuai Untuk Rumah Kecil Dan Sempit

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

Published by
Putri