Memang serabut lihat dinding yang penuh dengan suis ini.
Bagi yang suka rumah dalam keadaan tersusun, mungkin akan nampak ruang dinding ini tak kemas dan mencari cara untuk memastikan ia nampak teratur atau menutupinya. Antara idea yang boleh dipraktikkan adalah dari Siti Fatimah Ahmad ini.
Idea cover dinding banyak suis
Sebelum ini kalau ambil pic mesti dinding ni dielakkan. Rasa macam tak elok gambar yang diambil sebab kedudukkan suiz, loceng dan kotak MCB yang berselerak.
Jadi saya build in satu kabinet untuk cover semua bahagian dan cuba pelbagaikan kegunaan untuk menyimpan kunci dan bil- bil rumah.. Taraa ini lah hasilnya…
Boleh panggil tukang buat kabinet buat macam ni. Selain ‘cover semua suis dan kotak MCB, kabinet ini juga pelbagai guna.
Bahagian atas jadi tempat letak kunci. Bahagian bawah boleh jadi tempat letak kasut.
Cantik deko bila dah tambah dengan kabinet pelbagai guna.
Semoga bermanfaat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Meja Yang Mampu Mengubah Nasib Hidup Ruang Tamu Anda
Semua orang tahu, ruang tamu adalah seperti jantung bagi rumah kita. Tetapi kalini, saya akan menceritakan tentang apakah meja yang sesuai untuk membuatkan keadaan ruang tamu itu menjadi estetik.
Meja Kopi.
Mengapa saya kata meja kopi sesuai? Kerana meja kopi ini boleh di dekorasi dengan pelbagai furniture dan boleh juga menjadi tempat letak majalah atau pasu bunga walaupun pada asalnya meja kopi ini hanya tempat letak minuman yang panas.
Meja Ottoman.
Meja ini serupa sahaja dengan meja kopi tetapi fungsinya lebih banyak daripada meja kopi. Antara uniknya fungsi meja ini adalah ianya meja yang empuk, dan boleh dijadikan sebagai kerus jika tiada kerusi untuk duduk.
Nesting Table.
Meja Nesting Table ini, tersusun dari 2 sampai 3 meja yang ditumpuk bersamaan dan semua meja tersebut memiliki bentuk yang sama. Meja ini boleh digunakan jika kita hendak satu meja kecil tambahan. Maka, meja inilah yang sesuai dan mudah boleh kita ambil.
Console Table
Meja ini, berbeza sedikit dengan meja lain. Jika kita boleh lihat, meja ruang tamu yang lain, semuanya rendah sahaja. Tetapi, meja Console Table ini, ia lebih tinggi dan selalunya diletakkan di dinding atau belakang sofa. Console Table ini berfungsi untuk meletakkan hiasan-hiasan atau dekorasi untuk menaikkan lagi keserian ruang tamu anda.
Maka dengan ini, berakhir lah perkongsian saya tentang meja-meja yang sesuai untuk ruang tamu di rumah. Semoga anda dapat memilihnya dengan baik dan kesesuaian citarasa anda.
Sumber: ruparupa (https://www.ruparupa.com/blog/jenis-meja-ruang-tamu/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat Kolam Hiasan Daripada Tayar Terpakai, Sangat Kreatif!
Ada atau tidak di kalangan anda yang mahu mempunyai sebuah kolam hiasan di ruang laman rumah namun oleh kerana faktor masalah kekangan bajet yang dihadapi, kehendak anda itu tidak dapat untuk direalisasikan.
Malah tidak dinafikan, boleh dikatakan hampir semua orang gemarkan untuk mempunyai sebuah kolam hiasan supaya dekorasi ruang laman rumah tampak lebih menarik. Betul tak?
Bagi anda yang mahu mempunyai sebuah kolam hiasan di ruang laman rumah dengan kos bajet yang rendah serta murah, mungkin tip bermanfaat ini boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan kepada anda.
Jadi, apa kata anda hasilkan sendiri sebuah kolam hiasan daripada bahan-bahan terpakai seperti tayar lama dan batu-batuan semula jadi sahaja. Anda boleh lihat bagaimana cara untuk melakukannya pada gambar yang tertera di bawah:
LANGKAH 1
LANGKAH 2
LANGKAH 3
LANGKAH 4
Antara bahan lain yang perlu anda sediakan bagi untuk menghasilkan sebuah kolam hiasan dengan kos bajet yang rendah adalah seperti kain rentang plastik atau kanvas, simen serta beberapa tanaman pokok sebagai hiasan.
Lihatlah hasilnya, sangat menakjubkan dan apa yang paling penting anda boleh menghasilkan sebuah kolam hiasan dengan kos bajet yang rendah serta murah. Dengan ini, kehendak anda untuk mempunyai sebuah kolam hiasan di ruang laman rumah berjaya direalisasikan.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Nak Beli ‘Wing Chair’ Tapi Tak Tahu Nak Pilih Mana Yang Sesuai? Ini Tips Untuk Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Masalah Siling Atau Dinding ‘BOCOR’ Di Apartment, Siapa Perlu Bayar Kos Baiki?
Masalah siling atau dinding bocor ini selalu membelenggu pemilik kediaman jenis bertingkat sama ada apartment atau kondo. Malah, masalah ini juga boleh menyebabkan konflik dengan jiran atas dan sebelah.
Mana tidaknya kediaman kita dah cantik di deko tapi dek kerana paip bocor jiran atas atau sebelah, habis bertompok dinding atau siling. Apa juga jiran yang tak mengaku puncanya dari kediaman mereka.
Jadi apa nak buat bila berdepan dengan masalah begini? Peguam Hartanah Syazwan Mohd Jafri memberi panduan untuk anda yang dalam situasi ini.
ADUHAI TAK CUKUP DENGAN SILING BOCOR, DINDING PUN SAMA LEAKING. PENING!
Ketahui hak anda dalam situasi ini
Jika anda menetap di rumah strata seperti kondo/apartment, pasti PERNAH mengalami atau dengar kisah orang lain yang mengalami masalah SILING BOCOR atau DINDING BERAIR.
Namun siapa yang patut dipertanggungjawabkan, anda sendiri atau pemilik unit atas/tepi? Jadi apakah hak anda di bawah undang-undang? Perkongsian singkat hari ini.
Unit atas akan bertanggungjawab
HAK ANDA DI BAWAH AKTA PENGURUSAN STRATA (AKTA 757)
Seksyen 142 Akta 757 menyebut – Unit atas akan dipertanggungjawabkan untuk membayar kos membaiki kebocoran melainkan ada bukti yang menunjukkan sebaliknya. Ini maksudnya bukanlah unit atas secara automatik akan bersalah, tetapi kebarangkaliannya amat lah tinggi.
HAK ANDA DI BAWAH PERATURAN PENGURUSAN STRATA 2017 (PUA 107)
Peraturan 55 PUA 107 menyebut – Kebocoran boleh diertikan sebagai apa-apa kebasahan, kelembapan atau kesan penembusan air pada siling. Cukup sekadar kelihatan tompokan air dan tidak perlu ditunggu sehingga menjadi teruk sampai air menitik-nitik jatuh.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT ANDA LAKUKAN DALAM SITUASI INI?
Pertamanya, pastikan kita lapor segera kepada pihak pengurusan. Seterusnya siasatan akan dijalankan untuk cari puncanya.
Sekiranya pemilik tidak beri kerjasama untuk siasatan, pihak pengurusan boleh menguatkuasakan Peraturan 63 PUA 107 – yang membolehkan pemilik unit didenda tidak lebih RM50,000.00 atau penjara maksimum 3 tahun.
Jika jiran tak mahu beri kerjasama
Untuk isu dinding bocor, Peraturan 67 PUA 107 menyebut – undang-undang yang sama terpakai seperti isu siling bocor. Jadi tidak perlu risau.
Peraturan 61 PUA 107 menyebut – Jika unit atas/tepi tidak beri kerjasama baiki kerosakan, pihak pengurusan boleh ambil tindakan baiki sendiri kerosakan, dan tuntut semula kos kepada pemilik tersebut.
KESIMPULAN
Biasa kita dengar isu kebocoran di unit strata. Siling bocor, unit atas perlu bertanggungjawab. Dinding bocor, unit tepi lah. Perkongsian kali ini adalah untuk memastikan anda tahu hak anda jika ditimpa musibah ini.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba!
Artikel ini diambil dan diolah dari VK.
Sumber: Syaz.MJ
Peguam Hartanah Anda
Baca Lagi Di Sini: Cuci CERMIN Tanpa Sabun, Bersih Berkilat Guna 5 Bahan Ini!
Mesti Baca:Mop Guna AIR PANAS, Kotoran Cepat Hilang, Lantai Licin Berkilat Tak Berbau!
Artikel Menarik:TIP ‘Polish’ Peti Ais Jadi Cantik Berkilat Macam Baru Keluar Kilang
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI