Jika kita lihat pada zaman dahulu terhadap citarasa pengguna lebih gemar menggunakan kemasan lantai rumah jenis jubin yang bersaiz kecil. Tetapi, berbeza dengan pada zaman sekarang yang dilihat kebanyakan orang masa kini lebih gemar untuk menggunakan jubin bersaiz besar sebagai kemasan lantai rumah.
Perubahan citarasa ini sememangnya dapat dilihat ekoran jubin yang bersaiz besar ini sering menjadi permintaan ramai masa kini.
Dalam pada itu, pengarah urusan jenama kumpulan Niro Ceramic, Encik Ian Kok turut mengakui perubahan terhadap citarasa pengguna ini sememangnya berlaku dalam pasaran jubin tempatan pada masa kini.
Maklumnya lagi, jubin yang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan dan permintaan ramai pada masa kini.
Ads
“Jika kita lihat pada masa kini, permintaan yang paling banyak adalah kepingan jubin yang bersaiz besar. Contoh, kepingan jubin kami yang saiz paling besar iaitu 5kaki x 10kaki sentiasa mendapat banyak permintaan dan menjadi pilihan ramai.
“Jadi, kita dapat lihat citarasa pengguna masa kini sudah mula berubah. Kalau kita lihat sekarang, saiz 2kaki x 4kaki sudah menjadi saiz biasa dan bukan lagi saiz yang besar lagi.
“Meski begitu, kategori jubin bersaiz yang lebih kecil ini tetap masih ada lagi permintaan daripada pengguna meski perubaahan citarasa orang ramai telah berubah.
Ads
Ingin tahu info dan maklumat lanjut mengenai jubin yang menjadi pilihan ramai masa kini, anda boleh saksikan pautan video penuh temu bual bersama Encik Ian Kok di bawah;
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Kini, secara rasminya, Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memeterai perjanjian penyewaan selama 21 tahun dengan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk memindahkan ibu pejabat korporatnya dari Menara Maybank ke ikon terbaharu negara, Menara Merdeka 118 menjelang suku pertama 2025.
Memetik sumber Astro Awani, Maybank akan menyewa secara keseluruhan 33 tingkat menara Merdeka 118 bagi menempatkan kira-kira 5,900 pekerjanya.
Foto: Wikipedia
Turut dipindahkan ke menara Merdeka 118 ialah anak syarikat Maybank terpilih yang sekarang ini berpejabat di Dataran Maybank termasuk Maybank Islamic, Maybank Investment Bank dan Maybank Asset Management.
Selaku penyewa utama, Maybank ditawarkan hak penamaan serta papan tanda ke atas bangunan itu. Maka, ini akan meningkatkan pemasaran jenamanya di salah satu bangunan yang tertinggi di dunia.
Manakala, perjanjian pajakan bagi Menara Maybank akan bermula pada suku terakhir 2025. Di bawah asas bersih tiga kali ganda itu, PNB akan menjadi pemberi pajak induk selain, menanggung semua perbelanjaan yang berkaitan dengan bangunan termasuk penyelenggaraan, insurans dan cukai.
Foto: Twitter SkyscrapersMY
Sumber: Astro Awani Online, Twitter SkyscrapersMY
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Tidur yang nyenyak pada waktu malam sesungguhnya membawa pelbagai manfaat. Malah tidur berkualiti setiap malam membantu menguatkan sistem imun, menceriakan mood, menambah baik fungsi jantung, serta menggalakkan berat badan yang lebih sihat dan meningkatkan fungsi otak.
Sebaliknya, kekurangan tidur yang berkualiti akan menimbulkan gangguan mood, kemurungan, kecemasan dan kesan negatif lain. Untuk membantu rakyat Malaysia tidur lebih lena, Coway telah melancarkan Tilam Prime II Series yang menjanjikan pengalaman tidur yang menjadikan kehidupan lebih indah.
Dibina dengan busa yang berudara dan menyejukkan, selain sokongan maksimum dan gangguan minimum (lateks 5 zon dan spring kocek 7 zon), tilam serba baharu yang ditambah baik ini ialah hasil teknologi serba maju Coway yang disesuaikan mengikut bentuk dan postur badan individu. Busa berudara baharu ini memberikan tahap pengudaraan lebih baik dan pilihan tilam lembut atau padat untuk memenuhi keperluan tidur yang berlainan.
Tilam ini disediakan dalam saiz Queen dan King dengan rangka katil dan kepala katil berkulit PU yang nipis dan anggun berwarna baldu biru gelap dan kelabu gelap untuk sentuhan mewah kontemporari.
Tilam ini juga terletak molek di atas dasar berkaki tinggi, untuk memudahkan pembersihan permukaan di bawah katil dengan vakum robot.
“Sebagai The Best Life Solution Company, kami sentiasa berusaha menambah baik produk kami berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang meluas. Dengan Tilam Prime II Series, kami bukan sahaja mencipta sebuah tilam premium, tetapi juga menjadikannya mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Malaysia menerusi skim sewa kami. Matlamat kami ialah untuk memberi pengalaman tidur yang lebih lena kepada rakyat Malaysia. Inovasi terkini ini bukan sahaja mengambil kira aspek keselesaan, tetapi juga lebih bersih, hasil Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah kami,” kata Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia.
Beliau menambah bahawa Tilam Prime II Series ini dicipta dengan mengambil kira keperluan pengguna, serta pelancaran baru tilam ini ditawarkan dalam pilihan lembut atau padat, dengan lateks semula jadi 100% 5 zon dan spring kocek 7 zon untuk sokongan maksimum dan gangguan minimum. Pelapik (topper) tilam baharu juga mempunyai ciri-ciri anti-statik dan menghasilkan kesan penyejukkan untuk melegakan tekanan dan memastikan kualiti tidur yang nyaman dan lebih melenakan. Berlandaskan teknologi baharu yang serba canggih, busa berudara meningkatkan aliran udara dan kurang memerangkap haba.
Dalam usaha mencapai tahap kebersihan tilam yang optimum, Prime II Series dilengkapi dengan pelapik tilam boleh tukar percuma* yang memastikan tilam sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Dengan membolehkan pengguna tidur secara sihat dan nyenyak sepanjang tahun, Perkhidmatan Penjagaan Tilam 7-Langkah rutin Coway oleh Juruteknik Penjagaan Rumah Coway sekali setiap empat bulan menggunakan kelengkapan teknologi tinggi terkini untuk membersihkan dan menjaga tilam. Tilam dibersihkan menggunakan perkhidmatan 7 langkah termasuk pengukuran tahap habuk, pembersihan bingkai, pengelapan bingkai katil, pembersihan sisi, pembersihan tilam, penyemburan penghalau habuk dan pensterilan ultraungu (UV).
“Pelanggan kami selalu terperanjat apabila mendapati bahawa tilam mereka yang nampak bersih sebenarnya sangat kotor – dipenuhi dengan hama habuk, zarah habuk halus, kulit mati, acuan, bakteria, peluh dan juga kulat. Semua kotoran ini hampir mustahil dilihat dengan mata kasar, menjadikan penjagaan tilam sangat penting untuk kualiti tidur lebih sihat. Jika tidak dibersihkan, keadaan boleh menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan seperti alahan, sinus, mata merah jambu, kegatalan, ruam dan banyak lagi,” kata Choi.
Ini adalah salah satu perkhidmatan unik yang diberikan oleh Coway dan hakikatnya menjadikan tilam ini satu pelaburan yang berguna. Daripada hanya RM139 sebulan, rakyat Malaysia boleh memiliki Tilam PRIME II Series mereka sendiri. Pelanggan bukan sahaja mendapat tilam, tetapi juga menerima perkhidmatan penjagaan tilam Coway yang membersihkan tilam secara berkala.
Untuk menikmati tidur lena yang menjadikan kehidupan lebih indah, layari www.coway.com.my sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Tilam Prime II Series.
*Pelapik tilam yang boleh ditukar percuma ini hanya untuk pelanggan yang melanggan skim penyewaan
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Menerusi segmen Ilham Impiana musim terbaharu kali ini yang bertemakan Inspirasi Selebriti bakal kami persembahkan ‘House Tour’ kediaman para selebriti tanah air.
Bagi episod pertama musim terbaharu ini, IMPIANA telah berkesempatan untuk menjelajah ke kediaman milik pengacara dan pelakon popular iaitu Ain Edruce.
Apabila bercakap sahaja tentang kediaman para selebriti atau artis tanah air, sudah pasti anda akan terbayangkan golongan sepertimereka ini memiliki sebuah kediaman yang mewah, cantik serta selesa untuk didiami.
Ternyata, hasil tinjauan IMPIANA ke kediaman pengacara rancangan hiburan Melodi, TV3 itu mendapati bayangan imaginasi sedemikian adalah satu realiti!
Ketika sesi temu bual bersama hos Ilham Impiana Inspirasi Selebriti, Ain memaklumkan bahawa dia telah memilih konsep dan tema moden tropikal Bali sebagai pilihan untuk rekaan dekorasi hiasan dalaman serta luaran rumah.
Bagi menyempurnakan hasrat dan impian untuk memiliki sebuah kediaman yang cantik, Ain telah menggunakan khidmat pakar pereka hiasan dalaman, CosyForUs.
Untuk pengetahuan anda, pemilik syarikat kepada CosyForUs ini adalah merupakan abang kandung Ain Edruce sendiri.
Nak tahu apa lagi cerita yang menarik mengenai kediaman Ain Edruce? Sila saksikan episod penuh di laman rasmi YouTube ImpianaTV menerusi pautan video di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!