
Bayangkan anda baru saja renovate rumah, dinding pun nampak cantik dengan lapisan cat baru. Tapi baru beberapa bulan, cat dah mula mengelupas, berkulat dan dinding jadi macam tak siap. Itulah yang berlaku kepada seorang pengguna facebook yang berkongsi masalah sebenar dialaminya selepas ubah suai rumah. Masalah ini bukan kes terpencil, ramai sebenarnya alami situasi serupa tanpa tahu puncanya.
Pemilik rumah ini melakukan ubah suai ke atas dinding asal, mungkin membina dinding baru atau menambah lapisan simen baru ke atas yang lama. Namun, selepas beberapa bulan, dinding tersebut mula menunjukkan tanda kerosakan.
– Cat mengelupas
– Dinding berkulat dan basah
– Permukaan dinding berbintik kasar dan kembung
Sementara dinding asal (yang tidak disentuh) kekal elok, bahagian baru yang dibina jadi masalah.
Gunakan primer berkualiti tinggi khas untuk kawasan lembap.Salah satu kesilapan paling biasa. Dinding simen perlu betul-betul kering, biasanya dua hingga empat minggu bergantung pada ketebalan sebelum sapuan cat dibuat. Jika tidak, kelembapan akan terperangkap di dalam dan menyebabkan cat mengelupas.
Primer penting untuk tutup liang pori simen baru. Kalau terus cat tanpa primer, cat akan mudah tertanggal atau tak melekat elok.
Disebabkan dinding ini bersebelahan rumah jiran, mungkin ada sumber kelembapan dari situ seperti paip bocor, penggunaan dapur atau kabinet basah yang menyerap masuk ke dinding anda.
Menggunakan cat biasa pada dinding yang terdedah pada lembapan akan menyebabkan cat tak tahan lama.
Periksa sama ada paip bocor, air dari luar tembok atau wap dari dalam rumah jiran meresap masuk.
Guna scraper untuk buang semua cat yang mengelupas hingga nampak permukaan simen.
Biarkan dinding betul-betul kering (guna kipas industri jika perlu).
Contohnya cat jenis “masonry” atau khas untuk bilik air/dapur.
Jika masalah terus berulang, boleh pertimbangkan wainscoting PVC atau cement board di dinding bermasalah.
Masalah ini boleh dielakkan jika kerja renovasi dibuat dengan betul dari awal, beri masa cukup untuk kering, gunakan bahan berkualiti dan pastikan punca kelembapan ditangani. Jangan pandang ringan proses cat dinding, sebab kalau silap langkah, hasilnya bukan saja tak cantik, tapi boleh menyebabkan kos baiki lebih mahal nanti.
Mesti Baca: NABIL AHMAD Imbau Kenangan Tinggal Rumah Kampung, Pasang Niat Bina Madrasah
Baca Lagi Di Sini: Nabil Ahmad Labur RM500k Tukar Rumah Pusaka Jadi Madrasah, Realisasikan Impian Ibu
Artikel Menarik: Bapa Bina Semula Rumah Kayu Lama Bernilai RM500k Untuk Majlis Sanding Anak
Follow kami diWEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.