Terdapat pelbagai cara untuk membiakkan tanaman berbuah. Namun cara yang paling cepat dan memastikan baka yang dihasilkan terbaik adalah melalui keratan batang, tut dan cantuman dewasa.Bagi tanaman yang telah tua dan tidak produktif, cantuman dewasa adalah langkah terbaik. Kebanyakkan pengusaha ladang buah seperti durian dan mangga telah memperaktikkan kaedah ini.

Salah satu kaedah yang boleh di usahakan adalah melalui cantuman mata tunas. Kaedah dan peralatan yang diperlukan untuk melakukan cantuman mata tunas sama seperti cara cantuman dewasa yang lain. Namun sedikit berbezakera ia menggunakan kulit dan bahagian tunas sahaja.

Bahan-bahan:
– Induk yang sihat (pastikan induk yang dipilih mempunyai diameter batang atau dahan berukuran lebih kurang 1.5-2 cm
– Mata tunas (pastikan mata tuns yang diambil dari pokok yang pernah berbuah)
– Tali atau plastik pembalut
– Pisau

IKLAN

Cara-cara:
1. Toreh kulit dahan yang telah dipilih untuk dilakukan proses cantuman. Pastikan bahagian dalam dahan atau batang tidak tercedera. Ukuran yang diperlukan adalah 1.5cm lebar dan 2-3 cm panjang. Kupas dan buang keseluruhan kulit di bahagian tersebut

2. pilih mata tunas dari pokok yang sihat, berkualiti dan telah berbuah. Kupas kulit di sekitar mata tunas. Pastikan saiz mata tunas yang diambil berpadanan dengan ruang yang telah disediakan pada pokok penanti

IKLAN

3. Tempel tunas pada bahagian kulit pokok yang telah dikupas tadi.

4. Ikat kawasan cantuman dengan tape atau plastik pembalut sehingga kemas

IKLAN

5. Setelah 3 minggu proses cantuman dilakukan, buka pembalut dan pastikan bahagian cantuman kukuh bercantum dengan bahagian penanti dan masih segar. Jika mata tunas kering, ini menunjukkan proses cantuman anda gagal