Laman berumput memang sedap mata memandang. Rumput juga antara elemen yang menyumbang kepada penghasilan oksigen dan mengurangkan iklim panas.

Kebanyakkan dari kita yang mempunyai laman akan melantik kontraktor untuk menanam rumput. Sebenarnya, Rumput sekeping yang dijual di nurseri boleh dapat pada harga RM 2-5 sahaja. Tapi bila upah pemasangan dikenakan boleh jadi 2-3 kali ganda.


Bagi anda yang punya impian sebuah laman yang indah dengan kawasan rumput nan menghijau tapi bajet tak berapa nak banyak, boleh cuba untuk tanam sendiri kerana ia tidak memerlukan peralatan dan kemahiran khas.


Untuk mendapatkan sumber rumput, anda boleh cari di nurseri-nurseri berhampiran. kalau beli bayak boleh tawar harga 30-50% dari harga asal. Bergantung pada jenis rumput.

Peralatan asas untuk berkebun sahaja yang diperlukan seperti cangkul, pongkes, pisau, kayu panjang yang untuk buat perabut atau rumah tu.

1. Buang rumput lama serta saki baki bahan binaan sekiranya ada. Paling penting, akar rumput lama perlu dibuang habis bagi mengelakkan rumput lama dan pokok liar tumbuh kembali.

IKLAN

2. Setelah buang semua sisa di kawasan yang akan ditanam rumut, ratakan dan padatkan tanah. Kalau ada pokok, tanam sebelum lapisan pasir dan rumput diletakkan

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

3. Letakkan pasir halus bagi menutup lapisan tanah tadi. Fungsi pasir adalah untuk meratakan semula permukaan tanah dan ia juga bagus untuk akar baru. Anda boleh gunakan sebatang kayu untuk meratakan pasir. Kalau ada rasa nak buat kawasan berbukit sedikit, masa ni lah anda perlu levelkan pasir tadi membentuk bukit.

IKLAN

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu
Kayu kat tangan tu lah yang digunakan untuk meratakan pasir

4. Seeloknya sembur sedikit racun rumpai yang dicampur sedikit serbuk racun benih cambah bagi menghalang rumput lama atau pokok liar tumbuh kembali.

IKLAN

5. Susun rumput secara rapat tapi jangan bertindih. Jika kawasan rumput anda ada pokok di tengah-tengah nya, boleh buat bulatan dan letak rumput tidak melebihi garisan tersebut. gunakan pisau untuk memotong bahagian rumput yang tidak diperlukan

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

6. Dah siap penuh rumput di letakkan. lakukan siraman menyeluruh. Tapi pastikan siraman yang dilakukan tidak menyebabkan air bertakung. Jika bertakung ia akan melemaskan akar dan mengancam rumput.

Teknik Mudah Dan Cepat Tanam Rumput Yang Ramai Tak Tahu

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI