Orkid antara tanaman yang manja. Nak air yang banyak, tapi kalau terlebih akar rosak. Nak baja, tapi baja dah bertubi-tubi tapi tak berbunga-bunga. Namun, jika kita bijak mengawal segala keperluan orkid seawal penanam, semua masalah tak akan wujud.

Antara perkara awal yang perlu dititik beratkan untuk penanaman orkid adalah cara pemasuan semula. Seperti yang diajarkan oleh AbangYop OrchidHunter walaupun benih atau anak pokok orkid cattleya dibeli sudah siap dengan medium sabut dan pasu yang cantik, pemasuan semula perlu dilakukan.

Nak tahu kenapa dan macam mana? jom kita baca

Harini abang nak tunjuk cara senang dan mudah tanam semula cattleya yg menggunakan medium sabut ke dalam pasu.

Rasanya ramai yg tahu kan, cattleya yang dibeli di nurseri kebanyakan menggunakan medium sabut. Lagi-lagi kalau yang datang dari siam. Sana memang mereka guna sabut sebagai medium tanaman orkid

Kenapa kita nak ubah? Kenapa tak biar macamtu sahaja???

Sebab yg utama, bangsal kita ni kebanyakan kena hujan. Bila kena hujan banyak, masih kekalkan medium sabut sepenuhnya tu peluang pokok nak kena demam kora ada. Serta kebarangkalian nak jadi lembik akibat jangkitan kulat pun tinggi.

Sebab yang lain tu, kita nak letak dalam pasu yg besar dan senang pokok membiak. Selesa la sikit nanti nak beranak ramai

1. Ni la pokok cattleya yang masih seperti asal. Dalam sabut pasu plastik.Kalau anda tak mahu guna pasu tanah liat, boleh guna pasu plastik. Pastikan pasu baru lebih besar daripada saiz asal

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

2. Ni pasu yang telah diisi arang. Selain arang, bata merah yang telah dipecahkan pun boleh guna. Jangan duk mengada nak pakai batang pisang ke batang pokok pinang sudah la

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

IKLAN

3. Cabut pokok dari pasu plastik.Pastikan dicabut dengan cermat dan berhati-hati. kalau tak boleh cabut, gunting saja pasu plastik tu.

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

Tanggalkan kesemua sabut lama tu,buang semua sekali ya. Kelihatan akar lama dan kering beserabut kan..apa nk buat??

4. Potong semua akar yang serabut dan hanya biarkan 1-2cm dari pangkal pokok. Digalakkan untuk rendam akar di dalam racun kulat

IKLAN

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

Jangan khuatir pokok mati kalau potong akarnya. Cattleya yang baru ditanam atau dipindahkan sebaiknya akar lama dibuang untuk menggalakkan penghasilan akar baru.

5. Selesai gunting akar, letak pokok dalam pasu berisi arang tadi. paras arang hanya separuh daripada pasu sahaja dan jangan timbus akar orkid dengan arang

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

IKLAN

6. untuk stabilkan pokok, ikat pangkal daun. Boleh guna apa sahaja termasuk dawai, tali dan sebagainya. Tapi jangan ketat. ikat sekurang-kurangnya dua daun.

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

7. Akhir sekali, sediakan larutan floragro green dan semburkan pada pokok yang baru di tanam 1-2 kali seminggu selama 3 bulan. Dalam tempoh 7-10 hari, akar baru akan kelihatan

Cara Tanam Orkid Cattleya Untuk Elak Masalah Akar Mudah Reput

Sumber: AbangYop OrchidHunter

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI