Kurang enak rasanya bila laksa atau asam pedas tidak ditambah daun kesum. Tapi, almaklumlah, nak pakainya sikit sahaja tapi beli sampai segenggam. Bukan tak nak beli, tapi lebih kapa membazir sisa yang tak di pakai. Ada pula tu, susah nak dapat daun kesum di pasaran. Jadi, cara yang paling mudah adalah tanam sendiri.

Tak ada ruang, tak cukup masa? siapa kata? Cik Pooja tunjuk cara tanam kesum di balkoni dan tidak memerlukan tugas menyelenggara terutamanya siraman yang kerap.

Ini lah cara Cik Pooja tanam kesum dalam baldi di ruang balkoni. Kaedah ini mampu mengelak pebiakkan jentik-jentik, namun dalam masa yang sama medium tanaman sengtiasa lembap

IKLAN

BAHAN-BAHAN:
1 biji pasu
1 biji baldi sesuai saiz pasu
medium tanaman lembap
air
keratan kesumCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram

CARA-CARA:
1. Sediakan keratan kesum yang betukl-betul matang dan ruasnya keras. Lebih baik kalau dah ada anak tunas atau sedikit berakar. tinggalkan 3-4 helai daun sahaja di bahagian pucuk. Sediakan keratan batang yang hendak disemai pada ukuran 3-4 inci panjangCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram Cara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram

IKLAN

2. Masukkan medium tanaman lebap dalam pasu dan rendamkan di dalam baldi berisi airCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram

3. Sediakan lubang tanaman berkedalaman 2 inci. Boleh guna jari telunjuk untuk buat lubang tersebut. Ia berupaya megelak keratan kesum yang di cucuk atau ditanam dari patahCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram Cara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram

IKLAN

4. Tanam keratan batang kesum ke dalam lubang yang telah disediakan dan padatkan
P/S: Baca Bismillah dan niat dala hati supaya pokok yang ditanam hidup suburCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram Cara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram

5. Selesai tanam, letak pasu di kawasan separa teduhan. Apabila kelihatan mula stabil dan mengeluarkan pucuk, baru boleh dipindahkan ke tempat yang menerima cahaya penuhCara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram Cara Tanam Kesum Di Balkoni tanpa Perlu Siram