
Asparagus, Antara jenis tanaman yang dijadikan sebagai sayuran yang mempunyai harga dan nilai kesihatan yang tinggi. Tapi ramai kata asparagus sesuai untuk iklim sejuk. Seperti pokok strawberi yang boleh di tanam di tanah rendah, asparagus pun mempunyai spesies yang sesuai dengan iklim Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Kebiasaannya, asparagus untuk tujuan komersial di tanam di atas batas yang sentiasa digembur. Namun untuk sekadar tujuan hobi, dalam pasu yang bersaiz besar pun dah memadai. Sebenarnya, asparagus adalah tanaman yang tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Tapi untuk mendapatkan hasil yang optimum, beberapa langkah penjagaan yang mudah perlu dilakukan seperti berikut:
Cara penjagaan:
1. Pokok asparagus perlukan air yg banyak tapi pastikan pokok asparagus tidak di tanam di kawasan tanah yg airnya bertakung. Siram pokok asparagus 2-3 kali seminggu.
2. Pastikan kawasan tanaman sentiasa bersih dari rumput-rumput , asparagus benci rumput.
3. Baja pokok asparagus setiap 3 bulan contoh:
-awal November
-awal Februari
-awal Mei
-awal Ogos
4. Cara pembajaan, buat lubang atas tanah di tengah-tengah kawasan pokok asparagus dalam 1 inci dan letak satu sudu baja 15:15:15 atau baja 13:13:21 lalu dikambus kembali.
5. Siram air dua hari berturut-turut selepas dibaja dan kemudian disiram seperti biasa iaitu 2-3 kali seminggu.
Baca artikel seterusnya https://www.facebook.com/75782081233/posts/10159054896126234/
Cara Mudah Tanam Kentang Untuk Iklim Malaysia

Kentang, bukan lah pilihan tanam di malaysia. Barangkali, ramai beranggapan kentang hanya sesuai untuk iklim sejuk. Hakikatnya, kentang ditanam secara meluas di India. Ini bermakna, kentang juga sesuai dengan iklim Malaysia. Tapi, ada beberapa langkah yang perlu anda lakukan untuk memastikan kentang yang ditanam di Malaysia memunyai hasil tuaian lumayan tak kira sama ada di musim hujan mahupun panas memuncak.
Untuk mendapatkan hasil ubi kentang yang banyak, penyelengaraan memainkan peranan utama. Ia termsuklah:
Pemilihan benih
Ada 2 kaedah penanaman kentang. Sama ada dari umbisinya atau batang yang berakar. Untuk mendapatkan hasil ubi kentang yang berkualiti dan cepat, sebaiknya pilih ubi kentang yang sihat dan berkualiti. Ciri-ciri ubi kentang yang sesuai dibiakkan adalah fizikal kentangnya tidak kelihatan kecut dan mempunyai tunas yang banyak.
TIP: untuk menghasilkan tunas kentang yang cepat, susun kentang-kentang yang telah dipilih berpotensi untuk dibiakkan di dalam lompang telur. Simpan kentang tersebut di dalam kotak atau kabinet dapur yang gelap untuk beberapa hari. Apabila tunas sudah mulah tumbuh. Ambil 3 tunas yang paling sihat dari sebiji ubi kentang dan potongkan
Persiapan medium
Medium siap campur yang terdapat di pasaran sesuai untuk digunkan sebagai tanah untuk tanam jagung. Selain itu, anda boleh hasilkan sendiri medium tanaman kentang dengan mencampurkan 1/3 bahagian kompos, 1/3 perlite dan 1/3 peat moss atau sabut kelapa siap proses.
Harus diingat, medium tanaman kentang perlu lah mempunyai saliran dan pengudaraan yang baik. Disamping itu, elak menggunkan medium tanaman yang mempunyai kandungan tanah liat kerana ia akan membataskan pertumbuhan ubi kentang
Proses Menyemai
Selepas mata tunas kentang telah dipilih, tiba lah masa untuk menyemai kentang ke dalam pasu. Posisikan tunas kentang menghadap ke atas dan timbus semua bahagian kecuali tunas. Tekan kan sedikit medium tanaman dan lakukan siraman segera
Keperluan siraman
Kentang memerlukan medium tanaman yang sentiasa lembap namun tidak menakung air. Untuk memastikan medium tanaman sentiasa lembap, letakkan sungkupan pada permukaan tanah.
Pencahayaan
Kentang memerlukan pencahayaan terus sekurang-kurangnya 6-8 jam sehari. Walaubagaimanpun, pokok kentang tidak tahan akan cuaca yang terlalu panas. Jika tiba musim panas, sediakan kawasan separa teduhan untuk tanaman anda
Tambak tanah
Apabila pokok kentang mula meningkat dewasa, Medium tanaman perlu di tambak menutupi pangkal pokok secara berkala. Ia berupaya merangsang penghasilan ubi kentang yang banyak.
Tiba masa tuai
Apabila kelihatan duan mula menguning di bahagian bawah pokok, ini menunjukkan kentang sedia untuk dituai.
Hanya Tanam Indoor Plant Ini Berkesan Tapis Udara Berhabuk Dalam Rumah

Dracaena merupakan spesies tumbuhan tender perennial dari famili Dracaenaceae yang memiliki kepelbagaian corak dan rupa bentuk. Merujuk kepada penulisan Elvin McDonald pada tahun 1982, terdapat lebih dari 200 spesies Drancaena yang telah dikenal pasti. Nama-nama rumpun keluarga ini seperti Dracaena fragrans (pleomele fragrans), Dracaena fragrans ‘lemon lime’, Dracaena fragrans ‘massangeana’ (cornstalk plant), Dracaena reflexa ‘aurea variegata’ (pleomele reflexa ‘aurea variegata’), Dracaena sanderiana (Ribbon plant, D. Sanderana), Dracaena surculosa ‘florida beauty, Dracaena surculosa (Gold-Dust Dracaena, D. Godseffiana), Dracaena marginata (Madagascar Dragon Tree, D.concinna, Pleomele marginata), Dracaena marginata ‘Bicolor’, Dracaena marginata ‘colorama (Rainbow Tree) dan Dracaena marginata ‘Tricolor’ merupakan senarai yang menjadi pilihan florist untuk digubah bersama jambangan bunga.
Tumbuhan foliage ini setiap satunya berasal dari daerah yang berbeza. Seperti dari Afrika Barat, Afrika Selatan, Madagascar, India selatan dan Guinea. Keunikan di sebalik namanya, Dracaena diambil dari perkataan Latin ‘draco’ yang bermaksud naga. Seorang pengkaji botani dari Scotland, Isaac Bayley Balfour telah menemui spesies ini dan membuat kajian yang mendalam bermula pada tahun 1882.
Kelebihan Dracaena berbanding tumbuhan yang lain, ia tidak hanya dijadikan sebagai outdoor plant yang mencipta visual landskap lebih hijau dan teduh. Sebenarnya Dracaena adalah tumbuhan sempurna untuk pemilik yang berminat dengan indoor plant, di samping ia juga menyuntik konsep tropika ke dalam kediaman. Jika ia diletak di dalam rumah, ia dapat memberikan kebaikan kepada pemilik terutamanya dari sudut kesihatan.
Tumbuhan ini dikatakan dapat menyingkirkan udara yang tercemar, mengawal haba yang panas di samping melegakan masalah pernafasan. Kajian membuktikan, dengan penggunaan indoor plant, ia dapat meningkatkan daya tumpuan sebanyak 70%. Galakan menggunakan Dracaena sebagai tumbuhan indoor plant ini juga sesuai bagi mereka yang bekerja di pejabat kerana ia dapat merangsang aura positif dan memudahkan proses berfikir berbanding mereka yang tidak mempunyai tumbuhan indoor plant ini.
Berbicara tentang ciri fizikal tumbuhan ini, anak pokok Dracaena bersaiz kecil tetapi daunnya lebat. Jika ia telah matang, tumbuhan ini berbatang keras dan boleh membentuk sebuah pokok. Daunnya juga mempunyai variasi warna seperti berjalur hijau dan kuning, berjalur hijau dan merah, berjalur hijau dan putih, bertompok putih dan juga bertompok hijau. Tumbuhan Dracaena yang sihat mampu mencecah lima hingga ke enam kaki tinggi dari tahun ke tahun. Pohon rimbun ini gemar ‘berteduh’ tetapi sekiranya diletakkan di dalam rumah, sebaik-baiknya posisikan ia berdekatan tingkap. Bagi membolehkan tumbuhan Dracanea dapat membesar dengan baik, tanam ia di dalam tanah subur yang mengandungi bahan kompos yang tinggi.
Tumbuhan ini turut menghasilkan bunga kecil yang berwarna putih. Ada kalanya bunga Dracanea kelihatan kehijau-hijauan, kekuning-kuningan mahupun kemerah-merahan. Keunikan lain, bunganya berbentuk tubular (tiub), dan diikuti dengan kemunculan buah sebesar sebiji beri berwarna merah – oren dan berbentuk bulat. Apabila ia telah mencecah satu-satu peringkat atau usia, bunga tersebut akan berkembang mekar setelah beberapa bulan hidup di dalam pasu yang sama dengan mendapat bekalan cahaya, baja, dan air yang mencukupi.
10 Jenis Tanaman Menjadi-jadi Hasilnya Ketika Musim Panas

Musim panas adalah saat yang paling mencabar bagi petani mahupun yang berkebun secara hobi. Kebiasaan yang paling dikhuatiri adalah jenis tanaman atau sayur berdaun seperti bayam, kangkung, sawi bok choi dan lain-lain. Bila tengah hari memuncak, sayur mula layu. Mana yang segera disiram, dapatlah diselamatkan. Tapi ada juga yang tidak.
Untuk mengawal keadaan ini, selain siraman yang kerap penyediaan teduhan dan penggunaan sungkupan adalah penyelesaian terbaik. Namun, terdapat beberapa jenis tanaman yang amat sesuai untuk di tanam di musim panas. Antaranya ialah:
1. Timun
Timun adalah tanaman memanjat yang amat sesuai dan mudah untuk hidup dimana sahaja. Walaupun tanaman ini mempunyai buah mengandungi air yang tinggi tidak memerlukan air yang banyak untuk tumbuh sihat dan berbuah lebat. Cukuplah sekadar siraman dilakukan seawal pagi sekali sehari.
2. Petola
Seperti timun, petola juga amat serasi dengan iklim panas. Daun dan batangnya yang berbulu turut menyimpan kelembapan yang diperlukan walaupun di dalam cuaca panas memuncak.
3. Kacang panjang
Ini antara tanaman atau sayuran yang mempunyai harga paling tinggi di pasaran. Kebiasaannya, kacang menjadi tanaman ganti bagi peladang ketika musim panas untuk mengembalikan nutrisi dan memperbaiki struktur tanah sebelum digantikan dengan tanaman lain. Siraman Nya hanya sekali sehari dan lebih panas lebih banyak buah yang dihasilkan
4. Ubi
Ubi antara tanaman yang tahan lasak dan amat sesuai ditanam dalam apa pun kondisi medium. Lebih panjang musim panasnya, lebih besar ubi yang akan anda perolehi kerana akarnya berkerja keras ketika musim panas mencari sumber makanan terutamanya air
5. Lobak
Lobak tidak sesuai hidup di dalam kondisi medium tanaman yang sentiasa lembap. Apa yang menjadi keperluan kepada lobak adalah tanah perlu sentiasa di gembur untuk menggalakkan pertumbuhan bahagian. Cukuplah penyiraman nya sehari sekali. Jika terlalu lembap, ia bakal menjejas tumbesaran isi lobak disamping ia mudah diserang penyakit
6. Kacang hijau
Batang bahagian pangkal pokok kacang tidak tahan kepada kelembapan. Ia mudah diserang kulat. Jadi, setiap kali menyelenggara tanaman, periksa bahagian pangkal nya juga. Pokok kacang hijau akan menghasilkan kekacangnya paling banyak ketika musim panas. Yang penting siraman di lakukan sehari sekali dan pembajaan diberi setiap minggu.
7. Tomato
Musim hujan adalah waktu yang paling mencabar untuk pokok tomato. Hal ini kerana batangnya yang menyimpan air mudah dijangkiti penyakit apabila mediaum tanamanya sentiasa basah. Sebab itu, tomata antara tanaman paling sesuai ditanam ketika musim panas. Namun, penyiraman tetap perlu dilakukan bagi mengelak batang yang yang menyimpan air kering
8. Terung
Daun terung yang berbulu berupaya menyimpan air. Oleh itu, walaupun anda tidak siram pokok terung selama 2 hari ketika musim panas ia masih kekal segar. Di samping itu juga, terung lebat berbuah ketika musim panas
9.Labu
Antara tanaman yang paling banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas seperti Arab dan Afrika. Musim panas menyebabkan produktiviti bunga labu meningkat dan mempercepatkan tempoh tuaian.
10. Jagung
Jagung antara tanaman bijirin seperti gandum yang tidak memerlukan air yang banyak untuk penghasilan buah berkualiti. Jenis batangnya yang disalut dengan lapisan kulit yang tebal juga mampu menyekat dan melindungi struktur utamanya dari terik matahari. Secara tidak langsung kadar sejatan air dari batang dapat dikawal
Jika anda mempunyai kekurangan ruang untuk bercocok tanam, apa kata cuba keadah tanaman dalam pasu. Pelbagai tanaman yang sesuai ditanam di dalam pasu terutamanya di anjung apartment anda. Nak tahu macam mana? Sila baca artikel yang telah disediakan di bawah