Fiddle Fig antara tanaman hiasan yang menjadi pilihan kegemaran ramai. Pokok Fiddle Fig atau nama saintifiknya Ficus lyrata tergolong dalam famili Moraceae. Pokok Fiddle Fig juga dikenali sebagai Fiddle leaf Fig.
Daunnya agak lebar dan kelihatan seperti daun pokok ketapang. Pokok hiasan ini merupakan salah satu pokok hiasan sesuai ditanam sebagai tanaman landskap di luar rumah. Pokok Fiddle Fig boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian lima meter.
Bagi anda yang suka melihat pokok Fiddle Fig tumbuh merimbun, boleh cuba tip seperti yang dikongsikan oleh Syafiq Roslan ini. Menerusi perkongsian dilaman Facebook, lelaki ini menerangkan cara-cara supaya pokok Fiddle Fig yang ditanam menjadi rimbun dan cantik.
LANGKAH DEMI LANGKAH:
1. Potong bahagian batang yang paling atas.
2. Dari satu batang nanti ada yang bercabang hingga tiga dahan dan empat dahan yang baharu.
Ads
3. Paling penting ketika memotong dahan, pastikan potong di bahagian internode.
4. Hasil keratan batang yang telah dipotong itu bolehlah direndam terus dengan air untuk membiakkan lagi pokok hiasan ini.
5. Boleh juga dicucuk terus di atas tanah untuk membiakkan pokok hiasan ini.
Ads
Pokok hiasan ini juga sesuai tanam di dalam rumah kerana tidak memerlukan pencahayaan yang banyak. Sebenarnya pokok Fiddle Fig adalah spesies tanaman hutan yang paling mudah dipelihara dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rumit.
Tidak memerlukan banyak air, anda boleh menyiram pokok Fiddle Fig dua kali seminggu atau bila perlu sahaja.
Kangkung goreng belacan, siapa yang tidak menyukainya bukan? Selain enak dimakan, kangkung juga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Dalam 100 gm kangkung, terkandung protein, lemak, karbohidrat, dan serat. Kangkung juga mengandungi vitamin A 6,300 SI, vitamin B1 0.07 miligram (mg), dan vitamin C (32 mg).
Sebenarnya anda boleh sahaja menanam sendiri pokok kangkung. Tak susah pun nak tanam pokok kangkung selain tidak perlu kawasan tanah yang luas. Melalui perkongsian yang dipetik dari grup Berkebun Di Rumah dikongsikan tip untuk menanam kangkung di dalam baldi.
1. Sediakan tapis dan baldi yang sama saiz diameternya supaya tapis dapat ‘duduk elok’ di dalam baldi
2. Isikan air dalam baldi (biasanya untuk baldi 15 liter, isi air dalam 10 liter). Masukkan 50 ml baja A dan 50 ml baja B. (rujuk gambar)
3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras-paras tapis sahaja.
4. Tabur benih kangkung dalam tapis. Tidak perlu tanah sebab benih kangkung besar. Jika benih bayam, sawi dan kailan, boleh gunakan tuala kecil sebagai lapik dan tabur benih di atas tuala.
5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama tiga ke empat hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah diletakkan di kawasan yang ada cahaya matahari.
6. Selepas benih kangkung bercambah, sembur setiap seminggu dua kali atau sekali dengan bancuhan 5 ml Sri Anak untuk 1 liter air (rujuk gambar).
7. Selepas 25 hari sudah boleh dipetik dan dimasak.
Selain kangkung, sayur-sayuran lain yang boleh ditanam dengan menggunakan teknik ini ialah bayam, sawi dan ulam-ulaman seperti selom, kesum,pudina dan juga pegaga.
Dalam keadaan sekarang ini, lebih baik jika kita berjimat-cermat. Sayur-sayuran misalnya jika kita boleh tanam sendiri, lebih elok kita tanam sahaja. Secara tidak langsung kita dapat menjimatkan wang dapur. Selamat mencuba!
Mungkin ada segelintir di kalangan anda yang masih belum mengenali dengan lebih dekat jenama Emilyn Interior Design ini, tetapi tahukah anda jenama ini merupakan salah satu jenama pereka hiasan dalaman yang terbaik di Malaysia.
Sebagai jenama pereka hiasan dalaman, Emilyn Interior Design optimis menyediakan pelbagai servis kepada para pengguna seperti khidmat nasihat pakar hiasan dalaman, pembuatan dan pemasangan langsir serta kertas dinding.
Bukan itu sahaja, Emilyn Interior Design turut menyediakan perkhidmatan pembuatan kemasan fabrik sofa dengan pelbagai rekaan yang menarik dan cantik mengikut citarasa anda.
Apa yang menariknya lagi mengenai rangkaian produk dan perkhidmatan oleh Emilyn Interior Design ini, bagi mahu memberikan yang terbaik kepada para pengguna jenama ini telah menggunakan fabrik dari luar negara.
Jangan ada yang tidak tahu, Emilyn Interior Design ini bukan sekadar calang-calang menggunakan fabrik dari luar negara semata-mata, tetapi produk yang telah digunakan adalah buatan dari negara Eropah. Hebat bukan?
Oleh itu, rangkaian produk jenama Emilyn Interior Design ini sememangnya berkualiti dan bermutu tinggi. Jadi, sudah pasti anda sebagai pengguna jenama ini akan mendapatkan servis perkhidmatan yang terbaik dan dijamin berpuas hati.
Antara jenis fabrik yang tersedia di Emilyn Interior Design adalah Acacia, Estelle Prestige, Acacia Prestige, Prestigious Textiles, Jotex dan pelbagai lagi.
Selain itu, bagi hiasan kertas dinding pula, jenama ini sememang pakar dalam menghasilkan rekaan hiasan dalaman yang berkonsepkan gaya Eropah seperti Art Nouveu/Art Deco, Klasik, Moden dan Moden Kontemporari.
Untuk info lanjut mengenai Emilyn Interior Design, sila layari laman sesawang rasmi www.emilyn.com.my atau anda boleh sahaja ikuti di laman media sosial Instagram rasmi @emilynsdesign.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Garam epsom membantu menjadikan tanaman lebih subur. Selain digunakan untuk perawatan kecantikan, garam epsom juga mempunyai manfaat untuk aktiviti berkebun.
Magnesium yang terkandung dalam garam epsom membolehkan tumbuhan menyerap nutrien penting dengan lebih baik, seperti nitrogen dan fosforus. Selain itu, magnesium juga sangat membantu dalam keupayaan tumbuhan menghasilkan bunga dan buah.
Bagi anda yang rajin bercucuk tanam, garam epsom ini antara bahan yang wajib ada selain baja. Banyak masalah berkaitan dengan tanam-tanaman boleh di atasi dengan menggunakan garam epsom.
Melalui perkongsian Liyana Mohd Poad wanita ini memberikan tip kegunaan garam epsom (epsom salt) untuk kesuburan pokok dan cara-cara menggunakannya.
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel benih:
Cara penggunaan:
1 cawan garam epsom untuk 100 kaki persegi tanah atau campuran 1 hingga 2 sudu gaul dengan tanah semaian.
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk menyuburkan pokok, menambah garam epsom pada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
Cara penggunaan:
1 sudu untuk satu pokok. Tabur pada tanah di sekeliling pokok.
Kadang-kadang selepas mengalih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari pasu ke tanah, pokok akan layu (terkejut). Keadaan ini berlaku kerana akar pokok mungkin tercedera ketika proses pengalihan tersebut. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku boleh guna garam epsom.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di sekeliling pokok selepas proses mengalih pokok. Tutup semula dengan lapisan tanah.
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti apabila daun-daun mula menjadi kuning. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba taburkan garam di sekitar tanaman anda agar daun-daun tanaman menjadi sihat dan segar.
Cara penggunaan:
Tabur/siram lebih kurang 1 sudu besar garam epsom pada setiap pokok sebulan sekali. Amalan ini akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda. Hasilnya pokok-pokok tidak kiralah apa juga jenis pokok termasuklah pokok renek, bunga dan rumput akan hijau semula.
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Disiram dua minggu sekali
Mencegah daun daripada menjadi keriting (leaf curling) dengan garam epsom. Daun yang menjadi keriting disebabkan oleh kekurangan magnesium dalam tumbuh-tumbuhan. Tambah garam epsom di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Sebagai alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar garam epsom ke dalam satu gelen air dan siram terus pada daun.
Cara penggunaan:
2 sudu + 4 liter air Siram pada daun sebulan sekali
Garam Epsom juga berfungsi mengelakkan tumbuhan diserang siput, ulat bulu dan jentik-jentik. Perlu diingat bahawa garam epsom larut dengan mudah larut dalam air termasuk air hujan.
Cara penggunaan:
Tabur garam epsom di tempat yang bermasalah.
Tabur garam pada pokok buah-buahan, pokok kacang, sayuran, dan anggur. Garan epsom membantu meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan, membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis.
Cara penggunaan:
Kadar: 1 sudu + 4 liter air Siram 2 minggu sekali Tabur 1 sudu setiap pokok 1 bulan sekali
Menjadikan buah lebih manis.
Cara penggunaan:
2 sudu untuk setiap 4 liter air Siram setiap 2 minggu
Pokok cili perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi. Buah cili juga jadi lebih besar saiznya.
Cara penggunaan:
Taburkan 1 sudu garam epsom untuk setiap kaki persegi setiap dua minggu sekali.
Guna garam epsom agar pokok bunga ros lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat dan daun jadi lebih gelap warnanya. Pastikan garam epsom digunakan ketika diawal-awal penanaman, ketika nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...