
Cara mudah tanam daun selom, tak perlu pun modal besar. Daun selom bukan sahaja enak dijadikan ulam, malah turut dikenali sebagai rahsia awet muda. Rasanya yang segar dan beraroma menjadikannya antara pilihan popular untuk dimakan bersama sambal belacan atau dimasukkan dalam masakan berkuah.
Cara Mudah Tanam Daun Selom, Tak Perlu Pun Modal Besar
Selain sedap, daun selom juga kaya dengan pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan. Jika anda penggemar ulam ini, apa kata cuba tanam sendiri di rumah? Tidak perlu benih khas pun, cukup dengan menggunakan batang selom yang dibeli di pasar.
Cara menanamnya juga sangat mudah dan sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja, termasuk yang baru mula berjinak-jinak dalam dunia tanaman.
Berikut ialah panduan mudah tanam selom yang dikongsikan oleh Nur Aida Md Zainudin
LIMA Cara Mudah Tanam Pokok Selom Di Rumah
1.Potong batang selom mengikut ruasnya, kemudian rendam dalam air. Akar akan tumbuh dari bahagian ruas itu.

2. Dalam tempoh 5 hingga 7 hari, akar akan mula kelihatan (air rendaman perlu diganti setiap hari supaya tidak kotor).

3. Setelah akar tumbuh, tanam batang tersebut secara melintang ke dalam tanah.

4. Timbunkan tanah menutupi batang dan pastikan ia disiram dengan kerap supaya tanah sentiasa lembap.

5. Pokok selom ini cepat membesar dan tidak memerlukan penjagaan rumit. Dalam masa 2 hingga 3 minggu sahaja sudah boleh mula dituai.


Menanam selom bukan sahaja menjimatkan kos, malah memberi kepuasan tersendiri apabila dapat memetik sendiri ulam segar dari laman rumah. Jika dijaga dengan baik, tanaman ini boleh dituai berkali-kali dan menjadi stok ulam harian yang menyihatkan.
Sumber: Nur Aida Md Zainuddin
Baca artikel lain juga: Ramai Salah Tanam Kantan, Sebab Itu Pokok Tak Berbunga Langsung
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di




