Hias Rumah Selesa Dan Cantik Ala ‘American Country’. Dalam menghias kita perlu tahu. Terdapat dua gaya utama yang perlu anda faham.
1. Hiasan untuk pameran atau penuh protokol. Duduk pun tegak je tak boleh nak bermalas-malasan. 2. Gaya yang lebih santai dan casual. Ia tidak terlalu kejung dan kaku. Anda lebih rileks dan selesa.
Jadi antara yang popular selain daripada kedesaan Inggeris, adalah gaya peneroka Amerika. Kedesaan Amerika perabotnya lebih besar, berat dan agak’kasar’ rekaannya. Lebih mementingkan keselsaan daripada rekaan yang halus. Malah corak buna-bunga pun tak de. Mereka lebih senang memakai corak kekotak kasar dan tebal serta tahan lasak.
Sekarang ramai je yang suka ikut gaya kedesaan Amerika untuk cari kelainan dan tahan lasak . Nak pulak jika ada anak kecik.
Bagi ruang tamu, sofa selalunya tak de corak. Kakinya pun kaki kayu polos atau diukir kasar. Selalunya bahagian sandar dan tempat letak tangannya agak tebal. Apa yang bestnya tentang gaya ini, kalau rumah agak bersepah atau tidak berkemas (bukan kotor dengan sampah) masih kelihatan menarik dan cantik.
Ads
GAYA KONTEMPORARI DENGAN PADANAN PERMAIDANI KULIT LEMBU SEBAGAI TARIKAN RUANG.
Selalunya akan ada sebuah kerusi kayu untuk tuan rumah duduk. Di sesetengah rumah. mereka ada kerusi goyang untuk tuan rumah melepaskan lelah dan menghabiskan masa di kerusi itu. Lupakan sahaja gaya sedondon. Ini adalah kerana gaya kedesaan adalah suai padan apa je yang ada dan terampu mereka miliki. Cuma kita mungkin boleh padankan dari aspek warna asas mahu pun karakter perabot.
RINGKAS, PADANAN YANG BERBEZA KARAKTER TETAPI HASILNYA NAMPAK HARMONI DAN INDAH
Ads
Bagi ruang makan pula, kabinet pamer ala Inggeris masih diguna pakai. Cuma adakala pembuatannya agak kasar dan warnanya juga tidak semegah gaya Inggeris. Cat pudar atau warna kusam menjadi identiti. Paling tidak warna putih asli atau kayu oak atau birch. Rekaan kerusi makannya sangat istimewa. Rekaan bahagian sandar yang tinggi, tempat duduk lebar dan kaki kerusi yang sedikit terkangkang untuk memberi kestabilan. Ia agak berat dan saiznya juga besar.
REKAAN KERUSI MAKAN YANG CUKUP PADU DAN TEGUH. SAIZ LEBIH BESAR DAN SANDARNYA JUGA TINGGI
Manakala kebanyakan aksesori yang ada juga banyak daripada besi kasar dan ringkas. Cnadalier, lampu, tombol pintu, kaki lilin dan sebagainya. Ia tidak sehalus gaya Eropah namun masih mempunyai nilai estetika tersendiri.
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Jangan melihat sambil lalu sahaja pelan lantai anda. Lihat keluasan ruang utamanya dan lokasi jendela serta sliding door jika anda. Begitu juga dengan kamar beradu dan ruang dapur basah. Jangan sibuk dengan isu lipas dan cicak aja. Jelas, pelan lantai ini mempengaruhi saiz perabot yang akan anda pilih. Malah sesetengah kes ia juga mempengaruhi kuantiti perabot juga saiz perabot. Masalah berlaku jika kita terlalu mengikut pandangan orang lain, sedangkan kita sendiri perlu tahu ruang yang bakal kita hiasi.
Ringkas, padat dan praktikal….ruang tamu, kerjda dan santai…..
SOHO antara gaya hidup moden pilihan ramai kini….pilihan konsep moden atau urban dilihat paling praktikal
Ruang kecil boleh menempatkan perabot dwi fungsi dan perabot rekaan ringkas. Minimalism dirasakan sangat cantik untuk memberi keseimbangan.
Gaya moden yang menggunakan material seperti pvc bermutu dilihat praktikal. Mudah dibersihkan, polos dan selesa.
Apa yang paling sesuai untuk kita berdasarkan personaliti dan gaya hidup. Adakah anda perlukan 3 seater sofa, L shape, Scandinavian style atau klasik? Atau cukup sebuah yang lain hanya ottoman atau kiub seater? Di mana perlu anda meletakkan mesin baruh anda dan lain-lain kelengkapan dapur? Secara tidak langsung mempengaruhi bajet anda.
2. Kenal Pasti Jenis Bukaan – Ada Tingkap Atau Ada Sliding Door?
Benda ni nampak simple tetapi kita perlu fikir akan nilai privasi. Nak pulak jika blok anda saling mengadap dan bersebelahan pula dengan laluan LRT, MRT dan sebagainya. Jadi anda sudah boleh rancang kemasan lembut yang sesuai untuk kediaman anda. Bolehkah anda menggunakan black out? Secara tidak langsung anda sudah boleh usha railing langsir yang sesuai. Jika dan drill sendiri tak lah membazir duit jika anda tukar 3 , 4 kali jenis rekaan langsir. Perlukah anda menggandakan gril atau dawai halus untuk langkah keselamatan anak-anak dan kucing anda (risau jatuh dari balkoni).
Pintu gelangsar besar yang memberi bukaan luas namun awas, keselamatan si manja.
Contoh sistem pintu gelangsar yang menarik.
Ada juga pintu kondo menggunakan sistem pintu berpangsi.
3. Ruang Dapur Dan Ruang Utama Join Ke Tak?
Ada juga apartmen atau kondo yang dijual tanpa kabinet dapur tetapi jelas dari pelan lantainya kita berkongsi ruang dapur dengan ruang utama. Jadi anda sudah boleh rancang satu konsep menyeluruh antara ruang makan , ruang tamu dan dapur. Jadi tiga ruang ni nampaklah saling berkait. Jangan sampai jadi tiga benda asing dalam satu ruang. Dapur konsep lain, ruang makan konsep lain, ruang tamu lain. Itu dah macam rojak! Jadi apabila merancang , pastikan tiga ruang ini di bawah 1 konsep. Perlu juga kita fikirkan sempadan antara ruang ini dan ruang untuk penyediaan makanan, membasuh malah penstoran.
Gaya kondo moden kontemporari
Ilham loft yang lebih bersahaja dan nampak industrial
4. Mempunyai Koridor Panjang?
Ada apartmen yang tidak mempunyai koridor panjang. Ada juga yang mempunyai koridor untuk memisahkan ruang kamar dan ruang utama. Jangan dipersiakan ruang ini. Kita sibuk menggantung gambar dan segala bagai hiasan di ruang tamu sedangkan ruang inilah yang sesuai untuk anda jadikan mini galeri. Segala gambar dan sijil bolehlah diabadikan pada ruang ini. Jadi tidak perlu anda menebuk segala dinding yang ada untuk menggantung gambar. Paling penting, rancang gantungan gambar anda nampak cantik dan sedap larian mata memandang.
Lambakan produk di pasaran dengan pelbagai jenama ada kalanya membuatkan kita pening nak memilih yang mana satu. Ada dikhaskan untuk cuci lantai, cuci sinki dan pelbagai lagi. Sebenarnya tak perlu pun beli pelbagai jenama hanya guna sebiji lemon, mampu mencuci serba serbi pelbagai masalah di dapur. Jom semak!
Harumkan peti sejuk. Potong dua lemon, kikis kulitnya sedikit dan masukkan ke dalam peti sejuk.
Bersihkan Loyang . Gunakan lemon yang dipotong dua untuk menghilang bau dan kesan karat.
Bersihkan pisau dan spatula. Perkakas sebegini tidak sesuai kerap dicuci dengan sabun.
Hilangkan noda kunyit pada tangan. Perah lemon pada baking soda. Bila jadi doh, uli pada tangan anda sehingga kesan kuning kunyit itu hilang.
Lebihan lemon yang diperah, boleh dilumur pada papan pemotong bagi menghilangkan bau ikan atau daging.
Lantai anda berbau hanyir, perahkan lemon setelah anda mop seluruh lantai sebagai penyudah.
Cuci jendela. Perahkan lemon dan kemudian campurkan dengan baking soda. Tambahkan air secukupnya.
Bersihkan lantai terutama jika ada anak yang merangkak. Perahkan lemon, masukkan air dan cuka.
Kulit lemon boleh dimasukkan ke dalam uncang dan dimasukkan ke dalam kabinet sebagai penyegar udara.
Membersihkan kesan kopi pada cawan. Masukkan cuka dan air panas. Gosok dan dibilas dengan perahan lemon.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bila bercakap soal menghias kamar anak-anak, kita bagaikan rambang mata untuk menyediakan ruang terbaik untuk si kecil. Namun adakala dalam keadaan kelam kabut kita terlupa satu dua perkara yang dianggap remeh tetapi sangat penting. IMPIANA berkongsi tip yang mungkin boleh ditambah dalam skill anda menghias kamar anak anda. Persediaan yang rapi menjaminkan hasil yang bermutu dan amali.
1.Pastikan anda memilih perabot yang dijamin tahan dengan aktiviti anak-anak. Jangan hanya harganya yang begitu murah, anda mempertaruhkan keselamatan anak anda terutama bagi yang memilih katil bertingkat.
2. Pastikan struktur dan material yang dipilih cukup utuh terutama pada bahagian yang menyokong tilam.
3.Jangan lupa elemen bunyi yang menceriakan ruang kamar kanak-kanak. Gantungan kreatif yang berloceng misalnya mampu menghiburkan anak-anak . Malah juga merangsang deria si manja agar lebih peka. Anda sendiri boleh menyediakan gantungan kreatif ini. Jangan lupa selak ruangan DIY.
4.Elemen kraf perlbagai warna dan melukis sememangnya cukup bagus untuk perkembangan kreativiti kanak-kanak. Gantungkan ia di sekitar dinding kamar dengan kreatif dan tampil riang. Paling tidak anak-anak akan menghargai seni yang dilakukan sendiri.
5. Kabinet tertutup perlu dikurangkan bagi mengalakkan kemalangan jari tersepit atau pun terluka. Ia juga boleh dijadikan tempat persembunyian si manja dan sememangnya sangat biasa.
6.Mahukan lampu hiasan? Cukup dengan lampu dinding yang kini didatangkan dengan pelbagai rekaan menarik. Elakkan memilih lampu lantai atau meja bagi ruang kanak-kanak kerana ia agak bahaya dan mengganggu pergerakan kanak-kanak.
7.Elakkan membeli perabot yang berbucu tajam. Sebaliknya carilah perabot yang mempunyai bucu separuh bulat dan cuba ke kedai perabot khusus untuk perabot kanak-kanak.
8. Pilihlah fabrik organik . Fabrik yang tidak panas dan mudah dicuci serta selesa. Fabrik kapas merupakan pilihan terbaik dengan pelbagai kualiti yang ada.
9. Kepada anda yang menetap di tengah bandar, tidak salah menyediakan penyegar udara bagi memberi udara yang berkualiti di sekitar kamar untuk keselesaan si manja.
10. Pastikan juga suiz lampu semua di tutup dan di bawah pengawasan penjaga mereka. Ini penting bagi mengelakkan kemalangan domestik.
11.Terdapat lampu dinding untuk kamar kanak-kanak yang tidak terlalu terang dan sesuai untuk mata.
12.Jika membina kabinet bina dalam untuk penstoran barang-barang si manja, seeloknya pilihlah kabinet terbuka. Terutama untuk menyimpan permainan bagi merangsang si manja bermain dengan permainannya dan mudah pula di simpan balik. Ia nampak ringkas tetapi dengan cara ini kita mampu merangsang rasa girang dan mendisiplinkan mereka dengan berkesan.
13. Kini warna klise seperti biru dan merah jambu dilihat sudah ketinggalan zaman. Pilihlah tema warna neutral sama ada warm neutral seperti warna-warna perang kayu atau cool neutral seperti warna kelabu kebiruan air batu. Kemusian serikan ruang dengan warna ketiga dari kemasan lembut anda.
14.Jika memilih permaidani, pilihlah permaidani bulu pendek yang boleh dibersihkan dengan mudah 3 kali seminggu.
15.Siling yang ringkas dan mudah pula dibersihkan. Jika memilih tema klasik, elakkan membeli jenis siling plaster yang berkeluk-keluk dan menyusahkan anda untuk membersihnya.
16.Pastikan anda menggunakan jenis cat yang mesra kanak-kanak. Kini di pasaran terdapat jenis cat yang mudah dibersihkan dan anti bakteria. Jadi selain kertas dinding, anda boleh kembali memilih cat bagi perancangan jangka masa jauh.
17.Pastikan anda menggunakan kemasan lantai yang tidak sejuk seperti jubin dan marmar. Sebaliknya lantai kayu atau vinyl lebih selesa malah menarik bagi sebuah kamar kanak-kanak
18.Elakkan binatang peliharaan memasuki kamar anak anda. Pastikan juga lantai dan peralatan lain, dibersihkan sekerap mungkin dengan pembasmi kuman. Ini bagi mengelakkan alahan, jangkitan dan lain-lain masalah kesihatan berlaku. Awas, segala kelengkapan dan bahan kimia ini, perlulah anda simpan di tempat yang sewajarnya dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
19. Elakkan membeli perabot bayi berusia di bawah 5 tahun. Jika anda mempunyai bajet kecil. Terus cari perabot yang mampu menampung anak anda sehingga ke peringkat sekolah rendah. Anda hanya perlu menukar tilamnya setiap lima tahun. Jika merancang mempunyai zuriat lagi, beli sahaja katil dua atau tiga tingkat.
20.Jika kamar andanya tidak seluas mana, rancang penstoran maksimum untuk si manja. Dalam hidupnya, mereka akan menempuh pelbagai fasa dan setiap fasa memerlukan kelengkapan yang berbeza. Jadi pastikan anda tidak menyimpan baju-baju lama yang tidak boleh dipakai lagi. Ibu bapa adakala sayang untuk membuang atau memberikan pakaian kepada yang memerlukan. Jangan sempitkan ruang dengan benda yang tidak digunakan lagi.
21. Jangan lupa menggunakan penyendal pintu bagi mengelakkan kemalangan domestik. Apatah lagi jika kediaman anda di kondominium tinggi yang selalunya angin bertiup agak kencang pada satu-satu masa. Kealpaan kita boleh membuat anak –anak terhantuk pada pintu atau tersepit. Jangan bimbang kini di pasaran terdapat pelbagai penyendal pintu menarik bagi selaraskan dengan tata hias kediaman anda.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!