Saat tengah seterika baju, tiba-tiba terbakar. Mesti anda gelabahkan. Bukan sekadar pening memikirkan baju yang dah berlubang, kesan yang melekat pada seterika pun boleh jadi hangus dan menjejaskan pakaian lain.
Kesan hitam pada tapak seterika disebabkan oleh fabrik yang terbakar memang sudah menjadi kebiasaan. Disebabkan oleh lapisan hitam ini juga ia berpotensi meninggalkan kesan pada pakaian lain. Ada juga akan mengakibatkan pemanasan tidak sekata pada tapak seterika.
Langkah mudah adalah beli sahaja seterika baru. EH! nanti dulu. Kotoran je, bukan tak boleh dibersihkan. Seterika masih elok dan boleh digunakan. Terdapat pelbagai cara untuk mencuci atau menanggalkan kesan terbakar pada tapak seterika. Namun kali ini, Impiana nak tunjuk cara paling mudah dan murah iaitu hanya dengan menggunakan garam.
Bahan-bahan:
Ads
3 sudu Garam (tak halus dan tak kasar)
2 keping surat khabar
Cara-cara:
Ads
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya
Ads
2. Panaskan seterika pada suhu yang paling panas
3. Gosok seterika pada garam berulang kali sehingga semua kesan hangus tertanggal dan permukaan seterika berkilat
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Selalu kan kita mengalami situasi di mana tahi cicak yang bersepah kerap berada di tepi pintu atau tingkap? Stress sebab kerja mencuci nya tak pernah putus. Silap-silap, dah sental pun masih ada kesan yang menyemak kan mata. Tapi wanita ini kongsi pengalaman dan petua yang beliau amalkan untuk mudah cuci tahi cicak yang melekat-lekat di tingkap. Jom kita tiru cara Muna Binti Mohammad bagaimana dirinya mengatasi masalah ini.
Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?
Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.
Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.
Bahan-bahan:
1/3 cuka makan
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
Cara-cara:
Campurkan semua bahan dan spray atas tahi cicak yang melekat pada tingkap. Kalau ada bahagian lain seperti lantai atau penjuru rumah, ramuan ini turut berkesan untuk membersihkan 100% sisa cicak. Mujarab juga jika spray di kawasan yang banyak semut suka melata.
Tak sangka pula sabun, kasut dan beberapa item lain ada ‘expired date‘. Tapi ini bukan lah bermaksud lepas baca artikel ini, anda kena buang kesemuanya. Tengok juga kondisi barang berkenaan, kalau masih elok, kenapa perlu membazir.
1. Air freshener
Sebelum anda membeli atau menyembur air freshener rumah periksa tarikh tamat tempoh pada penyegar udara anda dulu, sebahagian besar hanya mempunyai jangka hayat dua tahun.
2. Sabun pencuci pinggan
Yang ni perlu anda ambil perhatian, sabun pencuci pinggan anda hanya mampu bertahan selama 1 tahun sahaja.Jadi jangan ingat time sale tu boleh beli banyak-banyak buat stock setahun ye.
3. Pemadam api
Agensi Perlindungan Kebakaran Kebangsaan mencadangkan agar semua alat pemadam diuji dan / atau diganti setiap 5 hingga 12 tahun (bergantung kepada jenis alat pemadam) bagi memastikan ia beroperasi dengan betul dalam keadaan kecemasan.
4. Peluntur pakaian
Bahan pencuci pakaian yang belum dibuka mempunyai tempoh baik diguna sebelum satu tahun. Selepas anda membukanya, anda perlu menggunakannya dalam tempoh enam bulan.
5. Bantal
Ini yang paling jarang orang tahu. Bantal harus diganti sekurang-kurangnya sekali setahun. jadi kalau ada bantal-bantal anda dah mula nampak lakaran peta dunia, itu dah kira wajib ditukar. Ini kerana bantal yang lebih dari setahun di khuatiri dah jadi habitat bakteria. Tetapi jika rasa bantal anda masih berkeadaan baik, gunakannya sehingga 3 tahun.
6. Sabun
Sabun buku sekarang ini dah semakin jarang orang pakai. Tapi ia sebenarnya mempunyai jangka hayat sehingga tiga tahun. walaupun sesetengah jenama hanya bertahan untuk 18 bulan.
7. Botol gel mandian
Kebiasaannya ramai lebih gemar beli isian semula gel mandian. Bukan tak bagus, tapi ia sebagai salah satu langkah kitar semula juga tu. Tapi jangan lah guna botol gel mandian tu sampai dah hilang warnanya. Sebenarnya, botol gel mandian seelok-eloknya digunakan 3 kali sahaja.
8. Kasut
Kepada mereka yang mempunyai koleksi kasut yang menimbun jangan ingat kasut-kasut anda yang baru di pakai 1 ke 2 kali masih sesuai di pakai selepas setahun walaupun disimpan rapi ye. Kalau nak tahu, sebenarnya kasut mempunyai jangka hayat kira-kira 12 bulan. Ini disebabkan selepas 12 bulan, bakteria mula membiak pada kasut anda.
9. Bra
Buat wanita , ini penting! Awasi bra anda dan periksa sekiranya dawai pada bra sudah mulai keluar, gantikan ia dengan bra yang baru. Purata jangka hayat bra hanya bertahan selama 9 bulan sahaja.
10. Selipar
Tak sangka selipar juga mempunyai jangka hayat. Selipar yang sering kita gunakan sebenarnya mempunyai jangka hayat selama 6 bulan sahaja.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Meja kopi merupakan salah satu komponen yang wajib ada di ruang tamu seiring tren gaya hidup sekarang. Jangan biarkan meja kopi anda hilang fungsi dan tarikannya. Jika meja mulai terlihat membosankan, sudah tiba masanya anda memberikan sentuhan baru pada penampilannya dengan menggunakan dekorasi yang sederhana macam profesional.
Untuk set up meja kopi, anda tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak. Cukup sekadar ikut beberapa langkah ini.
Sebelum menghias meja dengan beraneka ragam hiasan, lebih baik anda menentukan terlebih dahulu apa tema warna yang akan anda gunakan. Apakah anda ingin menggunakan tema monokrom atau menggunakan aneka warna. Pilih warna yang serasi dengan mood anda.
Agar lebih menarik, susun beberapa botol minuman yang memiliki reka bentuk unik di meja dengan gelas-gelas kecil untuk pelengkapnya. Pilih rekaan gelas dan botol yang unik. Walaupun mini bar, anda tidak perlu menyimpan minuman berakohol. Anda boleh menghidang minuman seperti sirup dengan aneka rasa hingga softdrink. Jika anda merupakan pecinta kopi, pilih beberapa jenis kopi.
Alas meja bukan hanya digunakan untuk melindungi meja, malah motif yang ada pada alas meja boleh mempercantik meja anda. Dengan tambahan gelas-gelas kecil sebagai pelengkap, meja anda pasti akan terlihat semakin menarik. Gunakan alas meja yang sesuai dengan gaya yang anda dan mampu menjadikan ruangan anda semakin berkarakter.
Adakah hobi anda membaca buku atau mengumpul koleksi buku? Manfaatkan koleksi anda untuk hiasan dekorasi meja. Bila meja anda terbuat dari kaca, susun beberapa buku di bahagian bawah, susun buku di sisi meja, dengan sekejap penampilan meja boleh menjadi lebih berbeza.
Bila di rumah, tanaman memiliki peranan yang penting sebagai penghidup suasana, meja untuk mengopi pagi juga sama. Anda boleh menggabungkan peranan tanaman dan meja ini. Gunakan tanaman kecil contohnya seperti kaktus dengan karaktor yang indah di meja.
Meskipun kecil, tanaman kaktus mampu memberikan kesan segar dan minimalis di meja. Selain kaktus, anda boleh menghias dengan bunga segar di meja. Jadi, tidak susah kan untuk menghias meja kopi?
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!