
Hidangan sup tulang ini sudah pastinya menjadi kegemaran ramai. Bila dah masak sedap makan, perkara paling stress adalah bila nak cuci pinggan mangkuk yang melekat dengan lemak yang tebal.
Kebiasaanya, perkara kritikal yang akan dihadapi setelah menjamu selera sup tulang adalah untuk mencuci pinggan mangkuk digunakan. Kebiasaanya, pinggan mangkuk yang digunakan tidak akan dicampur dengan yang lain kerana khuatir lemak-lemak tebal yang tersisa melekat atau berjangkit pada yang lain. Lemak tu, kalau sabun berkali-kali pun tetap tak akan bersih. Nak cucian berkesan, kena lah pakai air panas. Betul tak?
Sebenarnya, ada sabun yang boleh menanggalkan semua jenis minyak dan kotoran degil yang melekat tak kira lah pada pinggan mangkuk, malah periuk belanga dan lantai yang berbau hanyir. Sabun cucian tu memang tak ada jual di pasaran. Anda perlu hasilkannya dengan menggunakan 3 bahan dari dapur.
Bahan-bahan:
4 cawan baking soda
1 cawan garam
2 cawan air perahan limau
Cara-cara:
1. Campurkan semua bahan dan kacau sehingga rata
2. Sediakan air di dalam besen kecil dan masukkan sesudu pati sabun tadi
3. Larutkan sabun dan masukkan pinggan. Cuci dan bilas seperti biasa
Baca: Tip Bagaimana Nak Pastikan Rumah Sentiasa Kemas Dan Bersih Walaupun Ada Anak Kecil
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
5 Perkara Ini Punca Ruang Tamu Tidak Selesa

Apabila memasuki ruang tamu yang direka dengan penuh ketelitian, mudah saja untuk tetamu merasakan aura kesempurnaan yang tersemadi dalam ruang berkenaan. Saiz dan rekabentuk sofa yang menarik dan selesa, pencahayaan yang mendamaikan serta keempukan kusyen membuatkan ruang tamu sebagai tempat yang ideal untuk beristirehat sambil melakukan aktiviti harian dengan aman. Ibarat sebuah poster filem yang diterjemah dengan baik, ruang tamu yang dihias cantik sekali gus akan menjadi daya menarik utama buat sesebuah kediaman. Tetamu secara spontan akan membayangkan ruang-ruang lain yang mungkin sama menarik dan mewah.
Setiap perincian yang diberi perhatian akan mendatangkan hasil sempurna tetapi ini merupakan cabaran yang kadangkala sukar untuk dizahirkan. Pereka dalaman atau tuan rumah perlu berhati-hati memilih dan menyuai padan perabot di ruang tamu. Begitu juga dengan warna cat dinding serta aksesori pelengkap yang diletakkan perlu lah seiring dengan konsep dan gaya ruang. Ingat, setiap butir perincian akan mempengaruhi rupa keseluruhan ruang tamu anda.
Bagi mendapatkan ruang tamu impian anda mungkin tidak semudah yang disangkakan, jadi IMPIANA telah mengumpulkan beberapa kesilapan major yang patut anda elak agar anda dapat menikmati ruang baru tanpa sebarang cela.
Kesilapan #1 : Memilih Sofa Yang Salah
Semua orang setuju, sebuah ruang tamu yang sempurna bemula dari pemilihan sofa yang tepat. Ramai pemilik yang tdak mahu menggantikan sofa apabila mengubahsuai kediaman. Alasan mereka, sofa masih nampak elok ataupun sofa tersebut masih baru lagi dibeli. Apa yang mereka tidak tahu ialah, dengan mengekalkan sofa lama itu, mereka tidak akan dapat ruang tamu yang mereka inginkan. Jadi, bertolak ansur lah dan fikir sedalam-dalamnya sebelum membeli sofa untuk diletakkan di ruang tamu anda.
Selain itu, keselesaan sofa juga merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Saiz, ketinggi dan material sofa perlulah seiring dan besepadanan dengan ruang yang ada. Jangan tergesa-gesa membeli sof atanpa mempertimbangkan faktor-faktor penting tersebut. Bagi mengelakkan memilih sofa yang salah, beli sesuatu yang simple dan mudah. Jauhi sofa dengan detailing yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.
Kesilapan #2 : Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil
Menurut pakar, salah satu kesalahan biasa yang paling tidak patut dilakukan adalah membeli permaidani atau karpet dengan saiz yang salah. Perkara yang nampak remeh dan amat mudah dielak tetapi masih ramai lagi yang seperti tidak hirau jika ruang tamu mereka dihiasi dengan karpet lebih kecil daripada sepatutnya. Pastikan saiz ruang tamu dan tolong jauhi karpet kecil yang langsung tidak sesuai untuk ruang tamu anda.
Kesilapan #3 : Susun Atur Yang Tidak Sesuai
Walaupun anda rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding mengadap TV akan nampak menarik, tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Anda perlu letakkan lebih effort dan pemerhatian untuk mendapatkan ruang tamu idaman. Adalah penting untuk mempertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang yang ada terhad dan sempit.
Kesilapan #4 : Mewajibkan TV Pada Ruang Tamu
Kebanyakan kediaman sekarang mesti dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah TV. Dan tempat yan gpaling senang untuk diletakkan ialah di ruang tamu. Tetapi hal ini tidak seharusnya terjadi kerana anda tidak semestinya WAJIB meletakkan TV jika tiada keperluan. Dengan ini, anda boleh meletakkan perabot yang lebih bermakna seperti rak buku atau meja konsol pada ruang yang kosong tersebut.
Kesilapan #5 : Kesilapan Ketika Menggantung Lukisan Dinding
Lukisan yang digantung pada dinding menggambarkan kesungguhan anda dalam menghias ruang tamu. Jika ia diletakkan pada pada ketinggian yang tidak sesuai, selain menyakitkan mata, ia juga membuat tetamu fikir yang anda tidak kisah tentang penampilan ruang. Kerana perbuatan tersebut nampak seperti tidak ikhlas dan sambil lewa. Ruang juga akan kelihatan pelik dan tidak menyakinkan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Bahan Mudah Untuk Bersihkan Kotoran Minyak dan Daki Pada Dinding

Kotoran yang paling mudah untuk dilihat adalah kotoran pada dinding. Jika anda malas untuk membersihkannya maka kotoran itu mungkin akan kekal dan sukar untuk ditanggalkan kelak. Antara kotoran yang sering terdapat pada dinding seperti dakwat pen, sisa makanan, debu hama dan lain-lain. Walaupun produk cat kini mempunyai kelebihan untuk bersihkan kotoran hanya menggunakan air sahaja namun prosesnya memerlukan waktu yang cukup lama. Untuk lebih efektif, Kenapa tidak anda menggunakan bahan-bahan yang sedia ada dirumah berikut untuk membersihkan kotoran dinding anda?
1. Lemon
Buah lemon sering digunakan sebagai bahan pembersih utama dalam apa jua produk. Ini kerana asid yang terkandung dalam lemon sangat kuat tindak balasnya. Oleh itu, salah satu manfaat buah ini adalah mampu menghapuskan kotoran pada dinding. Anda hanya perlu potong buah lemon kemudian gosokkan buah lemon itu pada permukaan dinding yang kotor sehingga bersih. Tidak perlu dibilas dengan air, anda hanya perlu mengelap ia menggunakan kain bersih supaya bau lemon itu kekal mengharumkan segenap ruang.
2. Ubat Gigi
Selain mampu membersih serta memutihkan gigi anda, ubat gigi juga boleh digunakan sebagai bahan untuk menaggalkan kotoran pada dinding. Ubat gigi mampu menanggalkan kotoran jenis crayon serta dakwat pen pada dinding. Calitkan sedikit ubat gigi pada kain kemudian gosokkan pada kotoran permukaan dinding. Kemudian anda perlu membilas kotoran itu dengan kain basah.
3. Bedak
Bedak juga mempunyai kandungan bahan kimia yang boleh digunakan untuk menanggalkan kesan kotoran pada dinding. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu mengusap bedak pada permukaan dinding menggunakan tangan kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih.
4. Baking Powder
Bersihkan kotoran pada permukaan dinding menggunakan baking powder. Campur sedikit baking powder dengan air kemudian sapukan pada kotoran permukaan dinding.
5. Cuka
Kegunaan cuka sebenarnya amat banyak selain dijadikan sebagai bahan masakan. Untuk membersihkan kotoran dinding menggunakan cuka, anda perlu menuang cuka pada kapas bersih kemudian sapukan pada kotoran.
6. Losyen Kulit
Sangat mudah untuk tanggalkan kotoran pada dinding, calitkan sahaja losyen kulit pada dinding kemudian lapkan ia menggunakan kain bersih.
7. Alkohol
Alkohol bukan sahaja terkandung dalam minuman, malah terdapat juga dalam minyak wangi. Jadi anda semburkan sahaja minyak wangi anda pada kotoran dinding kemudian sapukan menggunakan kertas tisu.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
(PART 2) 20 Trik Ubat Gigi Rugi Kalau Tak Cuba

Selain untuk tujuan membersihkan gigi anda, ubat gigi juga mempunyai kegunaan lain yang jarang dipraktikkan. Berikut, 20 penyelesaian mudah dan cepat hanya dengan menggunakan ubat gigi:
11. Atasi jerawat
Ramai telah membuktikan bahawa dengan menggunakan ubat gigi yang dibiarkan semalaman mampu menghilangkan masalah jerawat. Letakkan ubat gigi pada tempat-tempat jerawat sahaja tau..
12. Bersihkan seterika
Seterika yang dah lama tu mesti tapaknya meninggalkan pelbagai kesan kotoran. Paling tidak, kekuningan kan? Dengan menggunakan ubat gigi seperti yang dilakukan pada barang perak, seterika anda kelihatan seakan baru.
13. Bersihkan skrin telefon
Untuk mendapatkan paparan lebih jelas seperti baru di beli, gosok ubat gigi pada skrin telefon anda dan cuci dengan kain bersih yang telah dibasahkan sedikit
14. Hilangkan bau busuk pada kasut
Kasut dah lama dan kerap dipakai mesti tak lari dari bau yang kurang menyenangkan. Ramai mengambil langkah untuk melakukan cucian. Cucian dengan menggunakan ubat gigi lebih berkesan untuk menyingkirkan bau kasut berbanding sabun.
15. Calar pada kereta
Untuk menghilangkan kesan calar pada kereta, lakukan kaedah yang sama seperti menghilangkan calar pada CD.
16. Mencuci tangan
Ubat gigi bukan sekadar boleh membersihkan gigi anda. Bagi mereka yang kerap melakukan aktiviti lasak seperti berkebun, penggunaan ubat gigi untuk tujuan membersihkan tangan usai berkebun lebih berkesan berbanding menggunakan sabun.
17. Hilangkan kotoran dan bau thermos
Bekas thermos yang kerap di gunakan lama-kelamaan akan meninggalkan kesan kekuningan pada permukaan dalam di samping bau yang kurang enak. Gunakan ubat gigi sebagai gantian kepada sabun untuk mencuci thermos. Bukan sekadar bersih, thermos akan berbau segar.
18. CD dan DVD calar
Kesan calar halus pada CD atau DVD anda mesti mengganggu ketika ia dimainkan. Untuk hilangkan kesan calar tersebut, gosok sedikit ubat gigi dengan menggunakan napkin secara perlahan-lahan dan dan lap dengan kain bersih.
19. Hilangkan kesan kotoran pada karpet
Tidak perlu cemas jika ada air kopi atau kuah berminyak tumpah pada karpet anda. hanya perlu ambil sedikit ubat gigi dan sapukan pada permukaan karpet yang terkena tumpahan. Biarkan ia mengering semalaman dan cuci dengan air bersih.
20. Tampal poster
Ya betul, anda boleh gunakan ubat gigi untuk menampal poster pada dinding. Letakkan sedikit ubat gigi pada penjuru poster dan lekatkan terus pada dinding. Dengan kaedah ini, ia mempu mengatasi korosakkan pada dinding anda jika menggunakan pelekat lain.
Untuk trik 1 hingga 10 sila klik sini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI