
Sangat Kemas, Bersih & Teliti, Ramai Terinspirasi Lihat Cara DINI SCHATZMANN Mengemas Rumah. Ramai yang mengetahui pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann telah menetap sementara di luar negara iaitu di London, United Kingdom pada September 2025 yang lepas.
Ia berikutan Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,30 memilih untuk mengejar impian dan cita-citanya untuk menyambung pelajaran di sana. Di samping itu, keputusan ini juga selari dengan fokus mereka yang kini lebih mengutamakan usaha mendapatkan zuriat selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan suami isteri ini memilih rumah apartmen bersaiz sederhana yang cukup cantik selesa didiami dan disewa lengkap dengan perabot pada kadar sewa RM22,690 sebulan.

Dini Rajin & Teliti Kemas Rumah
Ramai yang terinspirasi dengan beberapa perkongsian video ASMR mengemas rumah oleh pelakon dan model iklan, Dini Schatzmann yang juga suami kepada Jannah Nick ini.
Menjadi ‘househusband’ di kota London ketika isteri sambung belajar membuatkan Dini mempunyai banyak masa terluang untuk melakukan kerja-kerja rumah. Beberapa ruang dibersihkan seperti mengemas bilik, membersihkan ruang tamu,kemas dapur dan sebagainya.
Apa yang menariknya Dini cukup rajin dan teliti dalam mengemas dan membersihkan rumah, malah tidak kekok langsung melakukan kerja-kerja rumah tersebut. Setiap bahagian rumah mahupun perabot dilap bersih, divakuum, dicuci, diberus dan sebagainya dengan teliti tanpa meninggalkan sebarang habuk dan kotoran. Memang puas hati melihat cara Dini mengemas rumah.


Kemas Rumah Terapi Ketenangan Diri
Malah jelas Dini, mengemas rumah bagaikan satu terapi terbaik dan memberi ketenangan buat dirinya. Memang bertuah Jannah Nick dapat suami yang tahu buat kerja rumah dan tak berkira dalam melakukan kerja rumah sebegini.
“House chores is a never ending job,”
“Kemas Rumah macam therapy untuk saya, so saya masuk in the zone, rasa chill and buat laju,” jelas Dini.

Untuk rekod, pasangan selebriti ini disatukan pada 10 Jun 2023 dalam sebuah majlis tertutup penuh indah di Langkawi.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di

