Tilam merupakan antara item yang paling kerap kita gunakan setiap hari. Tetapi tilam juga lah yang paling jarang kita nak cuci. Tidak cukup dengan hanya tepuk-tepuk atau menyembur pewangi antiseptik, tilam perlu juga diberi perhatian yang lebih kerana khawatir menjadi tempat kuman atau pepijat membiak.
Walau bagaimana pun, IMPIANA telah jumpa penyelesaian masalah tersebut. Cara lebih efektif, menyeluruh dan mendalam ini telah dikongsi oleh saudari Syuhaidah Asmaa Khalid di laman Facebooknya.
Mari ikuti langkah mudah ini:
Step by step on how to deep clean your mattress..
Tilam ni tempat biak byk kuman2 kan mcm kita tgk iklan febreez tu..kita habiskan masa secara puratanya 5-8 jam sehari atas tilam, so deep clean sgt perlu ok..
nak angkat tilam jemur mmg xlarat la kan nak2 klu tilam 12 inch tu..so blh guna cara ni tuk buat deep clean mattress..blh try buat dlm 4 bln sekali or time ade family members yg demam ke sakit..
Ads
Cara : 1) vacuum tilam guna kepala vakum yg kecik muncung tirus tu( xguna tuk vacum lantai)
2) hilangkan stain kt tilam : terpulang la pakai cara ape pun..for me lebih suka letak baking soda, sembur ngan cuka biarkan seketika, gosok dgn kain ( blh skip step ni klu tilam x kotor)
Ads
3) tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam..utk serap moisture n odour
4) vacum lebihan soda bikarbonat tu
5) spray dettol + air
Ads
6) anginkan tilam dgn bukak tingkap semua
Da siap..senang kan..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Kita semua sedar tentang pandemik COVID-19 yang berlaku seluruh dunia, dan Malaysia antara negara yang paling terkesan. Sebagai langkah pencegahan, kerajaan kita sudah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) – bermakna mereka yang tidak terbabit dalam pekerjaan yang menawarkan perkhidmatan penting, diarahkan untuk berada di rumah dan bekerja dari rumah selama beberapa minggu.
Bagi kebanyakan orang, ini adalah peluang baik untuk mengukuhkan hubungan dengan keluarga dan dalam semangat kekeluargaan ini, ada banyak aktiviti yang boleh kita lakukan. Inilah masanya di mana anda akan duduk bersama di sofa, menonton rancangan kegemaran anda terus menerus, atau menghidupkan malam dengan membuka mainan berpapan yang sudah berhabuk. Dulux, jenama peneraju cat dekoratif dari AkzoNobel, mencadangkan sedikit kelainan – projek seni dekorasi untuk bilik anak anda.
2. Warna Blok Ceria! Blok warna adalah trend rekaan yang menggandingkan blok warna terang dan padu untuk mencipta ruang yang mengujakan dan penuh tenaga. Ini adalah cara yang mudah dan menyeronokkan untuk memulakan projek mengecat DIY dengan anak-anak anda. Pakar Warna Dulux berkongsi beberapa panduan dan menyarankan cara mudah iaitu dengan mengosongkan sebahagian dinding untuk ini. Contohnya, bahagikan bilik yang dikongsi oleh anak-anak kepada dua dan cat dinding setiap bahagian dengan warna berbeza. Gandingan warna yang cerah dan berlawanan seperti gandingan kuning dan merah jambu (seperti pembahagian di sebelah), akan menghasilkan persekitaran yang ceria dan penuh semangat untuk kanak-kanak.
3. EasyClean Kalis Contengan! Conteng di dinding memang mengimbau banyak kenangan! Sesetengah daripada kita mungkin masih ingat dimarahi ibu dan ayah kerana menconteng dinding dan akhirnya diketuk jari dengan pembaris. Kali ini, kami sarankan anda menggalakkan anak menconteng, tetapi hanya selepas dinding dicat dengan Dulux EasyClean. Dulux EasyClean adalah cat emulsi boleh cuci berkualiti tinggi (premium). Ia menyediakan lapisan pelindung unik yang kalis tompok degil, jadi ia boleh dilap dengan mudah. Dinding yang dilindungi ini akan membolehkan anak-anak meluahkan kreativiti masing-masing dan anda juga boleh ‘tumpang sekaki’ berkongsi keseronokan sambil menunjukkan bakat Rembrandt anda. (Menentang & menangkis hampir semua kesan cecair cth air, minuman ringan, jus buah, kicap, sos tomato, sos cili, yogurt, ais krim dan kesan kotor kapur, habuk dan lumpur.)
4. Bermain dengan Bentuk! Penggunaan bentuk bulat dalam warna ceria menambah elemen seronok pada bilik kanak-kanak. Ini boleh dilengkapkan dengan penggunaan palet warna lembut sebagai tirai latar neutral, yang menghidupkan bilik namun kekal menyejukkan mata. Untuk mencari padanan warna sesuai, anda boleh menggunakan aplikasi Dulux Visualizer, yang boleh membantu anda dengan pelbagai cadangan. Anda boleh mencipta pelbagai jenis suasana, daripada suasana menenangkan dengan bulatan warna neutral hingga ke suasana ceria yang dimeriahkan bulatan beraneka warna.
5. Inspirasi Jalur Menurut Pakar Warna Dulux, melukiskan garisan melintang akan membuatkan bilik tampak lebih besar, contohnya set bilik di sebelah sebagai contoh terbaik dan senang dihasilkan. Dinding bilik ini dicat dengan kombinasi Dulux Bold Damson / 48RR 08/146 dan Kenneth Square 90YR 55/051. Warnanya cukup sepadan antara satu sama lain, dengan satu memberikan kesan hangat dan menenangkan manakala gandingan ton satu lagi memaparkan warna yang menyejukkan. Sebagai alternatif, jika anda mahu meneroka lebih banyak mengenai cara menghasilkan garisan melintang ini, anda boleh merujuk ke video YouTube yang kami sediakan.
Dengan semua saranan yang diberikan, kami galakkan anda untuk memulakan langkah dan jadikan jangka masa Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ini waktu yang tidak akan dilupakan. Masa berkualiti dengan ibu bapa adalah antara perkara yang amat dihargai oleh seorang anak dan akan diingat sampai bila-bila. Oleh kerana hari raya juga akan menjelang tidak lama lagi, inilah peluang terbaik untuk menghangatkan warna dalam bilik anak anda. Jika mahu meneroka lebih banyak mengenai warna yang dibawakan oleh Dulux, apa yang anda perlu lakukan hanyalah menghalakan browser anda ke www.dulux.com.my.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Bukan mudah nak menurunkan berat badan selepas bersalin. Kalau berjaya sekalipun, perut dah tak sama macam masih anak dara dulu. Ada sahaja yang menggeleber dan buncit! Keadaan ini pastinya membuatkan suami sedikit sebanyak akan complaint. Betul tak? Untuk mengatasi masalah perut buncit lepas bersalin ini kaedah rawatannya mengikut bahan-bahan alami;
1. Gunakan Limau nipis
Cara penyediaan: Perah sebiji limau atau lebih ke dalam gelas. Tambah air dan kacau sehingga sebati. Jika perlu, boleh juga campur dengan air teh sebagai penyedap rasa.
Cara pengamalan: Amalkan minum pada waktu pagi dan malam. Sebaiknya minum sementara air masih suam
2. Daun Salam
Cara penyediaan: Tahu tumbuhan bernama Syzygium Polyanthum? Itu nama saintifiknya. Nama yang lebih dikenali adalah daun salam. Rebus sekurang-kurangnya 10 helai daun ini ke dalam air sehingga mendidih. Tunggu sehingga sejuk
Cara pengamalan: Minum dua kali sehari
3. Buah Delima
Cara penyediaan: Tumbuk sehingga lumat isi buah delima (5 biji ke 6 biji). Campurkan garam dengan dua gelas air besar dan tambahkan buah delima yang ditumbuk sebentar tadi
Cara pengamalan: Minum setiap pagi selama 2 minggu dalam satu bulan. Disarankan untuk minum selepas sarapan
4. Air kapur
Cara penyediaan: Sediakan secawan air untuk dan kapur. Bancuh dan perap air kapur sehingga nampak kapur di permukaan bawah gelas. Alihkan air jernih di permukaan atasnya ke cawan yang lain. Campur perahan limau nipis (sebiji sudah mencukupi) ke dalam air jernih
Cara pengamalan: Minum 2 kali sehari pagi dan malam
5. Daun jambu batu
Cara penyediaan: Sediakan sebuku halia dan beberapa helaian daun jambu batu. Tumbuk halus kedua-dua ramuan ini. Campurkan dengan air dan kapur sirih. Sapukan pada bahagian perut (pastikan sudah digaul rata terlebih dahulu) dan biarkan ia sehingga kering
Cara pengalaman: Sapu pada setiap malam
6. Minyak kayu putih
Cara penyediaan: Untuk tips ini, anda perlu gaul sehingga sebati satu camca besar air limau nipis, satu camca besar kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gosokkan dan sapu pada perut
Cara pengamalan: Lakukan setiap malam untuk beberapa minggu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di
Tanggapan bahawa semua bahan makanan (basah dan kering) yang disimpan dalam peti sejuk akan tahan lebih lama berbanding dengan makanan yang diluar adalah salah sama sekali.
Betul, kebanyakan bahan dapur seperti ikan, ayam, sayur-sayuran serta buah-buhan akan kekal segar dan tidak cepat rosak jika disimpan didalam peti sejuk. Tetapi bukan semua ya..
Ada sesetengah bahan yang memang tak sesuai langsung untuk disimpan didalam peti sejuk. Dan mungkin anda juga tidak sedar yang selama ini anda telah praktikkan rutin yang salah. Jadi mari kita semak bersama apa bahan makanan yang tidak perlu disimpan dalam peti ais.
1. Bawang
Menyimpan bawang di dalam peti sejuk boleh menyebabkan peti sejuk kita berbau. Apatah lagi jika ia telah dipotong atau dihiris. Simpan bawang di rak dapur dalam bekas yang
kering.
2. Kentang
Kentang juga tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk dan harus disimpan di luar petisejuk dalam keadaan kering.
3. Sos
Sos akan menjadi lebih pekat dan sukar dituang semasa hendak digunakan. Ia boleh disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik dengan penutup botolnya ditutup rapat.
4. Roti
Menyimpan roti dalam petisejuk boleh menyebabkannya lebih keras dan kurang enak. Roti juga menyerap bau makanan lain yang ada dalam peti sejuk.
5. Makanan dalam tin
Jika masih ada makanan dalam tin yang masih berbaki, ia elok dikeluarkan daripada bekasnya dan disimpan dalam bekas plastik dan kaca sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
6. Makanan panas
Menyimpan makanan yang panas dalam peti sejuk akan menyebabkan lebih banyak tenaga elektrik yang digunakan untuk mengekalkan suhu peti sejuk agar sentiasa sejuk.
7. Rempah ratus
Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Ia boleh menyebabkan peti sejuk berbau herba. Ia harus disimpan di luar peti sejuk pada suhu bilik.
8. Mentega
Mentega akan menjadi keras di dalam peti sejuk dan menjejaskan rasanya. Ia harus disimpan dalam bekas yang ditutup ketat pada suhu bilik.
9. Madu
Madu tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Cuma elakkan dari tempat yang panas dan terdedah pada cahaya matahari.
10. Kopi
Cara terbaik untuk menyimpan kopi adalah dalam bekas kedap udara pada suhu bilik. Apabila ia sejuk, aroma kopi boleh hilang bahkan membina pemeluwapan yang boleh merosakkan kopi kisar.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!