Masa raya ni ibu bapa pokot makin nipis. Tapi, rezeki anak-anak, sampai tak muat beg di buatnya. Masa raya ni lah, anak-anak paling murah rezeki. Bukan je teriam duit raya dari ahli keluarga, sahabat handai dan bos mak ayah pun ada je bagi kan? Jadi, jangan terkejut kalau duit raya anak-anak anda boleh mencecah ribuan ringgit.
Ibu bapa, sebagai pemegang amanah, anda tiada hak untuk menggunakan duit raya anak-anak tu ye. Kecuali dengan izin anak dan dalam keadaan terdesak. Tapi, nanti kene ganti balik tau. Duit raya tu lah masa depan anak anda sebenarnya.
Selain buka akaun simpanan di bank, ada beberapa cara bijak lain yang di kongsikan oleh iproperty.com.my untuk simpan duit raya anak-anak anda. Antaranya:
Simpanan tetap (fixed deposit)
Seterusnya, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan di dalam akaun simpanan tetap atau lebih dikenali sebagai akaun fixed deposit. Akaun ini sedikit berbeza daripada akaun simpanan bank yang biasa.
Baca Juga: Teknik Menabung Untuk Orang Boros Yang Tak Membebankan
Bagi akaun ini, anda perlu meletakkan sejumlah amaun minimum deposit tetap yang akan disimpan di dalam bank buat satu tempoh masa (tempoh matang) untuk mendapatkan faedah seperti yang dijanjikan.
Cara ini sesuai digunakan bagi pelaburan jangka panjang kerana ia memerlukan suatu tempoh masa untuk memperoleh hasilnya.
Kelebihan simpan wang dalam simpanan tetap
Kadar faedah yang ditawarkan lebih tinggi berbanding dengan akaun simpanan.
Membantu anak anda membentuk disiplin kewangan, bagi menunggu tempoh matang untuk mendapatkan ganjaran daripada segi faedah.
Kekurangan simpan wang dalam simpanan tetap
Tidak boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ada pihak bank yang menawarkan pengeluaran lebih awal, namun berkemungkinan akan dikenalkan penalti atau faedah yang ditawarkan tidak akan diperoleh dengan kadar yang penuh.
Terdapat sejumlah had minimum yang ditetapkan oleh pihak bank bagi membuka akaun ini. Anda perlu mempunyai wang yang secukupnya sebelum memilih untuk membuka akaun jenis ini.
Tabung Haji (TH)
Bagi mereka yang beragama Islam, pilihan ini merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dibuat. Apabila duit raya atau simpanan anak di dalam Tabung Haji sudah mencukupi amaun sebanyak RM1,300, anda boleh teruskan untuk mendaftar giliran haji untuk mereka sejak dari kecil lagi!
Kelebihan simpan wang dalam Tabung Haji
Simpanan di TH adalah dijamin 100% oleh kerajaan
Simpanan di TH adalah dikecualikan daripada bayaran cukai
Simpanan di TH telah dibayar zakat 2.5%
Tiada had Simpanan di TH
Simpanan di TH adalah berlandaskan syariah Islam
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) adalah merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Bagi anda yang ingin fokus simpanan untuk pendidikan anak di masa hadapan, cara ini boleh dilakukan sebagai salah satu alternatif yang baik.
Kelebihan simpan wang dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Perlindungan Takaful dengan premium dibayar oleh PTPTN.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Layak memohon pinjaman pendidikan.
Simpanan dijamin oleh Kerajaan;
Anda akan menerima dividen di atas simpanan
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Dana ini ialah dana unit amanah patuh Syariah yang melabur terutamanya dalam pemunyaan benefisial hartanah komersial di lokasi utama di Malaysia dengan tujuan untuk memberikan aliran pendapatan yang tetap dan konsisten kepada pelabur Bumiputera sambil mengekalkan modal pelaburan pelabur.
Apa yang menarik, anda boleh membuka akaun remaja bagi AHB ini sewaktu anak anda berusia 3 bulan lagi hingga 18 tahun di bawah nama penjaga yang sah. Maksud yang mudah di sini, anda berpeluang menggunakan duit raya anak untuk membuat dalam pelaburan hartanah sejak mereka kecil lagi bagi jangka masa panjang dengan modal minimum serendah RM100.
Kelebihan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Mendapat akses untuk melabur dalam hartanah komersial utama.
Pelaburan AHB adalah pelaburan patuh Shariah.
Mampu milik & Mudah didapati.
Harga dana yang tetap-RM 1.00 seunit.
Kekurangan simpan wang dengan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)
Bilangan unit yang terhad.
Pulangan tidak dilaburkan semula.
Ejen yang terhad.
Terbuka kepada golongan bumiputera sahaja.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI