Cangkuk langsir ini selalu jadi rungutan setiap kali selesai kerja membasuh langsir. Kebiasaannya kita akan berdepan masalah untuk memasangnya semula.
Tanggal memang tiada hal tapi bab pasang cangkuk besi ini memang mengambil masa yang lama.
Sebabnya kita akan terkebil-kebil mencari semula kedudukan untuk masukkan cangkuk. Kalau salah masuk, nanti aturan langsir tak sekata tak cantik.
Disebabkan masalah ini juga ada yang basuh langsir setahun atau dua tahun sekali saja.
Tapi Ct Mas Mohammad telah berkongsi cara yang memudahkan kita untuk memasang semula alat ini tanpa perlu menatap lama pita langsir untuk menentukan kedudukan cangkuk. Boleh ikut perkongsian beliau ini ya.
Ads
Tip mudah pasang cangkuk langsir lepas cuci
“Saya nak share satu tip nak pasang langsir yang bercangkuk. Mungkin ada yang dah amalkan cara ini, kalau masih tak tahu boleh guna cara ini ya.
Sebelum basuh langsir dan selepas buka cangkuk yang sedia terpasang, buat garisan menggunakan marker pen sebagai penanda. Jangan guna pensil, nanti kesannya hilang bila dibasuh.
2. Jadi selepas langsir kering, muda untuk kita pasang kembali cangkuk ini. Tak perlu pening kira berapa jarak cangkuk atau merenung kesan cangkuk sebelum basuh.
Rumah kemas, tak bersepah walau ada anak lelaki yang tengah lasak? Nampak macam mustahil tapi sebenarnya ada saja yang mampu melakukannya.
Kebiasaannya, suasana rumah akan berterabur dengan mainan dan barang barang walau telah dikemas beberapa kali. Sudahnya dibiarkan saja.
Bagi ibu yang pening dengan keadaan keadaan ini, perkongsian Wan Nur Atikah boleh dijadikan panduan untuk memastikan keadaan rumah kemas dan bersih.
Beliau yang mempunyai tiga anak yang sedang aktif mempraktikkan 7 peraturan di rumah yang perlu dipatuhi semua termasuk anak agar kediaman dalam keadaan ‘terkawal’.
Cara saya kekalkan rumah dalam keadaan terkawal. Nak kata kemas, bersih tak jugak. Dengan anak tiga yang sedang aktif, ini sedikit sebanyak perkongsian saya.
Peraturan pertama, tetapkan lokasi bermain hanya di dalam bilik anak anak sahaja. Di ruang tamu tak dibenarkan bermain. Kalau ada mainan, satu dua boleh. Makan pun hanya di meja makan sahaja dan makan mesti serentak. Memudahkan kerja mengemas, sekali harung.
Elak suka simpan barang tak diperlukan memandangkan rumah tiada stor. Sesetengah orang akan simpan barang yang ada sentimental value seperti barang kenangan dari zaman kecik, zaman bujang tapi saya tak.
Kebanyakan barang dalam rumah adalah barang kegunaan harian. Bila rasa lama tak digunakan lagi saya akan letak di luar rumah untuk suami settle kan. Sama ada nak jual semula, sedekah atau buang.
Jangan beli atau bawa masuk barang yang dirasakan tak ikut tema rumah atau akan buat rumah berserabut. Contoh dulu saya ada banyak raga raga baju yang besar besar. Warna hijau, merah, biru. Bila masuk rumah baru barang ini saya terus beri pada orang yang nak.
Tetapkan konsep warna. Saya suka yang simple saja sebab anak tengah melasak berlari, main kejar-kejar. Jadi setiap kali nak beli barang hiasan rumah kena fikir. Jangan tiba-tiba suami terbawa balik kerusi kuning dan sebagainya. Saya selalu pesan, bab membeli biar saya uruskan.
Saya bekerja sebagai jururawat, waktu tak menentu jadi saya taida masa nak kemas 24 jam. Sebelum tidur ajak anak anak kemas sama. Vacum dan mop rumah, jadi bila bangun tidur dan balik kerja rumah masih kemas. Bila rumah berserabut mood boleh berubah.
Ini mengurangkan risiko lambakan baju dalam raga, dan menjimatkan masa melipat. Baju anak yang sudah tak muat asingkan terus beri orang atau buang. Saya takkan simpan untuk adiknya yang masih kecil. Nanti berlambak.
Peralatan, barang dapur macam pinggan saya beli satu set. Sama corak pinggan,cawan, mangkuk bagai. Itulah yang guna untuk harian dan bila ada tetamu. Saya tiada ruang khas untuk simpan pinggan pinggan yang tak digunakan sebab rumah kecil.
Ini adalah aturan yang dibuat Wan Nur Atikah, boleh sangat untuk kita ikut atau ubah untuk kesesuaian keluarga. Paling penting aturan tersebut membantu kita memiliki kediaman yang kemas, selesa dan menenangkan.
Rumah bahang walau sudah pasang kipas siling dan juga kipas stand.
Ini masalah biasa bagi kebanyakan kediaman. Malah bahang ini boleh terasa sampai ke malam.
Bagi yang ada aircond boleh rasa selesa, tapi tak boleh juga sentiasa menggunakannya. Bil letrik boleh mencanak naik.
Jadi mahu tak mahu kena gunalah kipas. Dalam keadaan rumah yang panas sebenarnya ada teknik meggunakan kipas stand yang boleh kita praktikkan untuk menyejukkan suhu dalam rumah.
Ambil kipas stand dan letak berdekatan dengan pintu atau tingkap yang dibuka sedikit.
Halakan bahagian depan kipas ke luar rumah dan belakang kipas di dalam.
Cara ini akan menurunkan panas dalam rumah kerana bahagian belakang kipas berfungsi akan menyedut udara bahang dari dalam rumah dan mengeluarkannya.
Sebab itulah bahagian depan kipas mesti dihalakan keluar.
Boleh tengok video ini ya.
Spider plant sejukkan suasana rumah
Kelebihan meletakkan spider plant dalam rumah ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.
Dalam pada itu kehadiran pokok-pokok hijau ini di dalam rumah bukan saja membersihkan udara tapi juga menyejukkan pandangan dan suasana dalam rumah.
Rumah sejuk, berangin walau tanpa aircond memang dambaan setiap pemilik kediaman yang tinggal di negara ini yang beriklim Khatulistiwa.
Keadaan cuaca yang panas lembap mahu tak mahu kita terpaksa menggunakan pendingin hawa agar dapat keselesaan bila berada di rumah.
Namun begitu untuk memmperoleh kediaman yang sejuk ini tak semestinya dengan menggunakan pendingin hawa. Melalui system pengudaraan yang baik kediaman juga boleh jadi sejuk.
Perkara ini boleh dipraktikkan bagi yang ingin membina sendiri rumah. Berkongsi pengalaman membina kediaman yang sejuk Najmuddin Sulaiman berkongsi info yang perlu dilakukan.
Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan boleh orang Melayu dulu kala ujar Najmuddin kediaman yang dibina menurutnya sejuk sekali gus bakal menjimatkan penggunaan elektrik.
Katanya dalam membina kediaman ini ada beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk menjayakan misi rumah yang sejuk ‘tanpa pasang aircond’ yang terletak di Kota Bharu Kelantan ini.
“Tak perlu pasang aircond” inilah kata-kata beberapa orang yang telah datang melawat bangunan ini.
“Ya seawal saya bangunkan bangunan ini, saya telah kaji sistem ventilation yang telah digunakan pakai oleh orang melayu dulu dulu yang menyebabkan rumah mereka sejuk tanpa perlu pasang aircond,,”jelas Najmudin dalam hantaran di Facebook tentang kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ mengaji warga emas.
Terangnya antara poin penting untuk menjayakan misi kediaman sejuk tanpa perlu pasang aircond ini adalah;
Bangunan mesti lawan angin (timur – barat), hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, angin tersebut agak keras.
Bangunan ini ada lorong di tengah untuk udara mengalir.
Sekeliling bangunan ini level siling pula dipasang bata bunga (lubang angin). Udara panas yang dihasilkan oleh badan manusia dalam bilik akan naik keatas dan akan disedut keluar oleh bata bunga (lubang angin).
Udara panas adalah bertekanan tinggi, manakala udara sejuk bertekanan rendah. Jadi secara semula jadi udara sejuk akan menarik udara panas.
“Saya juga custom tingkap bila buka tingkap akan dibuka ke atas bukan ke sisi seperti kebanyakan tingkap pasang siap. Setiap satu frame saya bahagi tiga. Bila buka tingkap, ia juga akan bertindak sebagai “awning” penahan hujan dan cahaya matahari.
Pemilihan warna juga penting, semua warna putih adalah warna yang terbaik untuk memantul haba.
“Alhamdulillah, bila kediaman sejuk tak perlu pasang aircond maka teramat jimatlah bil elektrik,”ujar Najmudin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir enam ribu tanda suka.
Cara bersihkan tandas tanpa bahan kimia keras yang dikongsi Afiafifah ini turut mendedahkan teknik mop 4 kali sehari yang buat lantai rumah lebih berkilat, bersih dan tidak melekit.