Labu Sayong merupakan warisan budaya orang melayu yang begitu bernilai kepada sejarah terutamanya di negeri Perak.
Sering dijadikan elemen dekorasi, rupanya ada manfaat orang dulu-dulu menyimpan air LABU SAYONG. Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Foto Via Pexels
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Ads
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Ads
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
‘The Barn-Sal’ rumah percutian konsep ladang, kos keseluruhan RM92K. Rumah percutian di kampung sememangnya menjadi idaman ramai sebagai rumah kedua. Selalunya rumah ini dijadikan lokasi untuk bercuti bersama keluarga.
Rumah percutian atau rumah persinggahan sudah seakan menjadi satu trend masa kini. Ramai yang berhajat untuk membina rumah ini sebagai rumah kedua sama ada untuk kegunaan keluarga atau pun untuk djadikan homestay.
Berikut perkongsian Liza Tahir yang telah membina sebuah rumah percutian/rumah persinggahan bersama suaminya. Segala idea rumah tersebut adalah hasil percambahan kreativiti mereka berdua.
“The Barn-Sal adalah rumah rehat idaman kami suami isteri. Berkonsepkan rumah ladang dengan sedikit sentuhan tema perindustriaan. Sedehana namun tetap bersyukur dan yang lebih utama adalah kepuasan hati kerana The Barn-Sal ini merupakan sentuhan peribadi kami berdua.
“Bermula dengan design rumah oleh suami dan idea hiasan oleh saya maka siap akhirnya sebuah rumah kecil penuh kenangan dengan beberapa item tempahan khas serta sentuhan air tangan pertukangan sendiri kami berdua.
“Penat lelah bermula daripada proses tinjau-tinjau harga barang, tempahan barang dan mencari tukang yang memenuhi inspirasi kami akhirnya terbayar. Akhirnya kami tersenyum puas pada pagi hari raya pertama 1443H.”
Spesifikasi rumah:
Lokasi kediaman: Sabah Saiz: Luas lantai 480 kaki persegi dan luas deck 420 kaki persegi Bilik Tidur: 1 Tandas: 1
Kos keseluruhan pembinaan rumah percutian ini ialah RM92,000. Kos untuk rumah sahaja bernilai lebih RM80,000.
“Beberapa perkara ada yang makan modal sikit macam deck, folding door, lantai dan juga pemilihan material barang.
“Barn door untuk tandas custom made mengikut kesesuaian saiz lubang pintu kami. Material barn door menggunakan kayu pine. Railing pula beli di kedai online. Harganya sekitar RM100.00 sahaja.
Tip ‘awet’ kayu supaya tak mudah reput dan rosak walaupun terdedah hujan, panas. Selalunya masalah yang sering dialami ialah kayu yang digunakan untuk kerja-kerja DIY menjadi reput dan rosak.
Sebenarnya ada cara untuk mengatasi masalah ini. Seperti tip yang dikongsikan oleh Atama Aaeman ini, tiada lagi masalah kayu reput dan rosak. Jadi tidak perlulah kita kerap beli kayu baru bagi menggantikan kayu-kayu yang reput dan rosak.
PETUA MENGAWET KAYU
Ramai tukang suka menggunakan kayu untuk projek-projek DIY. Kayu memang cantik dan berseni semula jadi selain senang dibentuk, dicantum dan dikendali. Tetapi kayu lama kelamaan akan reput, rosak tekstur asal dan hilang kekuatannya terutama jika terdedah kepada faktor cuaca, kulat dan serangga.
Saya kongsikan di sini petua mengawet kayu supaya tahan lama yang diajarkan oleh bapa saya seorang tukang rumah, tukang kayu dan pernah terlibat dengan industri kayu balak di Sarawak selama berpuluh tahun.
Teknik rawatan kayu ini sangat ekonomik. Saya hanya gunakan campuran ubat gegat (naphthalene) dengan minyak diesel. Sediakan bahan dalam kuantiti sesuai dengan jumlah kayu yang hendak dirawat. Biasanya seliter diesel cukup untuk 1 meter padu kayu.
Saya gunakan sebungkus ubat gegat. Ubat gegat ditumbuk halus sehingga menjadi tepung dan dilarutkan di dalam minyak diesel. Gunakan topeng pernafasan yang sesuai semasa penyediaan dan proses merawat kayu sebab wap naphthalene ini bahaya jika disedut berlebihan.
Kayu yang hendak dirawat mestilah betul-betul kering. Campuran bahan tadi boleh disapu dengan berus atau penggelek cat, ataupun disembur ke atas kayu. Biarkan ia meresap ke dalam kayu dan keringkan. Jangan jemur terus di bawah matahari.
Setelah rawatan, kayu masih boleh diketam atau dilicinkan. Pastikan kayusudah betul-betul kering dari kesan berminyak pada permukaan sebelum mengecat. Warna asal kayu tidak akan terjejas jika rawatan dibuat dengan betul. Kayu yang saya rawat dengan teknik ini terbukti tahan lama tanpa kesan kerosakan akibat cuaca, kulat mahupun serangga.
Bau ubat gegat akan kekal dalam isi kayu untuk tempoh bertahun-tahun walaupun kayu terdedah dengan cuaca panas dan lembap. Malah kalau naik ke atas syiling rumah saya yang rangkanya dibuat dengan kayu terawat ini kita akan hidu bau ubat gegat walaupun setelah lebih 5 tahun! Lipas, cicak, tikus dan serangga-serangga perosak memang tak berani dekat.
Gambar menunjukkan rak tempat isteri saya menanam bunga yang dibuat daripada kayu terawat dengan teknik ini. Selepas rawatan, kayu tersebut terbiar selama lebih empat tahun di atas tanah sebelum dikutip untuk dibuat rak bunga ini.
Semasa memotong, bau naphthalene masih kuat dan kayu masih kekal elok. Rak bunga ini sudah lebih setahun di situ tanpa dicat dan terdedah kepada cuaca di tepi pantai yang panas dan lembap, di atas tanah tanpa beralas.
Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza melalui perkongsian Zahirah dilaman Instagramnya sedang sibuk dengan pembinaan rumah baru mereka. Seperti pasangan suami isteri yang lain, tentunya mereka juga mengidamkan sebuah kediaman impian.
Dengan kapsyen: “Sorang in charge of interior design + sorang in charge of technical = everyday berperang,” pasangan suami isteri ini dilihat berada di lokasi pembinaan kediaman baru mereka.
Seperti kebiasaannya, kaum wanitalah yang paling cerewet dalam soal yang berkaitan dengan dekorasi kediaman. Setiap inci kediaman harus dihias sebaik mungkin termasuklah landskap di luar kediaman.
Pembinaan rumah bukan terhad kepada pemasangan batu bata dan sapu semen pada dinding sahaja. Maka sebab itulah kaum lelaki lebih banyak terlibat dengan pemantauan kerja-kerja berkaitan teknikal.
Ketahui langkah penting dan rutin kebersihan rumah bagi pencegahan influenza. Lindungi keluarga anda dengan amalan harian mudah yang mencegah jangkitan virus di rumah!