Labu Sayong merupakan warisan budaya orang melayu yang begitu bernilai kepada sejarah terutamanya di negeri Perak.
Sering dijadikan elemen dekorasi, rupanya ada manfaat orang dulu-dulu menyimpan air LABU SAYONG. Rupanya dengan menyimpan air di dalam labu sayong dan diletakkan di sudut dalam rumah mampu menyejukkan ruang.
Foto Via Pexels
Baca perkongsian pengalaman dari Puan Aqilah Norini.
Sebelum ni saya menyimpan air di dalam labu sayong. Tapi, sekian lama air dia kering macam tu sahaja. Tapi saya perasan masa tu, ruang rumah jadi sejuk sedikit. Saya mencari perkaitannya.
Rupanya, ada satu kajian telah dibuat oleh UPM tentang labu sayong dan kaitannya dengan penyejukan. Saya rasa macam ada menyumbang kepada suhu bilik juga.
Ads
Saya letak satu labu sayong dalam bilik, dipenuhi air untuk menyejukkan ruang kamar tidur.
Ads
Nampaknya kena beli lagi labu sayong untuk diletakkan di ruang lain. Betapa khazanah warisan sebegini, sangat ‘di luar kotak’ manfaatnya.
Tip Hias Kediaman Buat Si Peminat Warna Hijau, Jangan ‘Melebih-lebih’ Sampai Sakit Mata Memandang
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan.
Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut.
Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya.
Berikut dikongsikan beberapa panduan jika anda berhajat untuk memilih rona hijau sebagai konsep latar kediaman.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Ada di kalangan anda yang sedang mencari kerusi jenis ‘Wing Chair’ untuk dekorasi di ruang tamu kediaman anda? Umum mengetahui, sememangnya terdapat banyak pilihan ‘Wing Chair’ yang ada dijual di pasaran luar dari segi jenis rekaan, warna, harga dan sebagainya.
Apabila bercakap dari segi harga yang dijual di pasaran, ada yang mahal dan ada juga yang harganya murah berbeza mengikut jenis rekaan serta kualiti sesuatu ‘Wing Chair’ tersebut.
Bagi anda yang menghadapi masalah kekangan bajet kewangan untuk membeli ‘Wing Chair’ untuk dekorasi di ruang tamu kediaman anda, jangan ada pula yang tidak tahu sebenarnya terdapat beberapa ‘Wing Chair’ dengan harga bajet bawah RM500 boleh dijadikan sebagai pilihan.
Oleh itu, mari IMPIANA kongsikan bersama anda 5 ‘Wing Chair’ dengan harga bajet bawah RM500 yang boleh dijadikan sebagai pilihan.
1.JHD NORDIC ARM WING CHAIR
Harga: RM269.99 (tidak termasuk dengan kos penghantaran). Klik di sini untuk membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
2.RELAX WING CHAIR
Harga: RM285.00 (tidak termasuk dengan kos penghantaran). Klik di sini untuk membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee
3.EUROPEAN AMERICAN WING CHAIR
Harga: RM499.90 (tidak termasuk dengan kos penghantaran). Klik di sini untuk membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
4.RUSSELL WING CHAIR
Harga: RM399.00 (tidak termasuk dengan kos penghantaran). Klik di sini untuk membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
5.URBAN HIGH BACK WING CHAIR
Harga: RM288.00 (tidak termasuk dengan kos penghantaran). Klik di sini untuk membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Pilih Kerusi Dan Sofa Untuk Ruang Tamu Sempit, Jangan Sampai Syok Sendiri
Memilih kerusi dan sofa untuk kediaman bukanlah satu perkara yang mudah. Jangan kerana terpengaruh dengan perabot rumah rakan-rakan yang anda lihat atau juga di media sosial, anda terus ingin membelinya.
Kita adakala terlalu bercita-cita besar mahu menghias ruang yang ada dengan segah mungkin yang mana selalu lebih molek diabadikan di ruang yang luas. Namun apabila berhadapan dengan ruang sempit, kita perlu tahu teknik menghias dengan betul agar yang dibeli boleh dipakai, selesa dan ruang tampil ideal serta sedap mata memandang.
1. Carilah sofa di bawah pinggang ketinggiannya. Ini bagi tidak menghalang pandangan mata perhadap keluasan ruang
2. Carilah sofa dua tempat duduk sebagai sofa utama.
3. Tidak salah memilih sofa yang terang warnanya. Putih gading atau rona krim dilihat warna paling idea di samping rona pastel.
4. Pilihlah meja makan untuk empat orang. Selain daripada bentuk empat segi sama, anda boleh memilih meja makan bulat. Cuma kini meja makan boleh diubah saiznya untuk enam tempat duduk.
5. Elakkan memilih kerusi meja makan lebih tinggi dari aras meja. Ini hanya akan menyesakkan pandangan. Paling menarik jika anda memilih bangku panjang sahaja seperti di kantin sekolah yang kini menjadi trend di kalangan pereka.
6. Elakkan membeli sofa satu set yang sama. Ia hanya menjadikan ruang bertambah terkongkong.
7. Kusyen dempak, ala konsep tempat duduk kediaman arab pun dilihat sesuai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
8. Jika masih menyimpan kerusi kayu ala retro yang kecil saiznya juga boleh diulang pakai kerana tidak menggunakan banyak ruang.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Dalam kediaman moden hari ini, ruang hiburan bukan lagi sekadar sudut untuk menonton televisyen. Ia sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup, tempat keluarga berkumpul,...