Buat Sendiri Taman Mini Sukulen Mudah Ini Untuk Meja Pejabat

Share

Meja kerja di pejabat adalah ruang kita berada paling lama selain daripada di rumah, 8 hingga 9 jam bukanlah tempoh waktu yang singkat. Justeru itu kita wajib menghiasnya sebaik mungkin supaya kita selesa dan dalam masa yang sama dapat melegakan mata setelah lama mengadap skrin komputer. Jom hias meja kerja dengan taman mini sukulen.

 

  1. Sphagnum moss
  2. Baja tahun
  3. Batuan kecil gravel
  4. Expanded clay
  5. 2 saiz pabble wash
  6. Miniature garden tools
  7. Sun-sui pot
  8. Medium tanaman khas kaktus
  9. Kayu hanyut
  10. Beberapa jenis sukulen

Cara-cara:

  1. Letakkan lapisan batuan pertama di dasar pasu untuk membentuk lapisan pertama

  1. Penuhkan ruang yang terdapat antara susunan batu lapisan pertama dengan pebble wash saiz kecil sehingga penuh.

  1. Letakkan 1 inci lapisan Sphagnum moss sebagai lapisan kedua di atas permukaan pebble wash

  1. Masukkan medium tanaman sehingga memenuhi ¾ ruang pasu

  1. Mulakan dengan meletakkan struktur kayu hanyut sebagai focal point di dalam mini garden. Selain kayu hanyut, batu yang mempunyai karakter tersendiri turut boleh digunakan

  1. Susun tumbuhan sukulen mengikut kreativiti anda. Pastikan tumbuhan yang tinggi di letakkan di bahagian belakang supaya tidak melindungi tumbuhan lain.

  1. Letakkan kemasan seperti batu karang, expanded clay dan sebagainya di bahagian tanah yang masih kosong.

  1. Gunakan berus yang halus dan lembut untuk membuang sisa-sisa tanah yang terdapat pada pokok.

 

Penghargaan :Ficus and Jar

 

 

 

 

IKLAN