Aktiviti yang paling di minati anak-anak di masa lapang sudah pasti lah bermandi manda terutamanya dalam kolam renang. Betul tak? kalau kita cari lokasi bercuti pun, elemen utama yang dicari adalah kolam renang atau swimming pool. Tapi, kopak juga mak ayah nak bawa anak ke kolam renang kerap.
Seorang ayah punya idea bijak menyediakan kolam renang di rumahnya tanpa memerlukan kosa yang banyak. Yang lagi best, boleh DIY sendiri. Tak memerlukan kerja menggali, tangki fiber digunakan sebagai kolam. Jadi, bila tak digunakan kolam fiber tadi boleh di tutup. Ia salah satu cara atau langkah penjagaan dan yang paling penting, ia dapat elak kolam yang tidak dilengkaPI sistem kitaran ini dari menjadi tempat pembiakkan nyamuk denggi.
IKLAN
IKLAN
IKLAN
Berikut, cara-cara membina kolam renang dari tangki fiber:
Sinki terutamanya di dapur kerap menjadi mangsa kepada sikap tidak bertanggungjawab pemilik yang suka mengambil mudah melupus atau membuang sisa di dapur. Memang mudah tapi anda tak tahu, ini lah antara punca yang menyebabkan sistem saliran di dapur anda tersumbat.
Nak panggil plumber bukan murah tau. Kalau yang berlesen, harga nak baiki saliran tersumbat ni boleh menelan kos RM 200-300. Jadi, sebelum berlaku, pastikan 5 bahan ini tidak dibuang ke dalam saliran sinki anda.
SISA LEMAK DAN MINYAK
Sisa lemak dari masakan atau minyak yang sudah beberapa kali dikitar kebiasaannya di buang ke dalam saliran sinki. Apabila lemak atau minyak yang disalirkan bersama air, ia akan menjadi agen pengikat dan menjadi zat yang padat. Teksturnya akan menjadi seperti marjerin. Ini antara faktor utama yang menyumbat saliran sinki
Sebaiknya, sisihkan minyak atau lemak tersebut di dalam bekas berasingan yang tertutup rapat dan dibuang terus ke dalam tong sampah
KULIT TELUR
Sememangnya kulit telur bersifat mudah namun ia tidak ringan. Jika berada di dalam saliran, ia akan menjadi perangkat zat padat dan berat lain seperti sisa makanan.
TEPUNG
Tepung kelihatan mempunyai jisim yang ringan. Namun,teksturnya mudah menyerap air dengan cepat. Secara tidak langsung ia menyebabkan gumpalan tepung dan bakal melekat pada dinding saliran. Sebaiknya jika ada sisa tepung usahakan untuk buang ke dalam tong sampah.
LABEL MAKANAN
Label makanan seperti yang terdapat pada buah walaupun kelihatan kecil, ia memberi kesan yang buruk terhadap saliran sinki. Tambahan, label makanan diperbuat dari bahan tidak mudah terurai.
SISA SERBUK KOPI
Serbuk atau sisa kopi paling mudah dibuang ke dalam saliran sinki. Serbuk kopi merupakan jisim yang sangat berat walaupun ia kelihatan kecil. Ia seperti minyak dan lemak yang menjadi punca utama tersumbat saliran sinki
Racun Serangga Dari Kulit Limau Untuk Siput, Afid, Agas dan ‘ Mealy Bug’.
Tanaman sayur kebiasaan yang merosakkan adalah dari jenis serangga berbadan lembut seperti afid, agas, mealybug dan siput. Nak gunakan racun, takut bahaya sebab sayur tu akan dikonsum menjadi makanan kita. Jadi, Cara terbaiknya adalah menggunakan baja organik.
Pelbagai ramuan baja organik yang pernah dipaparkan oleh laman impiana antaranya adalah seperti:
Adala lagi satu ramuan racun serangga organik yang wajib anda cuba. Kenapa Laman Impiana kata wajib. Ini kerana racun serangga ini mempunyai bau yang sedap dan menenangkan sebab diperbuat daripada limau.
Cara – cara:
1)Kupas sebiji oren. Jika tiada buah oren segar, anda boleh menggunakan 1 1/2 sudu kulit limau kering ( dried citrus) atau 1 sudu minyak limau ( orange oil ). Citrus atau limau berupaya untuk mencegah serangga- serangga yang berbadan lembut seperti siput, afid, agas dan ‘ mealy bug’. Citurs juga berkesan kepada semut dan juga lipas apabila disembur terus kepada serangga ini.
2) Masukkan kulit limau tersebut ke dalam bekas dan campurkan 2 cawan ( 500 ml) air panas ke dalam bekas tersebut. Biarkan larutan di kawasan yang hangat selama 24 jam.
3)Tapiskan air larutan tersebut. Asingkan air daripada pati oren. Air yang ditapis akan digunakan sebagai racun organik
4) Tambahkan beberapa titis sabun castile ( sabun berasaskan minyak ). Sabun castile berbau ‘peppermint ‘ dikenalpasti sebagai sabun yang effektif. Kacau campuran tersebut.
5) Tuangkan larutan tersebut ke dalam botol sprayer dan racun tersebut sedia untuk digunakan pada pokok untuk mencegah serangga – serangga berkulit lembut. Sembur juga larutan tersebut kepada lipas atau semut secara terus.
Kekasih yang tidak pernah merungut , menjadi teman setia mendengar keluh kesah kita dan setia menanti di pintu masuk setiap kali pulang dari kerja atau mahu ke tempat kerja……tidak pernah meminta belikan emas dan berlian, cukuplah sekadar menjaga makan minumnya….namun kini ada hadiah menarik buat kekasih kita..sebuah rumah menjadi tempat berehat…idea menarik daripada pereka…mungkin kita boleh buat sendiri selepas ini…..mungkin aja….
Ala town house…
ala kedesaan dan rumah ladang…..
ringkas mudah alih dan dilipat….
Kondo mewah di lereng bukit….
ala kediaman urban inspirasi menara melihat bulan bintang
Pada setiap ruang bahagian rumah ada fungsi dan keistimewaannya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi ruangan peribadi di bilik tidur yang merupakan tempat privasi bagi suami...